Monday, November 10, 2014

ekspresi muka

tetiba nak menulis pasal ni.

budak kecik ni waktu bila korang rasa muka diaorang paling serene? tapi budak kecik memang kain putih yang jujur, yang tak bohong, yang ikhlas dan sebagainya, paling nakal (bukan nakal sebenarnya tapi cari akal sebab neuron dia galak bersambung bagi idea nak buat apa lepas selongkar baju, lepas sepah makanan, lepas selet screen ipad ngan coklat jem (oh my).
ada yang kata waktu dia tidur muka nampak suci dan tenang.
setuju juga waktu tidur nampak muka dia tenang je, waktu ni kalau time diaorang buat hal pastu kita tak sabar ada termarah plak rasa menyesal sangat sangat
kenapa la aku tak sabar sikit je lagi, eh eh kenapa la ikut sangat kata syaitan nirojim tu. tunduk sangat dengan amarah.
bukan diaorang tau pun apa maksud M.A.R.A.H, kang nanti diaorang repeat balik.


muka macam ni hah, sanggup ko nak marah? memang tak lah kan.


Muka macam ni pun kadang tak jadi nak marah.
Ko apasal taiko sangat dik =P
sindrom anak no 2.
hehe ibu tau, mesti tengah usha cik cha yang tengah gelakkan ko kan.

tapi ekspresi yang buat saya kalah waktu dan tika ini adalah waktu dia jumpa abang dia yang mana paling kerap boleh pun 2 kali sebulan.
waktu tu memang priceless (RM800/each trip apala sangat kan dik, walaupun elaun ibu kena potong (apakah, sini pun bandar gak tau tak, government please revise please), ayah kena kerja lagi kuat, tak dapat holiday sana sini macam orang lain pun takpe, janji dapat reunion ngan ayah n abang that is happiness for us #stopdemandingstarttocountblessed).
dari gelak dia kita boleh tau how he missed abang terribly.
dari mata dia kita tau oh this is my usual sight, my comfort view etc etc.
dari senyum (eh tak sempat senyum terus gelak je bila nampak abang) ada la sempat sekejap senyum kera sumbang waktu ibu angkat nak turun umah pengasuh nak masuk keta ayah, kita tau suka dan gembiranya dia.

itulah, orang kata pengajaran hidup ni tak kan kita perolehi jika kita berada di dalam comfort zone dalam waktu yang terlalu lama.
nak belajar benda baru kena keluar dari comfort zone.
baru kita lebih hargai sesuatu.
hargai masa bersama
hargai pasangan dan apa yang kita ada dan dah perolehi.

life is too short to be wasted.
appreciate others
love others
spread the kindness.
stop hatred
in sya allah, u will be at peace

assalamualaikum

Thursday, October 2, 2014

Kesedaran sivik

Kejadian 1

Masuk dalam kelas, tisu padam white board bersepah sepah atas meja dan lantai. Tak masuk lagi kertas conteng, plastik gula gula and whatnot. Terus ibu mengandung kutip buang. Bukan 1 round, beround round sebab banyak kot. Anak muda awal 20-an seramai belas orang tengah duduk borak buat apa? Tengok je no mercy not even ask to help that ibu mengandung. Ok i am impress =(

Kejadian 2

Ibu mengandung gi kutip kertas periksa kat bangunan pentadbiran. Ada 5 bundle tapi takdela tebal mana 16answer booklet/bundle. Sorang staf nampak tanya if nak minta tolong bawakkan. He show some courtesy. Ok i am impress too =)

Kejadian 3

Kat supermarket, ibu mengandung (30 minggu) galak tengok susu murah (1.8kg) sibuk nak amik dari rak nak pindah masuk susun dalam troli, satu kotak, dua kotak dan masuk kotak ketiga tanpa dia sedar troli dia kat tengah jalan, ada sorang lelaki umur dalam lingkungan awal 40-an sound "hey, your trolley blocking my way, kat tengah jalan ni, susah orang mau jalan tau, i tegur je" muka sengih sengih kerang busuk. "Sorry2, i tak perasan tadi" maaf si ibu mengandung. Dalam troli lelaki tadi cuma  ada 3-4 barang kecik2. Sedang muatan troli ibu mengaandung tadi ada almost half of the trolley. Ok again i am impress =/

Kejadian 4

as ibu mengandung nak queue up untuk bayar tetiba ada one lady and his mom dari kaunter sebelah tetiba terus menyelinap ke depan barisan cashier tempat ibu mengandung nak bayar. "sorry kak, saya dah lama beratur sebelah tadi, barang dia banyak", tanpa rasa bersalah potong queue akak mengandung yang bawak barang kiri kanan gak. Then pot pet pot pet cakap "hah tengok tu, dia amik baldi pulak!" oh my, youngster nowadays, at least show some courtesy and respect please.... #taktaunakcakapapadah

Please. Dont conclude and judge. Just think. Think wisely. 

Selamat beramal =)

Raising young caliph. You choose how to mould them =)

Monday, September 29, 2014

september

berkurun lama kurasakan.... sila sambung sendiri lagu exist ni...

serius lama sungguh tak post something kat sini.
semua post separuh jalan, mula berkobar-kobar idea nak tulis tapi lepas tu hampa.
berhenti di pertengahan jalan.

menulis ni bagi saya (yang sememangnya tak pandai nak express feeling on writing) ni memang sangat payah.
bila takde idea lagi la super saiya payah.
hari ni terdetik nak tulis gak, tak kira la ada idea ke tidak.
gara-gara kepenatan menanda
bila dah sampai musim exam ni memang pen merah dihati ditanganku selalu. untung takde kesan calitan kat jari je, jenuh nak bersihkan nanti.
untung kat tempat lama memang supply pen merah ni,
ada lebih nasib baik simpan, sebab kat tempat baru takde peruntukan pen merah =(
so memang perintah berkurung dalam bilik je sekarang ni
kena concentrate tapi agak payah nak concentrate sebab ramai tetamu yang tak diundang buat appointment muncul.
dah dipesan banyak kali, meeting upon appoinment ya adik adik.
tapi degil nak gak serbu bilik akak ni.
memang maaf la, jangan salahkan akak, akak kurang nak layan. sebab kang tak keluar 'bawamarkah' korang gak yang zikir mintak, "bila nak keluar bila nak keluar"
padahal besar mana la impak 'bawamarkah' tu dik, ko nak estimate berapa ko nak score untuk final eh? nasihat akak baik tak payah, buat la past year sungguh sungguh, jawab sungguh sungguh, in sya allah pass la korang.
ok dah tutup cerita tang tu...

bulan september ni bulan yg manis buat saya.
haha apakah, manis?
sebab bulan ni birthday saya.
berapa hb? haha macam orang nak tau kan..
takyah tau la
dan saya dapat hadiah super manis tahun ni.
birthday wish dari anak bujang no 1... hehe no 2 sebab tak tau cakap lagi so sengih sengih je la tengok video dari abang


kesian abang, tengah demam.
mungkin dah lama xdemam/cuaca/rindu kami =( (sebab baru minggu lepasnya bgtau rindu adik lepas tu tiba-tiba demam).
tengok mata tu pon tau sembap. sian anak ibu, get well soon ya. minggu ni kita jumpa lama sikit.
sian ayah, bukan dia tak nak bawak jumpa ibu tapi ayah banyak komitmen kat kl.
kita sabar sikit je lagi eh. Allah sayang kita, suruh kita jadi orang yang lebih sabar.
nanti kita reunion lagi.
bulan 12 ni cuti sekolah duduk kat umah nenek.
main puas puas dengan adik.
tahun depan abang kena more concentrate on study (ewah, macam nak amik upsr plak gayanya).
bukan la, maksud ibu, dah tak boleh ponteng suka suki macam sekarang ni.
masa main kita main, masa belajar/kerja kena buat betul betul.
love u son... eh eh love his father also la =)

`````

Monday, July 7, 2014

kata Imam Syafie


Sesungguhnya tida ada harta yang lebih MULIA dan BERGUNA selain daripada ILMU
Tidak ada yang lebih MENGUNTUNGKAN selain daripada ADAB SOPAN
Tidak ada yang lebih BERGUNA selain daripada AKAL
Tidak ada yang lebih BURUK selain daripada sifat KEDEKUT.

Petikan daripada buku Imam Syafie Pejuang Kebenaran oleh Abdul Latip Talib
Penulis buku ini sudah menjadi kegemaran saya setakat ni =) 
Sekian, Wassalam

Wednesday, April 23, 2014

Saya merapu

Kadang kadang saya mengalah
Kadang kadang saya lemah
Kadang kadang saya tak tabah
Kadang kadang saya melatah
Kadang kadang saya mengeluh
Kadang kadang saya gundah
Kadang kadang air mata saya tumpah, tak kira masa tak kira waktu.

Tapi selalu saya kata dalam diri yang saya   Kena kuat sebab saya tak lemah. Yang lemah cuma perasaan yang dibisik hati yang gundah, hati yang macam roller coaster, kejap naik kejap turun grafnya. Kena yakin yang "Allah tak uji hambaNya diluar kotak kemampuannya", Allah sayang saya, sayang semua hambaNya yang terkadang lalai dengan nikmat dunia yang sementara. 

Minda sedar saya kadang rasional tapi lebih pada emosional. Siapa la saya insan lemah yang sentiasa lupa yang sentiasa perlu diketuk dipahat agar menjadi mold terbaik takde cacat cela tapi sekali lagi precision selalu hanya 99.9% tak pernah 100%.. Sedih, pathetic, bangkit segera. 

Semalam tinggal sejarah
Hari ini lebih baik dari semalam
Esok lebih baik dari hari ini


Nah resepi kek nutella
Kan dah kata saya merapu kan kan

Tuesday, April 22, 2014

#taktaunakletaktajukapa

Assalamualaikum

Tiktoktiktok
Tak sampai 2 minggu lagi untill our good bye wave... bye bye ayah.
Barang apa pun tak kemas lagi. Yang saya buat checklist kot kot terlupa nak bawak nanti.
Checklist pun jangan tidak je, bagai melepas tangguk di tangga. Time ingat catit la, time tak ingat lantak la. Haha check list pon kat dalam handphone je. Nampak sangat jangan tidak saya kan.
Sama macam apa yang saya rasa sekarang ni, heartless (jangan heart attack sudah).

Macam macam benda berlaku. Malas nak ingat. Nak ingat yang best je. Membantu untuk bentuk diri yang cekal mungkin.
Tu yang jadi minda cakap tak stress tapi body say yess I do #awkstresstahapmindaawakpontaksincronizedenganbadanawaksopadanmukaawak (hehe hashtag paling panjang)
Habis ulser mencanak canak naik kat mulut. Jerawat yang dahh lamaaaaaa tak de, tetiba muncul. Owh double sakit disitu. Bukan jerawt yang halus mulus ya, jerawat yang besar tahap gunung berapi.ouchhhhhh.

Kita mulakan dengan Affan jom. Affan dah setahun. Masih belum berjalan lagi. Progress dis sekarang suka baca   sepah buku pastu konon konon membaca ABC tapi kat depan TV, bila Hi5 start je, buku ke mana, awak kemana. Bangun terus nak joget macam awak dah pandai jalan je gaya nya (takpe gaya mesti kena lebih). Lagi progress, suka sangat cubit dan tarik rambut ibu. Ntah dari mana dia tau buat macam tu. Selain ibu, dia suka gak main rambut abang dia. hehe rambut ayah? hehe dia takut kot, kang ayah marah tak dapat naik motor pagi pagi lagi. Makan ok, tak cerewet, apa ibu suap laju je dia nganga. Dah boleh makan nasi keras sikit tapi ibu kena lenyek siikit la pasai gigi dia baru 7 batang (4 atas, 3 Bawah). In fact sangat suka makan, walau dia dah kenyang ibu suap, nampak ibu suap abang dia pon kejar minta makan lagi. Alhamdullilah. Setakat ni rekod demam and batuk selang 2 minggu. Syabas bethe. Selang 2 minggu je gi spital amik neb. Tapi ubat dah ok dia makan, kadang kadang je dia ngamuk waktu makan ubat.

Anaqi pulak, biasa la abang dah besar, progress tu tak berapa nak nampak physically. Makin meninggi dan kurus ada la. Hanya makan berselera bila ibu masak. Kalau makan kat luar memang naharom dia nak makan banyak. Favorite food masih lagi nasi biru campur nasi putih (nasi kerabu campur nasi kukus, ntah apa pesen makan macam ni), dan juga sushi (boleh abis 5-6 pinggan dia sorang je makan). Macam hari tu, ibu nak makan steak kononnya, sekali terlalu sushi king (kebetulan kedai sebelah sebelah plak tu). Dia punya insist nak makan sushi sanggup dia tak nak jalan walaupun ibu kata ibu nak makan steak dulu, pastu nanti kita tapau sushi. Haha mungkin dia dah tau trick ibu ayah dia, dia tak nak tertipu kali ni, so memang dia stand still kat situ tak mo gerak. End up dengan lunch hari tu kitaorg masuk makan kat 2 kedai sebelah menyebelah. Motip kan, nak kena ikut selera ibu dengan anak. Ayah dia sabar jela. Adik plak? haha aku tidur lagi bagus. Lagi progress abang, dah pandai nak minta gi makan kat hotel pastu mandi kat pool. Haha masak nak masak. Swimming class seminggu sekali tak cukup nampaknya. Nanti kat sana macam mana la nak. #makmasihtaknakfikir.

Office plak. Ni malas nak cerita. Hiruk pikuk rasa. Banyak stress dari rest (hehe memang ler, dah nama kerja, awak dibayar untuk buat kerja bukan rehat ya cik puan). Nak jadi mem sila, daftar diri ke kelab SAHM. Soon insyaallah. Jika diberi kemampuan dan kekuatan.
In a bright side, some of the students do appreciate me (bila mana yang tau kondisi saya). Alhamdullilah. Compliment dari anak anak didik inhibit positive aura, indeed. Sedih sebab i am no longer along with them. Saya rasa tu la perasaan yang cannot be traded with money. Puas buat sesuatu yang benefited others, dan yang menerima tu nampak usaha kita tak lain untuk mereka. Saya bukan yang terbaik, tapi saya sentiasa berusaha ke arah itu. Setiap hari, tanpa jemu.

Colleague.
They are fun, motivate me to be more positive, very hardworking (since our KPI will be evaluated by 2 bosses this year, gilerkentang kan hehe, 2 bos rasa badan pun nak belah dua rasanya sekarang ni) at the same time juggle to be perfect wife and mother in sya allah. You guys are the BEST.

Hehe random abis kan cerita saya. Ok last sekali saya nak cerita tentang macam mana nak mengeluarkan kata kata kepada seseorang yang sedang dalam kesedihan.
Ok the scenario is your friend is in the middle of crisis (contoh nya sedang berduka sebab kehilangan sesuatu yang sangat sangat dia sayangi).
Ni pendapat saya : Cukuplah hanya sekadar berkata innalillahinnaillahirajiun/takziah/kamu kuat/jaga diri. Cukup. Jangan berkata kata lebih dari itu sebab?

  1. Hati, minda dan perasaan mereka pastinya sedang bercampur baur. Kedatangan anda mungkin sudah memadai untuk menunjukkan rasa simpati pada kawan anda. Some people rather choose to be alone. 
  2. Jangan memandai mandai keluarkan pendapat/nasihat/statement/cadangan macam mana nak menghadapi hari hari mendatang/dugaan anda ni kecik je berbanding orang lain. sipolan tu lagi la, dia lagi teruk kena blablablabla. Bukan tak boleh, boleh. Cuma masa tu tak kena, Sangat sangat tak kena. Awak dah la kenal takde la rapat mana. Tapi dah rasa diri layak nak bagi pendapat itu dan ini. Simpan dulu nasihat awak tu, untuk diri sendiri mungkin 'waktu' anda dah tiba nanti.
  3. Kita dah la tak rapat, even awak rapat pon takde la awak tau luar dalam hal hal kawan awak tu. Still you are not in her/his shoes. Terkadang nasihat yang awak rasa sudah cukup lemah lembut tu menghiris lagi kesedihan hati kawan kita. Umpama mencurah cuka pada tangan yang sedang luka. Nasihat tu mungkin kita rasa rasional tapi still bak kata saya sebelum ni, kita tak tau luar dalam kawan kita tu. Mungkin penerimaan dia berbeza. Bagi saya it is not WORD that heals the pain but TIME would definitely do. 
Itu saja. Saya akhiri dengan video ni


Bye Assalamualaikum semua =)



Saturday, March 22, 2014

Main masak masak

Resepi ikhsan cik puan wanie. Tapi macam biasa sudah didurhakai dengan sedikit modification ikut kesesuaian customer kita ya, ewahhh..


Mak mertua request nak makan cottage/shepard pie ni. Katanya pak mertua terasa nak makan. Ok off kita ke giant cari barang kelengkapan lepas kerja half day sabtu lepas. Agak gigih gak rasanya ni, sebab pagi ahad tu husband ada kelas. So bangun pagi terus men'dadu' semua bahan bahan kat atas ni sambil buat nasi goreng cendawan untuk sarapan anak beranak (exclude apak sebab apak pegi kelas awal). Masak siap siap bubur nasi adik, senang bagi dia sarapan siap, mandikan pastu dia repeat tidur balik biasanya dalam kul 9 pagi. Ok kita start engine terus buat filling n mashed potato terus. 


Mula mula panaskan minyak dan tumis bawang sampai naik bau. Agak agak jangan masak sangat.

Kemudian kita masukkan daging dan tumis sampai masak (saya pakai daging Ramly yang 400g tu)

Opppss terlupa nak masukkan cili. Patutnya pakai blackpepper tapi sebab mak mertua takleh makan blackpepper saya substitute dengan cili giling. Sebab kita tekak melayu memang kena ada rasa pedas sikit kan. Tahap pedas ikut sendiri punya lidah. Memandangkan nak serve pada budak kecik gak, so tak bolehla syok sendiri ya (untuk case saya)

Saya suka gabungan oregano dan daging, so letak gak la oregano sikit.

Daging dah masak, boleh la letak semua benda sekali harung dalam kuali ya. Lepas tu boleh letak garam gula dan perasa kalau mau. Saya tambah sos tomato sikit dalam ni sebab tak letak tomato paste  masa menumis tadi. Adjust la rasa ikut selera masing masing. Maka siap part filling now we move on the topping (mashed potato).

Untuk mashed potato biasanya dicadangkan pakai kentang jenis russet, sedap sikit. Rebus kentang dengan garam dah empuk, toskan dan boleh campak butter, cheese dan adjust kepekatan dengan fresh milk macam kat bawah ni.


Mula mula saya layer dengan mashed potato sebab taknak bagi minyak dari filling tu terkumpul kat bawah. Buat nipis je pastu boleh masukkan filling. Saya guna lebih kurang 2Kg kentang, agak banyak juga la, sebab tu boleh layer atas bawah.



Hehe nampak tak budak kecik menagih simpati kat bawah ni. Hehe masa finishing sekali dia bangun da, Tak nampak ibu kat dia mula la dia buat hal. Terjerit jerit menangis sebab ibu tak buka gate nak masuk dapur. Sorry dik, sikit lagi ibu siap ya.


Dah siap letak cheese penambah lemak rasa pada cottage pie kita. Bakar sekejap sampai cheese cair, then boleh serve.


 Tu je nak cerita hari ni. Bye semua.
Assalamualaikum