Tuesday, April 24, 2012

This young little boy

..... Domam. Badan dah start panas on off on off. Tidur asyik terjaga-jaga tak lena macam selalu. Hopefully his antibody will do a very great job this time. Takmo la demam lama-lama, risau mak.

Bulan depan; MAY, saya panggil "bulan anak saya kurang kasih sayang".

Kenapa?

10 hari induksi, Diikuti dengan weekend tersebut bekerja kedua-dua hari.

Kemudian 3 hari dilangkawi juga weekend.

Dan kemudiannya ada event tapi nasib baik cuma di KL.

Well bukan selalu pun mak dia busy, kadang-kadang je, syukur tak selalu sebab selalu masih ada masa nak berjingga-jingga dengan dia. Syukur Allah masih kurniakan pekerjaan sumber rezeki berbanding orang lain yang masih tak bekerja. Syukur ya Allah.

P/s: budak kecik ni mengigau apa ntah, haha cakap laju sangat, tak faham i bahasa spanish dia ;) hidung sombat lak tu. hehhe get well soon dear, ibu sayang naqee, naqee sayang ibu tak? " syayang" terdengar-dengar pelat dia ;)

Thursday, April 12, 2012

Pizza kuning


wow, kelas 2 entry 1 hari kan ;) Hehe semalam lepas balik talks sementara tunggu nak keluar gi giant beli barang dapur, teringat kat tepung pizza ni, cita-cita nak buat memang dah lama, tapi semalam baru terlaksana. Tepung pizza cap NAGO ni saya beli kat TESCO. Senang je nak buat, mula saya rendam air suam dengan yis dan sedikit gula (nak bagi yeast awake and sugar is for their food), pastu uli dengan tepung. Dah siap tutup doh dengan tuala basah selama 60 minit.


Kat atas ni kuah/sos dia. Senang gak saya buat, macam nak buat sos spagheti cuma yang ni buat pekat sikit. Mula saya rebus tomato yang dah dipotong dadu sampai lembut. Pastu masukkan dalam pengisar, dan kisar sampai lumat. Tumiskan sedikit bawang putih dengan minyak zaitun, then dah wangi masukkan oregano (saya letak banyak gak, sebab rasa ngam pulak tomato dengan oregano nih) Lepas tu masukkkan tomato yang dah dikisar semula didalam tumisan tadi, letak sikit blackpepper, sikit garam dan sos tomato, reneh sampai pekat pastu angkat.

Ok pastu uli doh semula ikut bentuk dan ketebalan yang kita prefer, sapu sos, letak udang, hot dog (bagi saya better goreng sekejap udang dan hot dog tu dengan butter), nenas, capsicum, hirisan bawang dan last sekali cheese dan juga mayonnis ikut kesukaan masing-masing.

Dan hasilnya taraaaaa, pizza kuning siap untuk dimakan. Haha tapi macam saya je yang beria makan sebab orang lain dalam rumah ni lagi prefer nasi dan masakkan kampung. Memang tak laku pun jawapnya sama halnya kalau saya masak spaghetti. Tadi saya  bekalkan naqee dan suami paksa diaorang bawak hehehe. So kat rumah tinggal beberapa slice saja untuk saya makan petang nanti weeeeeeee....

Lauk, Meja dan Mari Mewarna

Ini entry hari isnin. Sambung jela kan

Buka puasa saya hari ni, terlebih makan akibatnya...,habis sebu je rasa perut. Iskiskisk, apa la saya ni kan. Pelahap sungguh, sebab first time saya rasa sambal ikan bilis saya menjadi (ikut skala tekak saya la kan).

Walaupun makan dengan kadar halaju cahaya, sebab naqee bit cranky dengan nak muntah, nak gosok gigi, nak poo poo dan lain-lain. Tapi ibu maintain makan dengan selera bertambah-tambah. Sambal ikan bilis yang tak pedas ;) ikan sardin goreng ranggup n ulam sayur peria yang pahit-pahit manja, rasa umphhh tu yang tersandar kekenyangan.



Waktu entry ni disambung adalah hari Rabu. Ya hari rabu cuti tapi pepagi lagi saya dah terpacak kat office sebab ada talks. Hari ni merupakan hari pertabalan Yang DiPertuan Agong (Sultan Kedah). Incik suami ada kat rumah temankan harraz anaqi. Owh semalam ada cerita funny yang berlaku dirumah kami.

Kejadian dia macam ni....
Sikecik tetiba lari pergi dapur nak bukak pintu bilik air, saya tengah leka tengok Top Chef, Ayah dia pulak tengah sibuk kemas apa ntah kat dapur sambil masak nasi (haha ya mak pemalas sebab penat hari ni puasa gak, ayah incharged bab nasi sebab lauk semua dah beli). Lepas tu dia kata 'air, air, bu bu ayah ayah air' ayah ni pelik tengok la, rupanya dia kencing. Ler rupanya dia tak pakai pampers. Ok saya tak perasan rupanya masa saya pangku balik dari rumah pengasuh dia, dia tak pakai pampers. Fuhhhh nasib baik dia tak kecing waktu dalam kereta, kalauu tak mau parah mak dia nak mengelap hahahaha...

Memang saya ada terfikir nak ajar dia Potty Training, sebab umur dia dah nak masuk 3 tahun bulan 8 ni, Tapi tu lah terfikir je mana nak jadi kan, Tak pernah try lagi, konon nak ajar waktu weekend tapi tak ajar-ajar jugak. dasar kan ;))

Hari tu masa pergi tengok-tengok dengan naqee, kami ingat nak beli meja lain. Tapi end up dengan meja kat atas ni. Opppsss sila ignore bihun goreng atas meja tu ya. Sarapan ahad lepas hahaha. Antara sebab kami beli meja ni simple je. Sebab murah ;) Meja ni datang dengan pakej kerusi 4 biji, So save sikit la berbanding meja yang boleh lipat-lipat kat entry sebelum  ni. Disebabkan, datang dari material yang sama (solid pine) dan color yang tak lapuk dek zaman (saya rasa la) mengimbau kenangan zaman sekolah pakai kerusi bentuk yang sama. Dulu zaman sekolah rendah saya ingat lagi, kalau terlewat masuk kelas alamat tak ada kerusi, so kenala pergi belakang sekolah, cari kerusi-kerusi yang mana masih boleh dipakai disebalik timbunan kerusi-kerusi yang rosak. Ya disebabkan terlalu ramai murid, kadang-kadang sekolah hampir tak mampu nak menampung bilangan pelajarnya. Tapi sekarang, bila sekolah dah diperbesarkan tak ramai pula pelajarnya sebab yang tinggal cuma cucu-cucu je.

 Gambar kucing kat atas ni, naqee yang save lepas dia main mewarna. Hijaunyeeeeerrrr, hijau menarik (dan merupakan warna kegemaran Rasullulah) tapi hijau yang ni too striking la nak ;)

Ayat hari ini, ayat 285, Surah Al-Baqarah
Rasul telah beriman kepada al-quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan):" Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa):"Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada ENgkaulah tempat kembali".

Friday, April 6, 2012

PFD aka Process Flow Diagram

Usha dia ni tadi, malas nak keluar lunch. So ingat petang ni nak buat sikit la ;). Malas nak print (save the world) makanya saya come out dengan PFD ni ;). Senang sikit nak tengok dan lebih mudah saya fahami.


Drooling with the PAVLOVA. Walaupun sangat manis, tapi terasa sangat nak makan lagi (dulu pernah buat sekali masa birthday naqee tahun lepas). So nak buat gak, lebih boleh bagi jiran ye tak? setakat nak makan sendiri mana la habis atau boleh bagi PIL kot-kot esok nak singgah rumah ke ye tak?. Ingat nak ajak incik suami ngan naqee makan kat kedai je, tapi fikir balik, hari ni kan jumaat, mesti jalan jammed sana sini. Tapi rasanya Empire tak lah jauh sangat kan ngan rumah. Mmmm tengoklah mood nanti macam mana. Or else ajak incik suami singgah Carrefour jela beli strawberry ngan cream. Boleh makan kat atas meja baru ;). Hehe ye, kami dah beli satu lagi accessory dapur kami. Tapi lain yang di impi lain yang dibeli, sebab yang kami beli ni murah sikit. So ok la kan, nanti saya ambil gambar.  


Whoaaaaa. semua gambar seperti biasa dari google. Sekian terima kasih.

Satu ayat satu hari, Ayat 284 Surah Al-Baqara
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada didalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"
# Semoga saya tidak terus lalai dengan duniawi kerana sesungguhnya dugaan itu bukan Allah datangi dengan kesusahan saja, malah kesenangan juga merupakan dugaan dari-Nya untuk melihat sejauh mana ingatan kita pada yang Esa. Ya Allah ampunkan hamba-Mu yang sering kala lalai ini, dan bersihkan lah hati kami dari taksub dunia. Amin, semoga kita semua dibawah lindungan ilahi.