Saturday, December 17, 2011

Karangan 360 patah perkataan saya

Jumaat lepas ada hamba Allah minta pandangan tentang kursus yang diambilnya. Bimbang tentang masa depan agaknya. Saya faham sebab setiap dari kita harus merancang masa depan. Merancang untuk berjaya yeahhhh. Takut susah dapat kerja mungkin juga agaknya sipolan ni. Atau takut tersalah ambil kursus. Mungkin juga tak minat dengan kursus ini dan minat dengan kursus yang lain. Siapa tau. Waulahhualam.

Nak tau apa jawapan saya? Haha sebab takde multiple choice answer harus la saya buat karangan. Ni jawapan 360 patah perkataan saya.

Mulanya saya cakap ilmu saya terhad malah tersangat lah sedikit nak dibandingkan dengan ilmu Allah. Apa yang saya boleh nasihatkan, belajar terima kenyataan kerana sudah tersurat di Luh Mahfuz anda mengambil kursus ini. Yang perlu deme buat adalah berusaha sewajarnya agar anda mendapat kejayaan yang cemerlang dan cuba untuk value added skill anda yang mana tak ramai orang lain ada skill yang sama. Cuba cari skill yang tak ramai orang ada maksud saya.

Sebab setiap manusia dilahirkan unik. Tak caya? Cuba tengok cap jari korang, tak sorang pun didunia ni ada cap jari yang sama. Subhanallah besar sungguh ciptaan Allah kan.

Ok balik pada pokok cerita saya tadi. Saya pernah dengar ayat ni. " Hard skill get you interview but soft skill get you job". Sebab tu sistem pendidikan kita sekarang banyak menekankan soft skill atau kemahiran insaniah dalam bahasa melayunya. Lepas tu saya cakap kat dia lagi. Belajar untuk appreciate segala ilmu yang dia dapat dan gali sebanyak mana yang mungkin dari yang pakar sebab kalau tak dia yang rugi.

Akhir sekali saya bagi dia ayat al quran iaitu Surah Al-Baqarah ayat 216.

"Diwajibkan atas kamu berperang padahal perang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Ayat ni saya dapat waktu saya dapat tau sesuatu yang saya tak boleh nak terima walaupun benda ni tak confirm lagi. Saya susah hati sebab takut saya tak boleh nak cope with the situation when the time comes. Nasihat dari kawan, banyakkan berdoa, mana tau tak jadi (yela sebab benda yang tak confirm ni is not under your boss controlled, is again in Allah's will. Alhamdullilah Allah bagi saya jawapan serta merta lepas saya doa. Dan sekarang saya redha atas apa juga keputusan bos saya. Sebab only Allah knows the best for me. Eh balik pada sipolan tadi. Dia balik dengan ucapan terima kasih dan senyum. Harapan saya agar dia dapat digest all my said and i'll always pray for his success and future undertaking.

Macam lebih 360 patah perkataan je kan. Hehe nasib korang la, siapa suh baca kan. Mesti dah nyesal ni. Selamat berhujung minggu semua. Hujung minggu saya kat umah je, esok nak ajak naqee balik umah opah n atok jap sementara ayah gi sekolah. Asyik tgk upin ipin je, kesian dia....



2 comments:

Faiz Hamsidi said...

Waa. Boleh jadi motivator ni. :)

jie said...

waaaaa (6 harkat). Jauh sangat tu, jadi aligator boleh la :)