Kat office saya ni rata-rata sudah bercuti. Kebanyakkan mereka akan mengambil cuti seminggu memandangkan cuti pertengahan semester sudah bermula (kalau semester sudah bermula kami tidak dibenarkan mengambil cuti hatta cuti anda ada 30 hari sekalipun, melainkan sebab-sebab kecemasan dan sakit sahaja yang dibenarkan). Saya pula akan mula bercuti esok, memandangkan tahun ini giliran kampung suami pula. Tau apa response ibu mertua saya bila tau kami cuti esok? "Buat apa cuti? bukan ada kerja pun, baik kerja je, cuti tu simpan" haha berderai tawa kami. Sebabnya sebelum ni kami ada berbincang isu balik sehari awal atau tidak. Dan kami mengambil keputusan untuk bercuti awal kononnya nak tolong ibu dan ayah la, sekali kene sound daa!!!!. Saya akan pulang beraya ke Johor pada hari isnin minggu hadapan.
Ok habis sudah tentang raya, saya nak bercerita tentang perkembangan terkini harraz anaqi. Anak bujang saya sudah pandai turun katil sendiri. Bak kata suami "belajar dari pengalaman jatuh katil. Walaupun katil saya agak tinggi, namun naqee akan menggunakan kebijaksanaannya menurunkan kaki terlebih dahulu sebelum memegang katil untuk menampung badan dan kaki yang tergantung. Dan kemudian akan selamat mendarat dengan kaki berjingkit.
Anak bujang juga sudah semangkin kuat makan. Mungkin selera bertambah akibat kurang makan setelah 2 minggu demam dan sakit tekak. Sebenarnya naqee ni memang suka makan, bagi la apa saja, confirm dia akan menganga bila disuap. Tapi sejak kes ini, saya mula mengawal pemakanannya. Tiap pagi, saya akan buatkan bubur ayam untuk bekalan dirumah pengasuh kerna bimbang pengasuh memberinya makanan yang macam-macam. Saya pun sudah berpesan pada pengasuhnya tentang keadaan anak saya, harap dia faham.
Ok, saya rasa ini saja update saya untuk hari ini. Saya nak settel kan kerja sebelum bercuti. Selamat hari raya semua.....
No comments:
Post a Comment