Thursday, March 31, 2011
ptptn
buat saya geram sampai mengigil-gigil. baru kejap tadi telefon ptptn balik. nak mengadu sebab saya tak boleh masuk website ujrah. cerita dia macam ni. 3 bulan yang lepas (5/1 lebih tepatnya) saya ada memohon untuk pembiayaan ujrah yang mana interest diturunkan dari 3% ke 1 %. tapi sampai sekarang permohonan saya terbengkalai tanpa ada apa-apa pemberitahuan dari pihak ptptn. mengikut dari pihak ptptn saya perlu tunggu sampai mereka bagi e-mail. ... dipendekkan cerita minggu lepas adik ipar saya minta pengesahan sijil dan kad pengenalan. untuk lengkapkan borang ujrah ptptn katanya. saya tanya berapa lama dia mohon, katanya tak sampai sebulan. haha mula la makcik ni tak senang duduk. selasa lepas saya call ptptn. pegawai yg menjawab panggilan saya kata dia dah bagi pasword tu kat e-mail saya. saya cakap saya tak ada terima. dia kata tak pe nanti pegawai dia reset semula password tu dan saya boleh accsess semula dalam masa 3 hari. ... so, hari ini adalah hari yang ketiga, bila saya tak dapat accsess, saya call ptptn semula. yang buat saya hangin satu badan adalah bila pegawai yang bertugas cakap, permohonan saya tak diprocess lagi. pegawai yang hari selasa cakap dah process, yang ni pulak belum process. mana satu yang betul ni.. angin dah start naik kat kaki. ... saya: berapa lama lagi saya kena tunggu utk permohonan diprocess .. ptptn: sila beri pihak ptptn masa utk process borang cik ya ... saya: ok saya faham, tapi sampai bila saya kena tunggu? dah 3 bulan tapi tak de apa2 perkembangan lagi. bagila time frame untuk saya tau yang permohonan saya ni tak layak ke apa ke. tak kan asyik nak telefon je (untuk pengetahuan kawan-kawan,perbualan antara saya dan ptptn dirakam, untuk penambah baikan katanya) ... ptptn: cik kena tunggu je, sampai kita bagi e-mail. saya: (makcik dah hangin satu badan, sebab angin dah naik ke kepala dah) .. perbualan disingkatkan yang mana dia taknak mengaku yang diaorg lambat process borang saya. dan saya yang berdegil nak tau bila terpaksa mengalah dengan ya kan je semua gebang-gebang mereka pastu perbualan tamat. ... ... dan pengakhiran yang membuat makcik terpaksa menahan marah sampai menggigil-gigil kekdahnya.. huhu
Wednesday, March 30, 2011
kerja kerana apa?
cuba kawan-kawan duduk berfikir sekejap. selama ni kita berkerja kerana apa?
- kerana nak beli bag COACH (haha yang mana tak mampu macam saya ni harusla impikan beg yang macam tu, mana yang dah ada coach pasti impikan gucci, prada, cole haan dan macam-macam lagi. dah nama pun perempuan, harusla bag kan, kalau lelaki mesti kena letak benda lain kan. contohnya kerana nak beli superbike, lotus, paling kureng pun mesti nak mitsubishi, lain pulak option nya kan)
- kerana nak penuhkan ISI RUMAH yang macam padang jarak padang terkukur tu. ajak kawan-kawan buat tournament bola jaring pun lepas gak. siap boleh panggil cheer girls lagi. okey itu tipu, rumah ke stadium besar sangat. nak beli rumah kat tempat saya ni sekarang pun kena ikat perut takat kerja makan gaji.
- kerana nak SARA KELUARGA. dulu susah, sian kat mak ayah kat kampung, takkan selamanya nak susah. kita ada kemampuan, nak juga merasa hulur kat diaorang. adik-adik pulak, takkan nak rasa susah walaupun kakak dan abang masing-masing da berkerjaya. sampai ke hati kita
- kerana BOS. bos arah tu ini tu ini, kadang-kadang tak terbuat semua tugasan yang diberi. kerja hakiki lagi, kerja bukan hakiki (kena jadi itu ini, ajk itu, ajk ini). bila tak larat, ignore je kerja bukan hakiki itu sampai bos ugut kalau ko tak buat itu tak buat ini, aku punish ko..huhu apekah
- kerana ALLAH s.w.t. dan ini merupakan yang terbaik. bila kita ikhlas kerana Allah, insyALLAH, Dia akan permudahkan segalanya. Amin
Berdoalah sentiasa, dan letakkan la Dia sebagai senarai teratas dalam apa jua perbuatan dan matlamat kita. Ikhlas kerana ALLAH
Monday, March 28, 2011
anak kamu minum susu apa?
Buat masa ni, anaqi minum susu isomil-from abbott (* gambar dari incik google) alasan kenapa minum susu isomil :
- hari ke-2 lepas bersalin, susu masih kurang. anaqi asyik menangis kelaparan walaupun dah menyusu sejam. nenek dah naik risau suh bagi gak susu tepung. tak tau nak bagi susu apa terus mintak tolong biras belikan isomil. naqee minum kekenyangan, ibu plak menangis sedih sebab hari ke-2 dah kene minum susu selain susu ibu (haha emosional kan).
- bulan ke-9, ibu kene masuk kerja. waktu tu production dah kurang sebab naqee pun kerap minum. try beli enfalac (ke enfagrow). tapi naqee refuse minum walaupun dah paksa. seingat saya 2oz je yg lepas masuk dalam perut dia. dan yang lain apa lagi masuk dalam longkang. huhu pembaziran sungguh. (dah le mahal). dan akhirnya saya terpaksa berpatah balik kepada isomil sebab itulah pilihan dia.
pastu, sekarang ni, incik suami bercadang nak tukar jenis susu yang lain selain isomil. saya mencadangkan susu progress gold, s26 from wyeth. tapi tak pasti samaada naqee boleh terima susu ni atau tidak. jadi saya mintak sample susu ni kat wyeth's website. so kalau kawan-kawan nak try susu ni boleh masuk LINK ni ya
Wednesday, March 23, 2011
betul ke?
orang tua-tua cakap budak kecik yang suka hisap hujung bantal ada cacing?
sebab ...
naqee suka hisap hujung bantal. huh nak kena jumpa doktor ni
sebab ...
naqee suka hisap hujung bantal. huh nak kena jumpa doktor ni
Wednesday, March 9, 2011
tahi lalat
saya memang terkenal dengan tahi lalat yang banyak. kat muka je xtau ada berapa puluh, haha tu belum bawah bibir yang sangat obvious (obvious pun salah saya jugak, mula-mula tumbuh dulu takde la besar sangat, tapi sebab rasa malu tahi lalat dah sangat banyak, gatal la gigi ni nak gigit dengan beranggapan kalau saya gigit mungkin tahi lalat ini akan hilang kihkihkih innocent kan plus sangat sengal sebab gila tahi lalat nak hilang dengan hanya gigitan gigi yang tumpul. dan ya setelah gigitan demi gigitan tahi lalat itu semakin membesar dengan kadar yang sangat laju (cam halaju cahaya haha tipu okey, tapi lajula kiranya tumbesaran mereka dari yang sepatutnya).
mak saya kata, tahi lalat pertama saya tumbuh seawal 8 bulan. Gosh!!!! (haha tak kan orang kampung cakap gosh pulak kan, saya tak tau la mak saya kata apa, agaknya oh mak ko atau opocot (tapi mak saya tak melatah) mungkin ni kot, ya Allah (haha, mungkin ni lebih tepat memandangkan karakter mak saya yang sungguh soft spoken dan lemah-lembut.... haha cuba bayangkan) kecik-kecik lagi dah ada tahi lalat okey. mak saya kata lagi, dia macam tak percaya, puas la dia try buang, tapi tetap ada (maknanya memang tahi lalat la tu mak saya kata)
dan semalam......
saya jumpa satu dot.. ye satu je ok.. satu dot kaler hitam kat kening kanan anak bujang saya. satu dot kaler hitam okey.. apa dia, dot kaler hitam atau senang cakap macam tahi lalat la makcik jie takkan tu pun susah nak paham. haha macam tahi lalat ker? ke memang tahi lalat tu? hadoila saya cuba untuk tidak menerima kenyataan, saya ulang balik apa yang mak saya buat 28 tahun lepas, saya try sapu-sapu pakai jari ku yang mulus oppsss tobam nih tapi dot hitam tu seakan tak mahu pergi.... adakah ini realiti atau fantasi kwang kwang kwang.. nampaknya ya yer kawan-kawan dengan bangganya saya mengumumkan harraz anaqi dah ada tahi lalat. syabas betteh (cakap gaya hindustan).
dari,
mak yang baru terperasan anaknya ada tahi lalat teheeeeeeeeee ;)
mak saya kata, tahi lalat pertama saya tumbuh seawal 8 bulan. Gosh!!!! (haha tak kan orang kampung cakap gosh pulak kan, saya tak tau la mak saya kata apa, agaknya oh mak ko atau opocot (tapi mak saya tak melatah) mungkin ni kot, ya Allah (haha, mungkin ni lebih tepat memandangkan karakter mak saya yang sungguh soft spoken dan lemah-lembut.... haha cuba bayangkan) kecik-kecik lagi dah ada tahi lalat okey. mak saya kata lagi, dia macam tak percaya, puas la dia try buang, tapi tetap ada (maknanya memang tahi lalat la tu mak saya kata)
dan semalam......
saya jumpa satu dot.. ye satu je ok.. satu dot kaler hitam kat kening kanan anak bujang saya. satu dot kaler hitam okey.. apa dia, dot kaler hitam atau senang cakap macam tahi lalat la makcik jie takkan tu pun susah nak paham. haha macam tahi lalat ker? ke memang tahi lalat tu? hadoila saya cuba untuk tidak menerima kenyataan, saya ulang balik apa yang mak saya buat 28 tahun lepas, saya try sapu-sapu pakai jari ku yang mulus oppsss tobam nih tapi dot hitam tu seakan tak mahu pergi.... adakah ini realiti atau fantasi kwang kwang kwang.. nampaknya ya yer kawan-kawan dengan bangganya saya mengumumkan harraz anaqi dah ada tahi lalat. syabas betteh (cakap gaya hindustan).
dari,
mak yang baru terperasan anaknya ada tahi lalat teheeeeeeeeee ;)
Tuesday, March 8, 2011
entry lepas geram... jangan baca kalau menyampah haha sbb saya betul-betul tengah menyampah
geram betul, tak tau la kenapa jodoh saya berpanjangan dengan seseorang ni. lepas satu, satu lagi benda yang menghubungkan kami. kali ni kena keje dengan dia lagi. yang pelik dalam banyak-banyak ahli yang lain (malah ada antara ahlinya yang rapat dengannya) pun masih cari saya. ada je alasan nak suruh saya buat tu, buat ni. ingat saya ni apa!!!
benci, meluat, menyampah pun ada.
GERAAAAAAAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMnya!!!!
(dalam hari: sabar jie sabar) tapi emosi rasa nak meletup je...
benci, meluat, menyampah pun ada.
GERAAAAAAAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMnya!!!!
(dalam hari: sabar jie sabar) tapi emosi rasa nak meletup je...
Subscribe to:
Posts (Atom)