Monday, June 20, 2011

denggi

itu adalah tanggapan awal saya bila hari khamis lepas saya tiba-tiba lemah tak berdaya. pelik kerana biasanya antara simptom awal saya akan demam adalah dengan batuk atau selsema. 2 hari saya bercuti dek kerana kelemahan yang melampau. sengal-sengal tulang, suhu badan yang tinggi (39.4 degree), ada beberapa bintik dilengan kanan saya dan juga mengigil kesejukan dimalam hari.

dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, saya pun mula la mencari simptom-simpton yang dikaitkan dengan denggi antaranya :
  1. sengan-sengal dan sakit disendi (memenuhi kriteria)
  2. ruam (sikit-sikit memenuhi kriteria)
  3. muntah-muntah (tak ada langsung)
  4. cirit birit (tak ada langsung)
  5. demam berpanjangan (memenuhi kriteria sepenuhnya)

berdasarkan pengetahuan cetek perubatan saya, maka saya pun meminta suami menghantar ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut. itupun setelah hari ketiga saya gagal mengawal kesakitan yang mengganas (padahal hari pertama dan kedua suami dah suruh keklinik, tapi perasaan tak berapa gemar jumpa Dr lebih mengguasai minda disamping badan masih mampu mengawal kesakitan (DEGIL !!!!)

prosedur biasa dilakukan, tekanan darah dan suhu badan diambil seterusnya ujian darah dilakukan sebelum berjumpa Dr. setelah diperiksa, platlet normal (266. lega bukan denggi), cek tekak.. hah tu dia tonsil anda membekak dengan jayanya ya puan. Hadoi, saya pun ada tonsil ka? keluarga ada sejarah resdung atau tonsil: Tak ada, suami ngan anak ada la :) ok xpe buat masa ni kita dah tau punca, jangan makan benda minyak, minum air banyak-banyak, makan buah dan sayur. okeh Dr. Biasa berapa lama ya akan pulih? amik masa 3-5 hari.

kat luar hospital,

Suami : lepas ni boleh minum tembikai ngan laici banyak-banyak lagi tau :)

Isteri: hampeh, gembira la tu isteri dia pun masuk geng ;(

Monday, May 30, 2011

jahit manik lagi

saya budak baru belajar
nampak perbezaan tak? one side guna manik and other side guna mutiara kecil
ini adalah hasil percubaan pertama saya menjahit manik menggunakan mutiara
***********

macam rajin je kan haha (wish me luck!!!!!!)
semalam saya dok borong manik bagai nak rak kat GM Plaza kl. Plan cuma nak beli mainan untuk naqee kat chow kit, sekali mak dia pulak yang over.

banyak betul saya borong manik mutiara haha siap amik semua warna lagi. Plan cuma nak amik yang ada unsur hijau (sebab kononnya nak bermanik-manik raya tahun ni) tapi alang-alang minimum purchased is 1 dozen, why not i take each colors with the thinking of 'mana tau boleh guna untuk baju lain ke' (haha tahun bila siap pon tak leh jamin).

kenapa saya nak bermanik-manik sakan tahun ni adalah : ( paling suka buat entry with numbering kan, lately ni)
  1. inspired by one of the graduan during my convocation ceremony (early may).
  2. design dia lebih kurang macam ni, kita tengok la jadi ke idak nanti kan, sebab kena tunggu baju siap dolu baru boleh cerita.

gambar dari SINI ya


Friday, May 20, 2011

naqee

dah lama tak update blog kan..
ada banyak benda nak share, tapi hari ni nak share pasal anak bujang kami, harraz anaqi, jewel of our hearts.
pagi tadi masa dalam perjalanan ketempat pengasuhnya saya cuba bertanya beberapa soalan padanya sebab nak tengok macam mana response dia dah faham belum bila orang tanya. Antara soalannya :
  1. Harraz anaqi, raise up your hand : haha mamat ni angkat tangan sambil show off kat ayah yang dia faham instruction.
  2. Harraz anaqi blinking your eyes : mamat ni terkebil-kebil sambil panggil ayah tunjuk dia boleh kebil-kebilkan mata sepet dia
  3. harraz anaqi open your mouth : haha yang ni over okey, dia buka mulut sambil tunjuk lidah.

so moralnya, lepas ni kena berhati-hati bila bercakap dengan mamat kecik ni sebab dia dah boleh faham dan meniru setiap apa yang orang buat.

haha one more thing mamat kecik ni bila orang suh salam dia akan salam dua-dua belah tangan. motifnya adalah nak jadi anak soleh (haha kata ibu dia la)

Wednesday, May 4, 2011

i do


hehe yang ni masih terpengaruh ngan 'royal wedding'. Suka dengar lagu colbie caillat yang ni sebab macam happy je kan. sampaikan menanda kertas pun sambil dengar lagu ni berulang-ulang. terus hilang rasa stress dan rasa nak bagi markah penuh kat budak-budak yang jawab ntah apa-apa ntah ni ;) (untung diaorang kan)



(photo from google)
tentang anaqi pulak. lately ni suka sangat menyebut papa, mama, cucu, adoi dan ayeeeer (refering to vitagen sebenarnya). suka pakai topi hatta dalam rumah sekalipun. dan paling suka menukang. hadoi, pening..



sayang kamu budak kecik

Friday, April 15, 2011

burung dan ikan

Adalah 2 jenis binatang kegemaran anaqi. lalu sabtu lepas kami ke bawa dia kesana. walaupun dia nampaknya letih tapi dia happy. Ni antara yang mahu saya kongsikan bangau. comel !! dah penat, duduk jap tgk ikan
cantik bangau-bangau ni
pose ala model kecik
segar je bila datang sini, tak bau busuk pun
naqee suka parrot ni
tengah khusyuk tengok burung
baru sampai, bergambar dulu dengan ayah

Thursday, March 31, 2011

ptptn

buat saya geram sampai mengigil-gigil. baru kejap tadi telefon ptptn balik. nak mengadu sebab saya tak boleh masuk website ujrah. cerita dia macam ni. 3 bulan yang lepas (5/1 lebih tepatnya) saya ada memohon untuk pembiayaan ujrah yang mana interest diturunkan dari 3% ke 1 %. tapi sampai sekarang permohonan saya terbengkalai tanpa ada apa-apa pemberitahuan dari pihak ptptn. mengikut dari pihak ptptn saya perlu tunggu sampai mereka bagi e-mail. ... dipendekkan cerita minggu lepas adik ipar saya minta pengesahan sijil dan kad pengenalan. untuk lengkapkan borang ujrah ptptn katanya. saya tanya berapa lama dia mohon, katanya tak sampai sebulan. haha mula la makcik ni tak senang duduk. selasa lepas saya call ptptn. pegawai yg menjawab panggilan saya kata dia dah bagi pasword tu kat e-mail saya. saya cakap saya tak ada terima. dia kata tak pe nanti pegawai dia reset semula password tu dan saya boleh accsess semula dalam masa 3 hari. ... so, hari ini adalah hari yang ketiga, bila saya tak dapat accsess, saya call ptptn semula. yang buat saya hangin satu badan adalah bila pegawai yang bertugas cakap, permohonan saya tak diprocess lagi. pegawai yang hari selasa cakap dah process, yang ni pulak belum process. mana satu yang betul ni.. angin dah start naik kat kaki. ... saya: berapa lama lagi saya kena tunggu utk permohonan diprocess .. ptptn: sila beri pihak ptptn masa utk process borang cik ya ... saya: ok saya faham, tapi sampai bila saya kena tunggu? dah 3 bulan tapi tak de apa2 perkembangan lagi. bagila time frame untuk saya tau yang permohonan saya ni tak layak ke apa ke. tak kan asyik nak telefon je (untuk pengetahuan kawan-kawan,perbualan antara saya dan ptptn dirakam, untuk penambah baikan katanya) ... ptptn: cik kena tunggu je, sampai kita bagi e-mail. saya: (makcik dah hangin satu badan, sebab angin dah naik ke kepala dah) .. perbualan disingkatkan yang mana dia taknak mengaku yang diaorg lambat process borang saya. dan saya yang berdegil nak tau bila terpaksa mengalah dengan ya kan je semua gebang-gebang mereka pastu perbualan tamat. ... ... dan pengakhiran yang membuat makcik terpaksa menahan marah sampai menggigil-gigil kekdahnya.. huhu

Wednesday, March 30, 2011

kerja kerana apa?

cuba kawan-kawan duduk berfikir sekejap. selama ni kita berkerja kerana apa?

  1. kerana nak beli bag COACH (haha yang mana tak mampu macam saya ni harusla impikan beg yang macam tu, mana yang dah ada coach pasti impikan gucci, prada, cole haan dan macam-macam lagi. dah nama pun perempuan, harusla bag kan, kalau lelaki mesti kena letak benda lain kan. contohnya kerana nak beli superbike, lotus, paling kureng pun mesti nak mitsubishi, lain pulak option nya kan)

  2. kerana nak penuhkan ISI RUMAH yang macam padang jarak padang terkukur tu. ajak kawan-kawan buat tournament bola jaring pun lepas gak. siap boleh panggil cheer girls lagi. okey itu tipu, rumah ke stadium besar sangat. nak beli rumah kat tempat saya ni sekarang pun kena ikat perut takat kerja makan gaji.

  3. kerana nak SARA KELUARGA. dulu susah, sian kat mak ayah kat kampung, takkan selamanya nak susah. kita ada kemampuan, nak juga merasa hulur kat diaorang. adik-adik pulak, takkan nak rasa susah walaupun kakak dan abang masing-masing da berkerjaya. sampai ke hati kita

  4. kerana BOS. bos arah tu ini tu ini, kadang-kadang tak terbuat semua tugasan yang diberi. kerja hakiki lagi, kerja bukan hakiki (kena jadi itu ini, ajk itu, ajk ini). bila tak larat, ignore je kerja bukan hakiki itu sampai bos ugut kalau ko tak buat itu tak buat ini, aku punish ko..huhu apekah

  5. kerana ALLAH s.w.t. dan ini merupakan yang terbaik. bila kita ikhlas kerana Allah, insyALLAH, Dia akan permudahkan segalanya. Amin

Berdoalah sentiasa, dan letakkan la Dia sebagai senarai teratas dalam apa jua perbuatan dan matlamat kita. Ikhlas kerana ALLAH