Monday, September 27, 2010

1 year plus, Harraz Anaqi Mohd Rizuan

Keletah harraz anaqi yang semakin membesar ;)

Sukakan senduk dari mainannya sendiri
Father and son in white
Asking him to kiss me but look at his face, grrrrr (this is what i've got in return)
harraz anaqi yang kuat peluh
Mencari sesuatu didalam timbunan resit2 ahaks bukan timbunan duit okey

Al-Fatihah

Merujuk kepada entry INI, Kawan saya (Pn Sharifah Intan) telah kembali ke Rahmahtullah mlm semalam jam 10 mlm di PPUM. Al-Fatihah untuk beliau. Ok saya nak pergi ziarah. Assalamualaikum


P/s : Tolong doakan untuk adik ian juga ye, please please please!!!. Moga dia cepat sembuh

Friday, September 24, 2010

Dear Hubby

This is the list that i am dreaming of (he didn't even know the existing of this blog!!!). But I really don't mind if you are not reading this piece of crap ;). Here we go, the list are:
  1. Janome 2049

  2. DSLR, Nikon D90

All images are downloaded from google.

Love:

Me ;)

Wednesday, September 22, 2010

Aidilfitri 2010

Salam Aidilfitri.
Saya selitkan sedikit momen aidilfitri kami tahun ini (2010)
Si kecik yang tak reti nak duduk diam
Mode : Happy sambil tepuk-tepuk tangan (sambil pandang ibu)
Keluarga sebelah suami
Kami sekeluarga ;) LUV all
Marah, nak tanggalkan kopiah


Tuesday, September 21, 2010

Jika sudah tersurat dan tersirat, akan sampai jua masanya

Semalam 2 orang sahabat saya dipanggil oleh timbalan bos. Rupa-rupanya mereka ditugaskan untuk mengambil alih tugas salah seorang dari rakan kami yang juga bekas pensyarah saya. Menurut kata mereka, keadaan beliau sudah kritikal. Sejauh mana kritikalnya kondisi beliau, saya kurang pasti. Ada cakap-cakap mengatakan yang doktor menjangkakan hayat beliau cuma tinggal sebulan Waullahualam.

Semalam juga sewaktu pulang dari pejabat, suami ada mengatakan hal yang sama. Owh, nampaknya berita sudah tersebar, cepat sungguh fikir saya. Ini dialog saya pada sang suami " Kasihan kan dia, tak taulah macam mana keadaan dia sekarang. Tapi jika difikirkan balik, on positive site, dia kira beruntung, sekurang-kurangnya dia dah tau bila waktu dia nak pergi. Dia boleh bersiap-siap, tapi kita ni entah macam mana, entah esok, lusa, beberapa jam lagi, berapa saat lagi pun kita tak pasti. Entah-entah lagi cepat dari dia."

Waullahualam.
Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali.
Tolong Doakan rakan saya ni ya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.

Sunday, September 19, 2010

Guess what??

Situasi 1
Kawan 1 : Muka naqee ni sebiji muka wan la, takde langsung muka ko.
Saya : Yeke, bukan macam muka aku?
Kawan 1 : Takde pun, ciplak sebiji muka wan.
Saya : Okey

Situasi 2
Pekerja kedai tudung : kak, anak akak ni lelaki ke perempuan?
Saya: Cuba teka?
Pekerja kedai tudung : Perempuan eh?
Saya : @#$%^^^??

Situasi 3
Pelajar : Puan, ni gambar anak puan ke?
Saya : aah
Pelajar : Owhh, how old is she?
Saya : SHE????

Moralnya: Cuba la korang kaitkan sendiri ketiga-tiga situasi tersebut kalau korang pandai ahaks :)

Wednesday, September 8, 2010

Mood raya mood raya.

Kat office saya ni rata-rata sudah bercuti. Kebanyakkan mereka akan mengambil cuti seminggu memandangkan cuti pertengahan semester sudah bermula (kalau semester sudah bermula kami tidak dibenarkan mengambil cuti hatta cuti anda ada 30 hari sekalipun, melainkan sebab-sebab kecemasan dan sakit sahaja yang dibenarkan). Saya pula akan mula bercuti esok, memandangkan tahun ini giliran kampung suami pula. Tau apa response ibu mertua saya bila tau kami cuti esok? "Buat apa cuti? bukan ada kerja pun, baik kerja je, cuti tu simpan" haha berderai tawa kami. Sebabnya sebelum ni kami ada berbincang isu balik sehari awal atau tidak. Dan kami mengambil keputusan untuk bercuti awal kononnya nak tolong ibu dan ayah la, sekali kene sound daa!!!!. Saya akan pulang beraya ke Johor pada hari isnin minggu hadapan.

Ok habis sudah tentang raya, saya nak bercerita tentang perkembangan terkini harraz anaqi. Anak bujang saya sudah pandai turun katil sendiri. Bak kata suami "belajar dari pengalaman jatuh katil. Walaupun katil saya agak tinggi, namun naqee akan menggunakan kebijaksanaannya menurunkan kaki terlebih dahulu sebelum memegang katil untuk menampung badan dan kaki yang tergantung. Dan kemudian akan selamat mendarat dengan kaki berjingkit.

Anak bujang juga sudah semangkin kuat makan. Mungkin selera bertambah akibat kurang makan setelah 2 minggu demam dan sakit tekak. Sebenarnya naqee ni memang suka makan, bagi la apa saja, confirm dia akan menganga bila disuap. Tapi sejak kes ini, saya mula mengawal pemakanannya. Tiap pagi, saya akan buatkan bubur ayam untuk bekalan dirumah pengasuh kerna bimbang pengasuh memberinya makanan yang macam-macam. Saya pun sudah berpesan pada pengasuhnya tentang keadaan anak saya, harap dia faham.

Ok, saya rasa ini saja update saya untuk hari ini. Saya nak settel kan kerja sebelum bercuti. Selamat hari raya semua.....

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Menyambut Lebaran


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua sahabat handai yang mengenali diri ini. Kepada sahabat bloggers yang baru juga ingin saya menyusun jari memohon maaf walaupun secara maya mungkin penulisan saya menimbulkan rasa ketidakpuasan, ampun maaf dipinta. Sesungguhnya, catatan ini ikhlas dari lubuk hati tanpa berniat menyinggung perasaan sesiapa yang membaca.
Akhir kata, sambutlah syawal ini dengan penuh kesederhanaan seperti mana kita melalui bulan Ramadhan yang bakal berlalu kelak.

Monday, September 6, 2010

Tonsilitis


Naqee dah keluar hospital jumaat yang lalu. Al-hamdulilah, sudah pulih dari demam namun pengambilan ubat masih diteruskan. Ini untuk memastikan tonsilnya pulih sepenuhnya.

Ini merupakan info tentang tonsilitis yang saya dapat dari SINI

Image from google

Cause :
Infection by variety of microorganism e.g streptococcus

Method of infection :
Cough, sneeze or touching
Most probably infected by biting miscellenious toys and etc.

Symptom:
Sore throut, fever, vomit, tiredness, headache, difficult to swallow
Naqee's had high fever and refused to neither eat nor drink milk

Treatment:
Plenty of fluid, pain relieving syrup and antibiotic.
Some of naqee's medicine are Ventolin and Paracetamol

Due to them, the tonsilitis is common among children age 1-10 years.

Thursday, September 2, 2010

Tanda-tanda pemulihan

Malam tadi doktor Fadzilah datang untuk memeriksa naqee malangnya naqee sudah tidur (naqee memang tidur awal, sekitar jam 8 malam dia sudah melentok-lentokkan kepalanya tanda mahu tidur sambil menghisap bibir dan mencari selimut 'busyuk'(saja gunakan term ni walaupun selimutnya akan saya basuh selang 3 hari). Tambahan pula kami sudah memberikan ubat sedari jam 8 malam (sungguh naqee amat fobia kan syringe, nampak sahaja kami mememang syringe dia akan serta merta memeluk saya sambil menolak-nolak tanda protes, kasihan anak bujang saya).

Tapi yang menyenangkan hati saya, suhu badannya sudah kembali normal. Menurut Doktor Fadzilah itu tanda tonsilnya menunjukkan perubahan akan pulih namun dia akan kembali memeriksa tonsil naqee pagi ini untuk pengesahan. Mudah-mudahan naqee akan pulih sepenuhnya seperti sediakala. Amin

Al-hamdullilah, naqee tidur lena malam tadi, hanya bangun untuk meminta susu setelah seharian tidak menyusu langsung dan hanya meneguk air masak seteguk dua. Lega hati saya, terima kasih Allah.

Untuk gambar, saya akan post kemudian memandangkan lappy saya ada masalah dengan sistem bluetoothnya.
P/S : Fuhhh berdebar sungguh bila nurse kata suh bagi ubat dan inject...cnfirm naqee meronta-ronta lagi . Sedihnya daku dan hati ini.

Wednesday, September 1, 2010

'Check in' Hopefully for a day only, get well soon son

Dr kata tonsil naqee bernanah
That's why he refused to eat and drink as usual

Dr said she want to monitor naqee for a day, since naqee's body temperature fluctuate due to his tonsil conditions.
Hopefully a day only since he refused to take medicine as usual too

Tapi tadi masa ibu teman naqee ambil ubat, nurse dengan ganasnya tekan hidung anak ibu non-stop untuk bagi anak ibu telan ubat. 3 jenis pulak tu. Nak mengalir air mata ibu (teringat masa ayah bagi naqee ubat dia tekan hidung naqee sikit pun ibu dah marah, tapi kat sini ibu tak dapat marah nurse macam mana ibu marah ayah. Ibu cuma marah kat belakang je). Sampai bilik ibu peluk naqee, pujuk naqee tak lama lepas tu ayah datang bawak mainan naqee dan naqee kembali senyum.

Ibu minta dengan Allah, agar cepat-cepat sembuhkan anak ibu, agar anak ibu boleh sihat dan kembali aktif seperti biasa. Amin ya Rabbal alamin.