Thursday, April 12, 2012

Lauk, Meja dan Mari Mewarna

Ini entry hari isnin. Sambung jela kan

Buka puasa saya hari ni, terlebih makan akibatnya...,habis sebu je rasa perut. Iskiskisk, apa la saya ni kan. Pelahap sungguh, sebab first time saya rasa sambal ikan bilis saya menjadi (ikut skala tekak saya la kan).

Walaupun makan dengan kadar halaju cahaya, sebab naqee bit cranky dengan nak muntah, nak gosok gigi, nak poo poo dan lain-lain. Tapi ibu maintain makan dengan selera bertambah-tambah. Sambal ikan bilis yang tak pedas ;) ikan sardin goreng ranggup n ulam sayur peria yang pahit-pahit manja, rasa umphhh tu yang tersandar kekenyangan.



Waktu entry ni disambung adalah hari Rabu. Ya hari rabu cuti tapi pepagi lagi saya dah terpacak kat office sebab ada talks. Hari ni merupakan hari pertabalan Yang DiPertuan Agong (Sultan Kedah). Incik suami ada kat rumah temankan harraz anaqi. Owh semalam ada cerita funny yang berlaku dirumah kami.

Kejadian dia macam ni....
Sikecik tetiba lari pergi dapur nak bukak pintu bilik air, saya tengah leka tengok Top Chef, Ayah dia pulak tengah sibuk kemas apa ntah kat dapur sambil masak nasi (haha ya mak pemalas sebab penat hari ni puasa gak, ayah incharged bab nasi sebab lauk semua dah beli). Lepas tu dia kata 'air, air, bu bu ayah ayah air' ayah ni pelik tengok la, rupanya dia kencing. Ler rupanya dia tak pakai pampers. Ok saya tak perasan rupanya masa saya pangku balik dari rumah pengasuh dia, dia tak pakai pampers. Fuhhhh nasib baik dia tak kecing waktu dalam kereta, kalauu tak mau parah mak dia nak mengelap hahahaha...

Memang saya ada terfikir nak ajar dia Potty Training, sebab umur dia dah nak masuk 3 tahun bulan 8 ni, Tapi tu lah terfikir je mana nak jadi kan, Tak pernah try lagi, konon nak ajar waktu weekend tapi tak ajar-ajar jugak. dasar kan ;))

Hari tu masa pergi tengok-tengok dengan naqee, kami ingat nak beli meja lain. Tapi end up dengan meja kat atas ni. Opppsss sila ignore bihun goreng atas meja tu ya. Sarapan ahad lepas hahaha. Antara sebab kami beli meja ni simple je. Sebab murah ;) Meja ni datang dengan pakej kerusi 4 biji, So save sikit la berbanding meja yang boleh lipat-lipat kat entry sebelum  ni. Disebabkan, datang dari material yang sama (solid pine) dan color yang tak lapuk dek zaman (saya rasa la) mengimbau kenangan zaman sekolah pakai kerusi bentuk yang sama. Dulu zaman sekolah rendah saya ingat lagi, kalau terlewat masuk kelas alamat tak ada kerusi, so kenala pergi belakang sekolah, cari kerusi-kerusi yang mana masih boleh dipakai disebalik timbunan kerusi-kerusi yang rosak. Ya disebabkan terlalu ramai murid, kadang-kadang sekolah hampir tak mampu nak menampung bilangan pelajarnya. Tapi sekarang, bila sekolah dah diperbesarkan tak ramai pula pelajarnya sebab yang tinggal cuma cucu-cucu je.

 Gambar kucing kat atas ni, naqee yang save lepas dia main mewarna. Hijaunyeeeeerrrr, hijau menarik (dan merupakan warna kegemaran Rasullulah) tapi hijau yang ni too striking la nak ;)

Ayat hari ini, ayat 285, Surah Al-Baqarah
Rasul telah beriman kepada al-quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan):" Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa):"Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada ENgkaulah tempat kembali".

No comments: