Friday, April 6, 2012

PFD aka Process Flow Diagram

Usha dia ni tadi, malas nak keluar lunch. So ingat petang ni nak buat sikit la ;). Malas nak print (save the world) makanya saya come out dengan PFD ni ;). Senang sikit nak tengok dan lebih mudah saya fahami.


Drooling with the PAVLOVA. Walaupun sangat manis, tapi terasa sangat nak makan lagi (dulu pernah buat sekali masa birthday naqee tahun lepas). So nak buat gak, lebih boleh bagi jiran ye tak? setakat nak makan sendiri mana la habis atau boleh bagi PIL kot-kot esok nak singgah rumah ke ye tak?. Ingat nak ajak incik suami ngan naqee makan kat kedai je, tapi fikir balik, hari ni kan jumaat, mesti jalan jammed sana sini. Tapi rasanya Empire tak lah jauh sangat kan ngan rumah. Mmmm tengoklah mood nanti macam mana. Or else ajak incik suami singgah Carrefour jela beli strawberry ngan cream. Boleh makan kat atas meja baru ;). Hehe ye, kami dah beli satu lagi accessory dapur kami. Tapi lain yang di impi lain yang dibeli, sebab yang kami beli ni murah sikit. So ok la kan, nanti saya ambil gambar.  


Whoaaaaa. semua gambar seperti biasa dari google. Sekian terima kasih.

Satu ayat satu hari, Ayat 284 Surah Al-Baqara
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada didalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"
# Semoga saya tidak terus lalai dengan duniawi kerana sesungguhnya dugaan itu bukan Allah datangi dengan kesusahan saja, malah kesenangan juga merupakan dugaan dari-Nya untuk melihat sejauh mana ingatan kita pada yang Esa. Ya Allah ampunkan hamba-Mu yang sering kala lalai ini, dan bersihkan lah hati kami dari taksub dunia. Amin, semoga kita semua dibawah lindungan ilahi.

No comments: