Thursday, May 31, 2012

Nak jadi jutawan???

Ada sesiapa tak yang taknak jadi jutawan? Jawapannya ada walaupun jumlahnya kecil.

Bagi kami, kalau boleh tak nak, sebab besar tanggungjawabnya. Kenapa kami taknak jadi jutawan? Simple jawapannya, "saya taknak kaya duit cukuplah dengan 'senang' nak belanja." Tu jawapan suami saya bila bercerita tentang angan-angan kawannya yang sedang berkira-kira nak buat satu bisnes yang keuntungannya memang lumayan (hoho juta juta katanya). Saya tanya kenapa tak nak? Kan best boleh beli apa- apa je yang kita nak, boleh gi mana-mana je yang kita nak, tak payah pening-pening kepala nak kira-kira, duit cukup ke tak cukup ke tak payah kumpul duit nak gi holiday (hahaha sungguh syaitonnirojim kan). Dia jawab apa, buat apa duit banyak kalau hati tak tenang, lagi pun tak de cabaran la hidup ni kalau semua nak kita dapat, kan best kalau kita nak sesuatu tu kita usaha dulu pastu dah penat usaha baru dapat rasa hasil, kan lebih manis macam tu. lagi satu tak yah risau orang LHDN datang rumah tanya mana tetiba dapat duit banyak ;)

Bagi saya pulak, saya dah sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi pada saya sekarang ni. Pernah duduk kat satu bilik masa mengemas pakaian  tetiba terdetik rasa syukur yang tak terhingga pada Allah yang telah kurniakan kepada saya suami yang penyayang, seorang anak yang sihat dan aktif, kerjaya yang elok, sebuah rumah yang selesa, kesihatan yang juga elok (hehe cuma sekali sekala je kena ulser, demam memang alhamdullilah amat jarang, tapi sekali domam memang tak daya nak bangun). Semua nikmat Allah ni terlalu berharga buat saya. Walau tahu ini semua termasuk diri saya sendiri ni pinjaman cuma, tapi harta yang Allah bagi ni terlalu bernilai jika nak dibandingkan dengan duit berkoyan-koyan. Berdoa pada Allah agar diberi kesempatan yang panjang untuk terus menghargai dan menyayangi 'pinjaman' ini.
  1. Ok, jom tengok perkembangan budak kecik ni. Dah pandai camwhore dah walaupun cuma amik gambar separuh ;).
  2. Dah pandai cakap, in fact banyak sangat cakap tapi masih ditahap majmuk latin dan bahasa melayu. Contoh "Abu (ibu) hdjkslshshksldlhdnd baju", terjemahannya "ibu, naqi nak pakai baju ni". Lagi ada 2 patah perkataan yang dia selalu sebut "tak cantik, tak ingat, tak suka" haha memang jelas dia sebut yang ni. 
  3. Suka sangat menangis bila tak dapat sesuatu. Air mata macam neng yatimah pelakon air mata tu. ibu ngan ayah dah lali dengan perangai yang satu ni. 
  4. Tangan cepat je nak pukul kalau tak dapat nak sesuatu tu,  tapi saya tak balas balik, cuma saya marah then separate budak kecik ni dari saya. Contoh kat rumah ada penghadang antara dapur dengan ruang tamu, so saya biar dia kat dapur sorang-sorang, dah puas melalak tersedu-sedu, baru saya lepas dari kurungan ;) lepas tu cakap dengan dia jangan pukul sesiapa kalau tak dapat sesuatu tu. So far memang tak jalan lagi, hahaha tapi saya percaya akan jalan juga kaedah saya ni ;)
  5. Suka berlagu dan mengulang 2 kali ayat dia kalau nak sesuatu tu. contoh 'bu nak lagi, nak lagi' haha sweet sangat.

camwhore takat kepala je
Dah puas camwhore and gaduh dengan ibu, so budak kecik ni terlelap. Sebelum tu ibu suap lauk kat bawah ni pastu minta susu juga nak buat ubat untuk tidur. Yeau pastu baru aman ibu nak lepak-lepak tukar channel tv ikut suka kalau budak kecik tu ada jangan harap ler, tak abis-abis dengan channel kartun dia mmmmphhh. Ok nama lauk kat bawah ni adalah ayam masak kerutub (agaknya macam ni la kot ejaannya). Resepi mak kat kampung, obviously tengah rindu mak, so kena la masak masakan mak ;) first time buat, fail. second time buat (haha baru second time buat, maklumla frust yang first tak hilang lagi) baru jadi. Resepi asal saya tak pasti, yang kat bawah ni saya main taram je. Habis serai kat belakang rumah jadi mangsa, baru nak naik ada 2 batang, habis kena tebas ngan saya sebatang nak masak makanan kat bawah ni. Biasa mak saya buat dengan ayam kampung, tapi kat sini ayam kampung mahal, lagipun stok yang ada kat dalam peti ais tu pun cuma ayam biasa, so belasah jela labu, janji rock ;)
Ayam kerutub
Entry ni entry 2 minggu kot ;) semalam kami ke perak melawat atuk saudara suami yang meninggal dunia. Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah untuk Tok Pin, semoga Allah sentiasa merahmati dan mengasihinya. Rasa baru semalam kami menjenguknya, waktu tu dia masih boleh duduk dan membacakan doa selamat. Arwah merupakan guru yang mengajar suami mengaji. Semalam waktu mengusung jenazah, suami kata rasa ringan je arwah ni, muka pun fresh je, dan alhamdullilah segala urusan pengebumian semalam berjalan dengan lancar. Sesungguhnya, pabila meninggal seorang anak adam, tiada satu pun harta dunia yang boleh dibawanya kecuali 3 perkara iaitu, anak yang soleh dan solehah, ilmu yang disampaikan dan diamalkan dan sedekah jariah.

Ayat 14 surah Al-imran:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup didunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)

Saturday, May 26, 2012

Ulser

Ulser merupakan perkara biasa dalam hidup saya. Hahaha setakat 3-4 ulser tumbuh sekaligus pun boleh maintain lagi. Bunyi macam belagak, tapi memang berlagak pun hehe ye tak. Pernah sekali saya kena ulser lebih dari sepuluh ulser tumbuh dalam mulut saya. Tak sakit? Fuh siapa cakap tak sakit. Memang sakit sampai saya tak mampu nak buka mulut sebab terlalu sakit. Bangun pagi tengok kat bantal ada sisa darah, bayangkan. Baik jangan, geli pulak kan hehe. Lecturer suruh jawab dalam kelas pun tak mampu nak jawab, sebabnya sekali buka mulut memang boleh meleleh la air mata. Up to that point teruknya penangan ulser dan saya.

Bonjela, air garam, dan semua krim ulser memang tak jalan dengan saya. Menahan pedih tapi tak baik buat apa kan? Yang jalan dengan saya hanyalah margerin. Ya margerin adalah ubat untuk ulser saya. Bila ulser dah mula nak tumbuh, saya akan cepat- cepat sapu margerin kat tempat ulser tu, insyallah, ulser tak akan tumbuh, dengan izin Allah ;)

Sebab ulser? Antara sebab ulser mungkin sebab badan terlalu panas dan tergigit. Tang tergigit tu memang akan cepat tumbuh ulser dalam mulut saya. Antara sebab lain adalah stress. Hahaha tu doktor yang saya jumpa yang cakap. Saya tak tau betul atau tidak, stress antara penyebab ulser tumbuh dalam mulut saya. Tapi waktu 10 ulser tumbuh dalam mulut saya tu, saya ambil keputusan jumpa doktor, sebab dah tak tahan sangat, waktu tu la doktor cakap saya stress. Mungkin betul juga sebab waktu tu first time saya tinggal berjauhan dengan mak saya. Mungkin juga stress sebab jauh dengan mak ;)

Dan waktu entry ini ditulis, ada 4 ulser yang sedang tumbuh dalam mulut saya, 3 dibibir dan satu dilidah. Haha dan betul cakap doktor sebab saya memang sedang STRESS. Tak tau mana nak salur, kat mulut dia keluar. Hahaha, happy weekend everyone, have a great weekend for everybody and for myself too. Jangan STRESS ;) senyum macam budak kecik kat bawah ni.

Saturday, May 12, 2012

Mak

Hi blog. Hehe haruslah hi blog sebab disini adalah tempat saya menulis syok sendiri sebab tak ramai tau kewujudan blog ni walaupun dah agak lama saya belajar-belajar menulis. Cop-cop ada gak kawan-kawan rapat macam wanie, kat, azee dan dayah yang setia klik kat linkbar korang kan tiap kali aku update ;) hehe aku tau ke aku perasan je. Tak kisah la atas sebab apa pun, sebenarnya memang aku menulis sebab korang pun sebab walaupun jarak kita tak sampai sejam cuma tapi komitmen agak membataskan pergerakkan masing-masing. Wanie dah ada 2 handbags, kat ngan wire jewerly dia( betul ke kat nama dia, belasah jela), azee dah nak berhijrah ke sarawak dan dayah ehem ehem ke nak panggil DR dayah hehe soon kan dayah kan insyallah sedang menuju ke arah tu, amin. Aku sentiasa berdoa untuk kebaikkan dan kebahagiaan semua. Insyallah one fine dah we shall meet up.

Panjangnya entry kan, dah lama tak menulis kenalah warm sikit walaupun agak payah menaip guna handphone ni tapi kira gigih juga la sebab malas nak buka lap top. Dasar penyakit M memang takde ubatnya. Ok sempena hari ibu ni (hahaha I really don't know when is the exact date, is it 13-5, forgive the poor memories, haha sign of ...... Takmo sebut takmo sebut). So kepada semua ibu-ibu didunia ini, "selamat hari ibu, kita ..,,hahaha sipenulis pun mesti la masuk sekali kan walaupun anak i panggil i 'abu' huh. Takpe naqee, ibu ampunkan kamu ;). Dengan ucapan, sayangilah ibu kamu sewajarnya dan berbaktilah kepadanya selagi hayat dikandung badai. Kerna kasih ibu memang tiada tolok bandingnya dimuka bumi Allah ini. Bagi saya tiada kata layak untuk menggambarkan kasih sayang seorang ibu pada anaknya mungkin anda ada tapi pada saya thats how i felt when it comes to my mother's love.

Bagi saya, mak saya adalah mak terbaik didunia (heheh korang pun mesti rasa macam tu kan) dan saya harap saya pun boleh jadi mak terbaik untuk anak-anak saya, well maybe not too perfect i guess but at least they could appreciate me as a person who gave birth and raise them up to be soleh and solehah insyallah.

Ok gambaran tentang mak saya "lembut diluar tapi kuat didalam". Kenapa saya cakap macam tu sebab ada satu ketika bila saya nak pergi belajar kat melaka mak tahan air mata dia dari keluar mengalir sebaliknya hantar anak dia dengan senyuman. Saya tau mak sedih, jauh dalam hati dia mungkin menangis, tapi dia tau dia kena kuat dia tak boleh menangis sebab dia tau anak cengeng dia ni akan menangis kalau dia menangis. Waktu tu subuh, saya nak gerak pergi melaka tumpang kawan sebab mak abah tak dapat hantar. Sayu sangat bila ingat waktu tu, nak lepaskan anak umur 17 tahun sorang-sorang yang langsung tak pernah keluar dari rumah, tapi demi pelajaran, mak sanggup pejamkan mata dia usaha untuk saya dapat pergi belajar. Ya, mak yang tak pernah kenal huruf A B C tu lah yang berusaha keras untuk masa depan saya. Terima kasih mak..... Untuk segalanya ;)

Doa saya, moga Allah terus kurniakan kesihatan dan kebahagiaan untuk mak saya dan mak-mak anda sekalian, untuk hidup lebih gembira diatas muka bumi Allah ini. Dan moga satu hari nanti bila tiba masanya, moga saya dapat berbakti sepertimana mak menyayangi dan membesarkan saya dulu.

May Allah bless all mothers in the world. Happy mother's day everyone!!!!


My Dear son with nenek ;)

Saturday, May 5, 2012

Berkursus

Finding semasa berkursus ;) last paling cute.