- kerana nak beli bag COACH (haha yang mana tak mampu macam saya ni harusla impikan beg yang macam tu, mana yang dah ada coach pasti impikan gucci, prada, cole haan dan macam-macam lagi. dah nama pun perempuan, harusla bag kan, kalau lelaki mesti kena letak benda lain kan. contohnya kerana nak beli superbike, lotus, paling kureng pun mesti nak mitsubishi, lain pulak option nya kan)
- kerana nak penuhkan ISI RUMAH yang macam padang jarak padang terkukur tu. ajak kawan-kawan buat tournament bola jaring pun lepas gak. siap boleh panggil cheer girls lagi. okey itu tipu, rumah ke stadium besar sangat. nak beli rumah kat tempat saya ni sekarang pun kena ikat perut takat kerja makan gaji.
- kerana nak SARA KELUARGA. dulu susah, sian kat mak ayah kat kampung, takkan selamanya nak susah. kita ada kemampuan, nak juga merasa hulur kat diaorang. adik-adik pulak, takkan nak rasa susah walaupun kakak dan abang masing-masing da berkerjaya. sampai ke hati kita
- kerana BOS. bos arah tu ini tu ini, kadang-kadang tak terbuat semua tugasan yang diberi. kerja hakiki lagi, kerja bukan hakiki (kena jadi itu ini, ajk itu, ajk ini). bila tak larat, ignore je kerja bukan hakiki itu sampai bos ugut kalau ko tak buat itu tak buat ini, aku punish ko..huhu apekah
- kerana ALLAH s.w.t. dan ini merupakan yang terbaik. bila kita ikhlas kerana Allah, insyALLAH, Dia akan permudahkan segalanya. Amin
Berdoalah sentiasa, dan letakkan la Dia sebagai senarai teratas dalam apa jua perbuatan dan matlamat kita. Ikhlas kerana ALLAH
No comments:
Post a Comment