Monday, September 29, 2014

september

berkurun lama kurasakan.... sila sambung sendiri lagu exist ni...

serius lama sungguh tak post something kat sini.
semua post separuh jalan, mula berkobar-kobar idea nak tulis tapi lepas tu hampa.
berhenti di pertengahan jalan.

menulis ni bagi saya (yang sememangnya tak pandai nak express feeling on writing) ni memang sangat payah.
bila takde idea lagi la super saiya payah.
hari ni terdetik nak tulis gak, tak kira la ada idea ke tidak.
gara-gara kepenatan menanda
bila dah sampai musim exam ni memang pen merah dihati ditanganku selalu. untung takde kesan calitan kat jari je, jenuh nak bersihkan nanti.
untung kat tempat lama memang supply pen merah ni,
ada lebih nasib baik simpan, sebab kat tempat baru takde peruntukan pen merah =(
so memang perintah berkurung dalam bilik je sekarang ni
kena concentrate tapi agak payah nak concentrate sebab ramai tetamu yang tak diundang buat appointment muncul.
dah dipesan banyak kali, meeting upon appoinment ya adik adik.
tapi degil nak gak serbu bilik akak ni.
memang maaf la, jangan salahkan akak, akak kurang nak layan. sebab kang tak keluar 'bawamarkah' korang gak yang zikir mintak, "bila nak keluar bila nak keluar"
padahal besar mana la impak 'bawamarkah' tu dik, ko nak estimate berapa ko nak score untuk final eh? nasihat akak baik tak payah, buat la past year sungguh sungguh, jawab sungguh sungguh, in sya allah pass la korang.
ok dah tutup cerita tang tu...

bulan september ni bulan yg manis buat saya.
haha apakah, manis?
sebab bulan ni birthday saya.
berapa hb? haha macam orang nak tau kan..
takyah tau la
dan saya dapat hadiah super manis tahun ni.
birthday wish dari anak bujang no 1... hehe no 2 sebab tak tau cakap lagi so sengih sengih je la tengok video dari abang


kesian abang, tengah demam.
mungkin dah lama xdemam/cuaca/rindu kami =( (sebab baru minggu lepasnya bgtau rindu adik lepas tu tiba-tiba demam).
tengok mata tu pon tau sembap. sian anak ibu, get well soon ya. minggu ni kita jumpa lama sikit.
sian ayah, bukan dia tak nak bawak jumpa ibu tapi ayah banyak komitmen kat kl.
kita sabar sikit je lagi eh. Allah sayang kita, suruh kita jadi orang yang lebih sabar.
nanti kita reunion lagi.
bulan 12 ni cuti sekolah duduk kat umah nenek.
main puas puas dengan adik.
tahun depan abang kena more concentrate on study (ewah, macam nak amik upsr plak gayanya).
bukan la, maksud ibu, dah tak boleh ponteng suka suki macam sekarang ni.
masa main kita main, masa belajar/kerja kena buat betul betul.
love u son... eh eh love his father also la =)

`````

Monday, July 7, 2014

kata Imam Syafie


Sesungguhnya tida ada harta yang lebih MULIA dan BERGUNA selain daripada ILMU
Tidak ada yang lebih MENGUNTUNGKAN selain daripada ADAB SOPAN
Tidak ada yang lebih BERGUNA selain daripada AKAL
Tidak ada yang lebih BURUK selain daripada sifat KEDEKUT.

Petikan daripada buku Imam Syafie Pejuang Kebenaran oleh Abdul Latip Talib
Penulis buku ini sudah menjadi kegemaran saya setakat ni =) 
Sekian, Wassalam

Wednesday, April 23, 2014

Saya merapu

Kadang kadang saya mengalah
Kadang kadang saya lemah
Kadang kadang saya tak tabah
Kadang kadang saya melatah
Kadang kadang saya mengeluh
Kadang kadang saya gundah
Kadang kadang air mata saya tumpah, tak kira masa tak kira waktu.

Tapi selalu saya kata dalam diri yang saya   Kena kuat sebab saya tak lemah. Yang lemah cuma perasaan yang dibisik hati yang gundah, hati yang macam roller coaster, kejap naik kejap turun grafnya. Kena yakin yang "Allah tak uji hambaNya diluar kotak kemampuannya", Allah sayang saya, sayang semua hambaNya yang terkadang lalai dengan nikmat dunia yang sementara. 

Minda sedar saya kadang rasional tapi lebih pada emosional. Siapa la saya insan lemah yang sentiasa lupa yang sentiasa perlu diketuk dipahat agar menjadi mold terbaik takde cacat cela tapi sekali lagi precision selalu hanya 99.9% tak pernah 100%.. Sedih, pathetic, bangkit segera. 

Semalam tinggal sejarah
Hari ini lebih baik dari semalam
Esok lebih baik dari hari ini


Nah resepi kek nutella
Kan dah kata saya merapu kan kan

Tuesday, April 22, 2014

#taktaunakletaktajukapa

Assalamualaikum

Tiktoktiktok
Tak sampai 2 minggu lagi untill our good bye wave... bye bye ayah.
Barang apa pun tak kemas lagi. Yang saya buat checklist kot kot terlupa nak bawak nanti.
Checklist pun jangan tidak je, bagai melepas tangguk di tangga. Time ingat catit la, time tak ingat lantak la. Haha check list pon kat dalam handphone je. Nampak sangat jangan tidak saya kan.
Sama macam apa yang saya rasa sekarang ni, heartless (jangan heart attack sudah).

Macam macam benda berlaku. Malas nak ingat. Nak ingat yang best je. Membantu untuk bentuk diri yang cekal mungkin.
Tu yang jadi minda cakap tak stress tapi body say yess I do #awkstresstahapmindaawakpontaksincronizedenganbadanawaksopadanmukaawak (hehe hashtag paling panjang)
Habis ulser mencanak canak naik kat mulut. Jerawat yang dahh lamaaaaaa tak de, tetiba muncul. Owh double sakit disitu. Bukan jerawt yang halus mulus ya, jerawat yang besar tahap gunung berapi.ouchhhhhh.

Kita mulakan dengan Affan jom. Affan dah setahun. Masih belum berjalan lagi. Progress dis sekarang suka baca   sepah buku pastu konon konon membaca ABC tapi kat depan TV, bila Hi5 start je, buku ke mana, awak kemana. Bangun terus nak joget macam awak dah pandai jalan je gaya nya (takpe gaya mesti kena lebih). Lagi progress, suka sangat cubit dan tarik rambut ibu. Ntah dari mana dia tau buat macam tu. Selain ibu, dia suka gak main rambut abang dia. hehe rambut ayah? hehe dia takut kot, kang ayah marah tak dapat naik motor pagi pagi lagi. Makan ok, tak cerewet, apa ibu suap laju je dia nganga. Dah boleh makan nasi keras sikit tapi ibu kena lenyek siikit la pasai gigi dia baru 7 batang (4 atas, 3 Bawah). In fact sangat suka makan, walau dia dah kenyang ibu suap, nampak ibu suap abang dia pon kejar minta makan lagi. Alhamdullilah. Setakat ni rekod demam and batuk selang 2 minggu. Syabas bethe. Selang 2 minggu je gi spital amik neb. Tapi ubat dah ok dia makan, kadang kadang je dia ngamuk waktu makan ubat.

Anaqi pulak, biasa la abang dah besar, progress tu tak berapa nak nampak physically. Makin meninggi dan kurus ada la. Hanya makan berselera bila ibu masak. Kalau makan kat luar memang naharom dia nak makan banyak. Favorite food masih lagi nasi biru campur nasi putih (nasi kerabu campur nasi kukus, ntah apa pesen makan macam ni), dan juga sushi (boleh abis 5-6 pinggan dia sorang je makan). Macam hari tu, ibu nak makan steak kononnya, sekali terlalu sushi king (kebetulan kedai sebelah sebelah plak tu). Dia punya insist nak makan sushi sanggup dia tak nak jalan walaupun ibu kata ibu nak makan steak dulu, pastu nanti kita tapau sushi. Haha mungkin dia dah tau trick ibu ayah dia, dia tak nak tertipu kali ni, so memang dia stand still kat situ tak mo gerak. End up dengan lunch hari tu kitaorg masuk makan kat 2 kedai sebelah menyebelah. Motip kan, nak kena ikut selera ibu dengan anak. Ayah dia sabar jela. Adik plak? haha aku tidur lagi bagus. Lagi progress abang, dah pandai nak minta gi makan kat hotel pastu mandi kat pool. Haha masak nak masak. Swimming class seminggu sekali tak cukup nampaknya. Nanti kat sana macam mana la nak. #makmasihtaknakfikir.

Office plak. Ni malas nak cerita. Hiruk pikuk rasa. Banyak stress dari rest (hehe memang ler, dah nama kerja, awak dibayar untuk buat kerja bukan rehat ya cik puan). Nak jadi mem sila, daftar diri ke kelab SAHM. Soon insyaallah. Jika diberi kemampuan dan kekuatan.
In a bright side, some of the students do appreciate me (bila mana yang tau kondisi saya). Alhamdullilah. Compliment dari anak anak didik inhibit positive aura, indeed. Sedih sebab i am no longer along with them. Saya rasa tu la perasaan yang cannot be traded with money. Puas buat sesuatu yang benefited others, dan yang menerima tu nampak usaha kita tak lain untuk mereka. Saya bukan yang terbaik, tapi saya sentiasa berusaha ke arah itu. Setiap hari, tanpa jemu.

Colleague.
They are fun, motivate me to be more positive, very hardworking (since our KPI will be evaluated by 2 bosses this year, gilerkentang kan hehe, 2 bos rasa badan pun nak belah dua rasanya sekarang ni) at the same time juggle to be perfect wife and mother in sya allah. You guys are the BEST.

Hehe random abis kan cerita saya. Ok last sekali saya nak cerita tentang macam mana nak mengeluarkan kata kata kepada seseorang yang sedang dalam kesedihan.
Ok the scenario is your friend is in the middle of crisis (contoh nya sedang berduka sebab kehilangan sesuatu yang sangat sangat dia sayangi).
Ni pendapat saya : Cukuplah hanya sekadar berkata innalillahinnaillahirajiun/takziah/kamu kuat/jaga diri. Cukup. Jangan berkata kata lebih dari itu sebab?

  1. Hati, minda dan perasaan mereka pastinya sedang bercampur baur. Kedatangan anda mungkin sudah memadai untuk menunjukkan rasa simpati pada kawan anda. Some people rather choose to be alone. 
  2. Jangan memandai mandai keluarkan pendapat/nasihat/statement/cadangan macam mana nak menghadapi hari hari mendatang/dugaan anda ni kecik je berbanding orang lain. sipolan tu lagi la, dia lagi teruk kena blablablabla. Bukan tak boleh, boleh. Cuma masa tu tak kena, Sangat sangat tak kena. Awak dah la kenal takde la rapat mana. Tapi dah rasa diri layak nak bagi pendapat itu dan ini. Simpan dulu nasihat awak tu, untuk diri sendiri mungkin 'waktu' anda dah tiba nanti.
  3. Kita dah la tak rapat, even awak rapat pon takde la awak tau luar dalam hal hal kawan awak tu. Still you are not in her/his shoes. Terkadang nasihat yang awak rasa sudah cukup lemah lembut tu menghiris lagi kesedihan hati kawan kita. Umpama mencurah cuka pada tangan yang sedang luka. Nasihat tu mungkin kita rasa rasional tapi still bak kata saya sebelum ni, kita tak tau luar dalam kawan kita tu. Mungkin penerimaan dia berbeza. Bagi saya it is not WORD that heals the pain but TIME would definitely do. 
Itu saja. Saya akhiri dengan video ni


Bye Assalamualaikum semua =)



Saturday, March 22, 2014

Main masak masak

Resepi ikhsan cik puan wanie. Tapi macam biasa sudah didurhakai dengan sedikit modification ikut kesesuaian customer kita ya, ewahhh..


Mak mertua request nak makan cottage/shepard pie ni. Katanya pak mertua terasa nak makan. Ok off kita ke giant cari barang kelengkapan lepas kerja half day sabtu lepas. Agak gigih gak rasanya ni, sebab pagi ahad tu husband ada kelas. So bangun pagi terus men'dadu' semua bahan bahan kat atas ni sambil buat nasi goreng cendawan untuk sarapan anak beranak (exclude apak sebab apak pegi kelas awal). Masak siap siap bubur nasi adik, senang bagi dia sarapan siap, mandikan pastu dia repeat tidur balik biasanya dalam kul 9 pagi. Ok kita start engine terus buat filling n mashed potato terus. 


Mula mula panaskan minyak dan tumis bawang sampai naik bau. Agak agak jangan masak sangat.

Kemudian kita masukkan daging dan tumis sampai masak (saya pakai daging Ramly yang 400g tu)

Opppss terlupa nak masukkan cili. Patutnya pakai blackpepper tapi sebab mak mertua takleh makan blackpepper saya substitute dengan cili giling. Sebab kita tekak melayu memang kena ada rasa pedas sikit kan. Tahap pedas ikut sendiri punya lidah. Memandangkan nak serve pada budak kecik gak, so tak bolehla syok sendiri ya (untuk case saya)

Saya suka gabungan oregano dan daging, so letak gak la oregano sikit.

Daging dah masak, boleh la letak semua benda sekali harung dalam kuali ya. Lepas tu boleh letak garam gula dan perasa kalau mau. Saya tambah sos tomato sikit dalam ni sebab tak letak tomato paste  masa menumis tadi. Adjust la rasa ikut selera masing masing. Maka siap part filling now we move on the topping (mashed potato).

Untuk mashed potato biasanya dicadangkan pakai kentang jenis russet, sedap sikit. Rebus kentang dengan garam dah empuk, toskan dan boleh campak butter, cheese dan adjust kepekatan dengan fresh milk macam kat bawah ni.


Mula mula saya layer dengan mashed potato sebab taknak bagi minyak dari filling tu terkumpul kat bawah. Buat nipis je pastu boleh masukkan filling. Saya guna lebih kurang 2Kg kentang, agak banyak juga la, sebab tu boleh layer atas bawah.



Hehe nampak tak budak kecik menagih simpati kat bawah ni. Hehe masa finishing sekali dia bangun da, Tak nampak ibu kat dia mula la dia buat hal. Terjerit jerit menangis sebab ibu tak buka gate nak masuk dapur. Sorry dik, sikit lagi ibu siap ya.


Dah siap letak cheese penambah lemak rasa pada cottage pie kita. Bakar sekejap sampai cheese cair, then boleh serve.


 Tu je nak cerita hari ni. Bye semua.
Assalamualaikum

Monday, March 17, 2014

selamat hari lahir yang pertama affan

Bismillahirrahmannirahim (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Selamat hari lahir Affan.
Ibu doa Affan membesar dengan sihat, jadi khalifah Allah yang berguna , jadi anak soleh yang selalu mendoakan ibu dan ayah. 

Throwback setahun yang lepas.

Malam sebelum ibu dikehendaki induce, terasa nak makan char kuew teow Mali's Corner. Pergi pun lewat (8 lebih macam tu) siapa suruh kan. Dah ler malam minggu, memang harapan la nak dapat parking kat danau tu. Try la pusing kat kedai dia yang lagi satu tu pun penuh gak, in unfortunate event, hujan plak. Lagi la MIL tak bagi turun redah (almaklum, esok nak kena kerja kuat kihkih). Ok la fine ibu kata, tak pelah bukan mengidam sangat pun, saje je terasa nak makan sebelum berpantang nanti.

Esok hari yang ditunggu tunggu pun tiba. Patutnya ayah affan ada kelas pagi tu. Tapi kebetulan pagi tu turun tanda. So cakap kat ayah tak payah gi kelas. Anak No 2 ni kang takut plak progress dia cepat. Dah la hari tu ayah ada Test. Suh dia sms lecturer cakap ibu dah nak bersalin. Hope dia faham. Waktu turun tanda tu dalam jam 7 pagi.


Ikutkan hati malas lagi nak gi hospital. Sebab contraction tak la frequent sangat (Cewah, anak no 2, konon konon dah ada pengalaman). Tapi opah, atuk, wan ngan, arwah tok tam, wan dah semua naik suh ibu siap siap gi hospital cepat. Yang kelakar wan ngah siap suh makan karipap dia dulu sebab dia kata anak sedara dia makan karipap dia bersalin senang n cepat je. (haha layankan jela wan ngah). Tok dan mak bidan affan semua bising cakap itu ini (haha waktu ni ok steady lagi tapi opah affan bising suh tok ngan mak bidan semua diam, bagi ibu ketenangan dia kata "dahla orang sakit, bising plak diaorang ni"). Dalam kul 10 lebih, ayah hantar ibu gi hospital. Kali ni kami cuba hospital selayang eh nak.

Sampai hospital check up baru 2cm. Tungu punya tunggu kul 12 lebih juga baru dapat bilik. Ok waktu ni dah rasa seram sikit. Contraction dah ada cuma tak la sakit sangat (steady aku haha). Ayah beli makanan untuk lunch, makan lebih kurang je, maklum dah berdebar.

Progress adik quite fast 1cm=1jam (orang lain lagi cepat kot). Dah buka 5cm macam biasa nurse sorong masuk dalam labour room. Dekat Labour room mula nurse cakap nak bius tak? ibu kata ok lagi, so diaorang tak bagi la. Haha hambik ko sampai ke sudah memang tak dibiusnya ibu. (Haha I am Rambo in the making). Syukur alhamdullilah jam 8.40 malam ibu selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah. Tak lama lepas tu azan isya berkumandang (rasa sayu pulak hati masa ni). Berat adik masa dilahirkan 3.75kg, panjang 55cm. Doktor macam tak caye berat baby ibu berat tu. Rasa berat baby orang lain lagi berat kot, tapi dia asik dok sibuk tanya background ibu n ayah memang besar macam tu ke?






Rasa baru semalam ibu keluarkan adik dari rahim ibu, tapi sebenarnya dah setahun adik dengan ibu, ayah and abang. Ibu harap adik jadi anak soleh yang taat pada perintah Allah, Rasul dan Al Quran. Kami sayang adik hope adik would remain cool, cheeky and slumber as always. We Love you so much. Again Happy Birthday Son!!!!


Wassalam.

Wednesday, March 5, 2014

Bento

Bismillahirrahmannirahim

Ni nama dia terpengaruh. Kita tengokkan jela se istiqamah mana saya buatkan bekal naqee ni. Haha hari ni dah cuti sebab dia gi swimming. Cuma bekalkan biskut n air masak. Sebab biasa teacher dia bawakan sekali makanan dah siap pack untuk bebudak yang gi swimming.

Nasi goreng dengan aksesori biasa tomato, timun dan sosej (kalau balik rumah tanya ajak kawan makan tak? ajak tapi diaorang makan sosej je bu, nasi diaorang makan sikit je. Ok la tu)

Bento 'supermario'. haha perasan muka super mario (game tu). Yang ni bekal nasi lemak dan aksesori tetap sosej, telur dadar, ikan bilis, timun dan sambal (sambal buat tak pedas sangat, sebab nak bagi budak makan).

Bento seterusnya, Bihun goreng dan aksesori yang lainnya scramble egg tambah sosej dan ulaman timun.

Kemudian. Bawakkan Mee goreng. cess dia kata tak sedap sebab dia nak nasi bukan mee la ibu. Nasib ko la nak. Cakap dah pagi siapa suruh lain kali cakap la sehari awal.

Nasi goreng. Aksesori peneman, tomato dan brokoli. pastu kudap kudapan biskut dan *apantahnamadiamakislupa haha.

Nasi goreng idaman anak. Kali ni buat nasi goreng cina dan sosej dan salad. Seperti diduga salad tidak mendapat sambutan. Baik bawak timun kot lagi bagus, at least dia makan gak. Tapi nasib baik letak sayur kacang buncis dalam nasi. OK la kan. Haha teacher dia impress sebab dia makan tomato. Saya kata, saja tu dia nak show off kat teacher, setakat tomato cherry yang manis ni boleh la dia berlagak, cuba bagi tomato biasa tu, kadang kadaaaaang je dia makan.


Ni yang latest. Malas nak masak nasi, ada roti 4 keping buat la anak sandwich. (hehe anak 2 keping je, yang lebihnya mak punya). sosej tu saya goreng, dah nak masak tuang kicap sikit, goreng sikit sampai agak agak kicap dah melekat kat sosej pastu angkat. Sosej ni layer dengan salad, tomato. cheese dan letak sikit sos. Peh licin. Dengan biskut biskut licin tak bawak balik. Tak cukup gaknya. Sebab biasa kalau bekal nasi/mee mesti ada lebihan. Sebab biasa memang bawak lebih takut kawan dia nak join sekali ok la kan. Sekurang kurangnya tambah selera dia makan. Sekarang ni dia dah skinny dah. Makan ikut suka dia je. Sekali je kot sehari dia makan heavy, lepas tu jangan harap dia nak, setakat susu dengan biskut je yang dia nak.

Ok dah tu je bebelan mak naqee hari ni.
Bye
Assalamualaikum.