Thursday, May 31, 2012

Nak jadi jutawan???

Ada sesiapa tak yang taknak jadi jutawan? Jawapannya ada walaupun jumlahnya kecil.

Bagi kami, kalau boleh tak nak, sebab besar tanggungjawabnya. Kenapa kami taknak jadi jutawan? Simple jawapannya, "saya taknak kaya duit cukuplah dengan 'senang' nak belanja." Tu jawapan suami saya bila bercerita tentang angan-angan kawannya yang sedang berkira-kira nak buat satu bisnes yang keuntungannya memang lumayan (hoho juta juta katanya). Saya tanya kenapa tak nak? Kan best boleh beli apa- apa je yang kita nak, boleh gi mana-mana je yang kita nak, tak payah pening-pening kepala nak kira-kira, duit cukup ke tak cukup ke tak payah kumpul duit nak gi holiday (hahaha sungguh syaitonnirojim kan). Dia jawab apa, buat apa duit banyak kalau hati tak tenang, lagi pun tak de cabaran la hidup ni kalau semua nak kita dapat, kan best kalau kita nak sesuatu tu kita usaha dulu pastu dah penat usaha baru dapat rasa hasil, kan lebih manis macam tu. lagi satu tak yah risau orang LHDN datang rumah tanya mana tetiba dapat duit banyak ;)

Bagi saya pulak, saya dah sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi pada saya sekarang ni. Pernah duduk kat satu bilik masa mengemas pakaian  tetiba terdetik rasa syukur yang tak terhingga pada Allah yang telah kurniakan kepada saya suami yang penyayang, seorang anak yang sihat dan aktif, kerjaya yang elok, sebuah rumah yang selesa, kesihatan yang juga elok (hehe cuma sekali sekala je kena ulser, demam memang alhamdullilah amat jarang, tapi sekali domam memang tak daya nak bangun). Semua nikmat Allah ni terlalu berharga buat saya. Walau tahu ini semua termasuk diri saya sendiri ni pinjaman cuma, tapi harta yang Allah bagi ni terlalu bernilai jika nak dibandingkan dengan duit berkoyan-koyan. Berdoa pada Allah agar diberi kesempatan yang panjang untuk terus menghargai dan menyayangi 'pinjaman' ini.
  1. Ok, jom tengok perkembangan budak kecik ni. Dah pandai camwhore dah walaupun cuma amik gambar separuh ;).
  2. Dah pandai cakap, in fact banyak sangat cakap tapi masih ditahap majmuk latin dan bahasa melayu. Contoh "Abu (ibu) hdjkslshshksldlhdnd baju", terjemahannya "ibu, naqi nak pakai baju ni". Lagi ada 2 patah perkataan yang dia selalu sebut "tak cantik, tak ingat, tak suka" haha memang jelas dia sebut yang ni. 
  3. Suka sangat menangis bila tak dapat sesuatu. Air mata macam neng yatimah pelakon air mata tu. ibu ngan ayah dah lali dengan perangai yang satu ni. 
  4. Tangan cepat je nak pukul kalau tak dapat nak sesuatu tu,  tapi saya tak balas balik, cuma saya marah then separate budak kecik ni dari saya. Contoh kat rumah ada penghadang antara dapur dengan ruang tamu, so saya biar dia kat dapur sorang-sorang, dah puas melalak tersedu-sedu, baru saya lepas dari kurungan ;) lepas tu cakap dengan dia jangan pukul sesiapa kalau tak dapat sesuatu tu. So far memang tak jalan lagi, hahaha tapi saya percaya akan jalan juga kaedah saya ni ;)
  5. Suka berlagu dan mengulang 2 kali ayat dia kalau nak sesuatu tu. contoh 'bu nak lagi, nak lagi' haha sweet sangat.

camwhore takat kepala je
Dah puas camwhore and gaduh dengan ibu, so budak kecik ni terlelap. Sebelum tu ibu suap lauk kat bawah ni pastu minta susu juga nak buat ubat untuk tidur. Yeau pastu baru aman ibu nak lepak-lepak tukar channel tv ikut suka kalau budak kecik tu ada jangan harap ler, tak abis-abis dengan channel kartun dia mmmmphhh. Ok nama lauk kat bawah ni adalah ayam masak kerutub (agaknya macam ni la kot ejaannya). Resepi mak kat kampung, obviously tengah rindu mak, so kena la masak masakan mak ;) first time buat, fail. second time buat (haha baru second time buat, maklumla frust yang first tak hilang lagi) baru jadi. Resepi asal saya tak pasti, yang kat bawah ni saya main taram je. Habis serai kat belakang rumah jadi mangsa, baru nak naik ada 2 batang, habis kena tebas ngan saya sebatang nak masak makanan kat bawah ni. Biasa mak saya buat dengan ayam kampung, tapi kat sini ayam kampung mahal, lagipun stok yang ada kat dalam peti ais tu pun cuma ayam biasa, so belasah jela labu, janji rock ;)
Ayam kerutub
Entry ni entry 2 minggu kot ;) semalam kami ke perak melawat atuk saudara suami yang meninggal dunia. Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah untuk Tok Pin, semoga Allah sentiasa merahmati dan mengasihinya. Rasa baru semalam kami menjenguknya, waktu tu dia masih boleh duduk dan membacakan doa selamat. Arwah merupakan guru yang mengajar suami mengaji. Semalam waktu mengusung jenazah, suami kata rasa ringan je arwah ni, muka pun fresh je, dan alhamdullilah segala urusan pengebumian semalam berjalan dengan lancar. Sesungguhnya, pabila meninggal seorang anak adam, tiada satu pun harta dunia yang boleh dibawanya kecuali 3 perkara iaitu, anak yang soleh dan solehah, ilmu yang disampaikan dan diamalkan dan sedekah jariah.

Ayat 14 surah Al-imran:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup didunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)

No comments: