Friday, July 6, 2012

Things to do list

  1. Solat lima waktu
  2. Baca al-quran
  3. Senyum
  4. Berfikiran positif
  5. Bersangka baik
  6. Selawat pada rasullulah
  7. Telefon mak abah
  8. Zikir
  9. Minta maaf dan memaafkan
  10. Sabar
  11. Belas ikhsan pada semua makhluk Allah
  12. Bersyukur
  13. menghormati orang lain

Insyallah kebahagian itu pasti milik kita
Rohani dan jasmani
***
Oh belakang badan saya sakit (lebih tepat lagi tulang belakang)
Tapi takpe tadi saya dah beli 2 kotak freshmilk
Wish me luck
Sebab rasanya susu kambing hi goat yang suami belikan 'beberapa' bulan lepas tak abis lagi =)

***
Anaqi's camera skill quit improved. Photo taken by himself. Scar is everywhere, and he got another long scar yesterday while playing balloon =) serve you right son (mak yang jahat). Owh I wonder he get influenced from who and where, he just kept mentioning 'school' and 'bus' to us, up to this morning while approaching babysitter's house. Such a lovely boy isn't?. I think this is just a right time to send him school but ayah prefer to send him next year. ok maybe I should start my school hunting again now.

ultraman wanna go school!!! gambate

Monday, July 2, 2012

Birthday

Bukan-bukan, birthday dia lama lagi, lagi sebulan. Hehe nak ingat senang je birthday budak kecik ni:
Time bulan puasa je birthday naqee
Time birthday naqee je bulan puasa
(penat mak nak menganti puasa sebulan nak, bukan best pun berpantang masa bulan puasa =(, sian nenek kena buat over time masak. Kang untuk adik kita budjet timing ya)

Weee

Hehe barokah tu namanya lahir seminggu sebelum puasa ni sebenarnya (3tahun lepas la)

Tapi member dah asyik birthday to you je, mak dah tak tahan dah ni.

Bila main sorang-sorang kat tingkat atas sayup-sayup je mak sengar 'happy birthday to you!! 8x'
Main mancing sorang-sorang pun mak dengar 'Happy birthday to you"
Nampak orang potong kek kat TV, pun meroyan dan-dan tu gak nak kek sambil cakap 'nak happy birthday to you, nak happy birthday to you'

Kesian kan.

Yang mak ingat,

First birthday sambut kat umah opah, potong kek pun dah macam apa, mengelitis lebih. Yela setahun bukan tau apa pun kan.Masa tu sambut awal, sekali dengan kenduri sebelum bulan puasa.

Second birthday, pun bulan puasa gak, sambut kat umah je secara kecil-kecilan, ajak family buka puasa nasi briyani tapau. Kek pun buat sendiri je. Buat pavlova lak tu, first time buat. manis ya amat.. ampun!!! nasib baik ada strawberry yang menyelamatkan keadaan. Tapi takde potong-potong kek pun, mak je yang potongkan sebab krim dah cair by the time nak potong tu =( haha, anak pun takde feel nak potong kek bagai, tau excited sepupu datang rumah, so tau nak main jek.

Third birthday........
Mak dah blank dah, anak dah physco asyik nyanyi-nyanyi je. Petanda nak potong kek sangat tu. So mak plan cakap kat ayah jom kita tempah kek comel-comel sikit nak!! alang-alang anak dah pandai nak potong kek bagai, kita belikan la kek yang semengah sikit =) ayah on je katanya, ikut mak la. Bagus!!!

Tapi nak masak apa pulak ya. Takkan kek semata. mmmm, pengsan orang nak berbuka kek je.
Kita makan dimsum nak naqee, fav food hang gak ni
Hehe bubur ayam ayah pun sodap gak kan =) boleh ayah???
uuuuuuu, ikan masin pun layan gak kan. Kampung style =)
tak pun ni hah, ikan ternganga boleh???
yela, yela, mak ingat, anak nak potong kek.'Happy birthday to you naqee!!!, We love U so much'


Saturday, June 30, 2012

Ultraman in the house

Disuatu petang yang hening (bunyi cengkerik)

Mak : naqee, opah kata muka naqee macam muka boboiboy la.

Anak : eh utan (bukan) la, aci (naqee) ototomen (ultramen).

Bapak : kenapa naqee bukan boboiboy? Boboiboy kan kuat, kuasa tiga!!! (sila buat nada boboiboy eh)

Anak: tanak boboiboy, ototomen (ultraman) aji (lagi) tuat (kuat), hiyaaaa buat gerak tangan macam ultraman.

Hahaha whatever nak. Wonder awat ultraman taknak balik sendiri kan nak, kan ultraman boleh terbang. kena mak pak gak gi amik hantar umah pengasuh hahahhaa.

Friday, June 29, 2012

Bunga kemboja, budak baju belang dan pavlova

oi putik pun nak tunjuk ke. Nasib korang ler ;p
my bunga-bunga cinta ;)

Bunga kemboja kami akhirnya menunjukkan kehadirannya setelah menunggu hampir setahun ;) yeay, berkat kesabaran encik suami yang tekun membaja dan menggembur tanah. saya? takde contribution melainkan sekali sekala time menyapu sampah kat luar siram sekali pokok ni. hangit-hangit ta*k ayam kan. Ya saya tau ;p

Nak update pasal budak kecik baju belang kat bawah ni. Suka sangat tanya orang tengah buat apa, 'bu, tengah buat apa tu?' dua tiga kali tanya benda yang sama. annoying ok nak :0 tapi mak jawabkan je, sebab tak kan nak bantutkan perkembangan anak yang tengah suka bertanya. kang kat sekolah bila cikgu suruh ko tanya, ko tak tanya siap ko budak kecik ;), mak tanya ko banyak-banyak kali bila tak dapat A. Haha gila scarry. By the way, sila asuh anak-anak kita supaya menjadi tabiat diaorang untuk bertanya (asking), bila diaorang bertanya jangan pulak marah, (selawat dalam hati dulu banyak-banyak hehe sekadar mengingatkan diri sendiri yang selalu pissed off lelagi bila tengah lintang pukang nak bersilat kat dapur time tu la dia nak tanya, macam takde waktu 'sesuai' yang lain je nak, sabau jela) sebab bila bertanya maknanya diaorang berfikir (thinking), bila diaorang berfikir maksudnya berlakulah sistem pembelajaran (learning) disitu, bila adanya proses pembelajaran akan berlakulah proses permahaman (understanding), dan seterusnya barulah ada ilmu pengetahuan (knowledge).

Minggu lepas, bawak budak kecik ni pergi Genting, Gambar budak kecik baju belang kat bawah ni waktu on the way turun genting. Kepenatan mengamuk main, tu yang waktu tidur boleh bangun duduk pastu sambung tidur balik hehehehe ;) terus mak dia snap gambar candid untuk diabadikan waktu anak dah teruna nanti. 

baju belang pilihan hati ;)

Akhirnya yang ditunggu-tunggu pun muncul jua ;) miss pavlova in the house. Hehe tapi maafkan saya yang pemalas disebabkan kat rumah takde krim yang spray je keluar dari tin tu (kat peti ais ada krim yang kena pukul ngan mixer je) dan jam menunjukkan pukul 10 malam, makanya sipemalas dan kuat makan kek lately ni terus je membaham hasilnya tanpa memikirkan krim bagai. Janji dapat kek ;)

Ini resepi untuk rujukan masa akan datang RECIPE. But instead of using 2 eggs I used 3 eggs (grade C) and I reduce castor sugar to 1 cup only instead of 1 and 1/2 cups pastu instead of half teaspoon of vanilla mungkin boleh tambah pada a teaspoon of vanilla (pasal ada bau telur lagi la kat shell dia). Memang best pavlova ni. kurang manis, crunchy and marshmallow kind of texture when chew (eh tak chew pun, cair dimulut gitu).Ajaibnya budak kecik baju belang kat atas tu pun suka makan. selalunya makanan yang manis-manis ni dia tak pandang sangat. Sebiji bapak dia, suka yang pedas-pedas je. Tapi mak dia semua pun ok je ;)


ooooo mister lova lova ;)

Monday, June 11, 2012

Jahit manik rajin published V2.0

Hehe baju tahun lepas, tapi tahun ni baru rajin nak upload gambar baju ;). So boleh tengok hasil comot saya ya ;) tahun ni beli baju siap je, tak pun pakai baju tahun lepas pun okey ;)

crumble si pemalas :)
Lagi crumble si pemalas
Lagi-lagi crumble si pemalas

Thursday, June 7, 2012

kita

Kita selalu meminta tapi tak selalu berterimakasih
Kita selalu menunding jari tapi tak selalu mencermin diri
Kita selalu bercakap tapi tak selalu mendengar
Kita selalu mengeluh tapi tak selalu bersyukur
Kita selalu rasa kurang tapi tak selalu rasa lebih
Kita selalu ikut nafsu tapi tak selalu ikut akal
Kita selalu memandang didepan tapi tak selalu memandang luas
Kita selalu suka yang manis tapi tak selalu suka yang pahit

Kerna berterimakasih itu susah, mencermin diri itu buang masa, mendengar itu lambat, bersyukur itu payah, lebih itu kurang, yang luas itu terbatas dan yang pahit itu hitam.


Kita manusia terlalu banyak karenahnya tanpa sedar hidup ini pinjaman cuma, terlalu pendek masanya, kerna sudah lumrah alam yang mana dipinjam harus dipulangkan.

Ayat 16 Surah Al-Imran:
Iaitu orang-orang yang berdoa dengan berkata : Wahai Tuhan kami, sesungguhnya  kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.
Peliharalah HATI kita :)

Thursday, May 31, 2012

Nak jadi jutawan???

Ada sesiapa tak yang taknak jadi jutawan? Jawapannya ada walaupun jumlahnya kecil.

Bagi kami, kalau boleh tak nak, sebab besar tanggungjawabnya. Kenapa kami taknak jadi jutawan? Simple jawapannya, "saya taknak kaya duit cukuplah dengan 'senang' nak belanja." Tu jawapan suami saya bila bercerita tentang angan-angan kawannya yang sedang berkira-kira nak buat satu bisnes yang keuntungannya memang lumayan (hoho juta juta katanya). Saya tanya kenapa tak nak? Kan best boleh beli apa- apa je yang kita nak, boleh gi mana-mana je yang kita nak, tak payah pening-pening kepala nak kira-kira, duit cukup ke tak cukup ke tak payah kumpul duit nak gi holiday (hahaha sungguh syaitonnirojim kan). Dia jawab apa, buat apa duit banyak kalau hati tak tenang, lagi pun tak de cabaran la hidup ni kalau semua nak kita dapat, kan best kalau kita nak sesuatu tu kita usaha dulu pastu dah penat usaha baru dapat rasa hasil, kan lebih manis macam tu. lagi satu tak yah risau orang LHDN datang rumah tanya mana tetiba dapat duit banyak ;)

Bagi saya pulak, saya dah sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi pada saya sekarang ni. Pernah duduk kat satu bilik masa mengemas pakaian  tetiba terdetik rasa syukur yang tak terhingga pada Allah yang telah kurniakan kepada saya suami yang penyayang, seorang anak yang sihat dan aktif, kerjaya yang elok, sebuah rumah yang selesa, kesihatan yang juga elok (hehe cuma sekali sekala je kena ulser, demam memang alhamdullilah amat jarang, tapi sekali domam memang tak daya nak bangun). Semua nikmat Allah ni terlalu berharga buat saya. Walau tahu ini semua termasuk diri saya sendiri ni pinjaman cuma, tapi harta yang Allah bagi ni terlalu bernilai jika nak dibandingkan dengan duit berkoyan-koyan. Berdoa pada Allah agar diberi kesempatan yang panjang untuk terus menghargai dan menyayangi 'pinjaman' ini.
  1. Ok, jom tengok perkembangan budak kecik ni. Dah pandai camwhore dah walaupun cuma amik gambar separuh ;).
  2. Dah pandai cakap, in fact banyak sangat cakap tapi masih ditahap majmuk latin dan bahasa melayu. Contoh "Abu (ibu) hdjkslshshksldlhdnd baju", terjemahannya "ibu, naqi nak pakai baju ni". Lagi ada 2 patah perkataan yang dia selalu sebut "tak cantik, tak ingat, tak suka" haha memang jelas dia sebut yang ni. 
  3. Suka sangat menangis bila tak dapat sesuatu. Air mata macam neng yatimah pelakon air mata tu. ibu ngan ayah dah lali dengan perangai yang satu ni. 
  4. Tangan cepat je nak pukul kalau tak dapat nak sesuatu tu,  tapi saya tak balas balik, cuma saya marah then separate budak kecik ni dari saya. Contoh kat rumah ada penghadang antara dapur dengan ruang tamu, so saya biar dia kat dapur sorang-sorang, dah puas melalak tersedu-sedu, baru saya lepas dari kurungan ;) lepas tu cakap dengan dia jangan pukul sesiapa kalau tak dapat sesuatu tu. So far memang tak jalan lagi, hahaha tapi saya percaya akan jalan juga kaedah saya ni ;)
  5. Suka berlagu dan mengulang 2 kali ayat dia kalau nak sesuatu tu. contoh 'bu nak lagi, nak lagi' haha sweet sangat.

camwhore takat kepala je
Dah puas camwhore and gaduh dengan ibu, so budak kecik ni terlelap. Sebelum tu ibu suap lauk kat bawah ni pastu minta susu juga nak buat ubat untuk tidur. Yeau pastu baru aman ibu nak lepak-lepak tukar channel tv ikut suka kalau budak kecik tu ada jangan harap ler, tak abis-abis dengan channel kartun dia mmmmphhh. Ok nama lauk kat bawah ni adalah ayam masak kerutub (agaknya macam ni la kot ejaannya). Resepi mak kat kampung, obviously tengah rindu mak, so kena la masak masakan mak ;) first time buat, fail. second time buat (haha baru second time buat, maklumla frust yang first tak hilang lagi) baru jadi. Resepi asal saya tak pasti, yang kat bawah ni saya main taram je. Habis serai kat belakang rumah jadi mangsa, baru nak naik ada 2 batang, habis kena tebas ngan saya sebatang nak masak makanan kat bawah ni. Biasa mak saya buat dengan ayam kampung, tapi kat sini ayam kampung mahal, lagipun stok yang ada kat dalam peti ais tu pun cuma ayam biasa, so belasah jela labu, janji rock ;)
Ayam kerutub
Entry ni entry 2 minggu kot ;) semalam kami ke perak melawat atuk saudara suami yang meninggal dunia. Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah untuk Tok Pin, semoga Allah sentiasa merahmati dan mengasihinya. Rasa baru semalam kami menjenguknya, waktu tu dia masih boleh duduk dan membacakan doa selamat. Arwah merupakan guru yang mengajar suami mengaji. Semalam waktu mengusung jenazah, suami kata rasa ringan je arwah ni, muka pun fresh je, dan alhamdullilah segala urusan pengebumian semalam berjalan dengan lancar. Sesungguhnya, pabila meninggal seorang anak adam, tiada satu pun harta dunia yang boleh dibawanya kecuali 3 perkara iaitu, anak yang soleh dan solehah, ilmu yang disampaikan dan diamalkan dan sedekah jariah.

Ayat 14 surah Al-imran:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup didunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)