Thursday, March 31, 2011
ptptn
buat saya geram sampai mengigil-gigil. baru kejap tadi telefon ptptn balik. nak mengadu sebab saya tak boleh masuk website ujrah. cerita dia macam ni. 3 bulan yang lepas (5/1 lebih tepatnya) saya ada memohon untuk pembiayaan ujrah yang mana interest diturunkan dari 3% ke 1 %. tapi sampai sekarang permohonan saya terbengkalai tanpa ada apa-apa pemberitahuan dari pihak ptptn. mengikut dari pihak ptptn saya perlu tunggu sampai mereka bagi e-mail. ... dipendekkan cerita minggu lepas adik ipar saya minta pengesahan sijil dan kad pengenalan. untuk lengkapkan borang ujrah ptptn katanya. saya tanya berapa lama dia mohon, katanya tak sampai sebulan. haha mula la makcik ni tak senang duduk. selasa lepas saya call ptptn. pegawai yg menjawab panggilan saya kata dia dah bagi pasword tu kat e-mail saya. saya cakap saya tak ada terima. dia kata tak pe nanti pegawai dia reset semula password tu dan saya boleh accsess semula dalam masa 3 hari. ... so, hari ini adalah hari yang ketiga, bila saya tak dapat accsess, saya call ptptn semula. yang buat saya hangin satu badan adalah bila pegawai yang bertugas cakap, permohonan saya tak diprocess lagi. pegawai yang hari selasa cakap dah process, yang ni pulak belum process. mana satu yang betul ni.. angin dah start naik kat kaki. ... saya: berapa lama lagi saya kena tunggu utk permohonan diprocess .. ptptn: sila beri pihak ptptn masa utk process borang cik ya ... saya: ok saya faham, tapi sampai bila saya kena tunggu? dah 3 bulan tapi tak de apa2 perkembangan lagi. bagila time frame untuk saya tau yang permohonan saya ni tak layak ke apa ke. tak kan asyik nak telefon je (untuk pengetahuan kawan-kawan,perbualan antara saya dan ptptn dirakam, untuk penambah baikan katanya) ... ptptn: cik kena tunggu je, sampai kita bagi e-mail. saya: (makcik dah hangin satu badan, sebab angin dah naik ke kepala dah) .. perbualan disingkatkan yang mana dia taknak mengaku yang diaorg lambat process borang saya. dan saya yang berdegil nak tau bila terpaksa mengalah dengan ya kan je semua gebang-gebang mereka pastu perbualan tamat. ... ... dan pengakhiran yang membuat makcik terpaksa menahan marah sampai menggigil-gigil kekdahnya.. huhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment