Saturday, May 12, 2012

Mak

Hi blog. Hehe haruslah hi blog sebab disini adalah tempat saya menulis syok sendiri sebab tak ramai tau kewujudan blog ni walaupun dah agak lama saya belajar-belajar menulis. Cop-cop ada gak kawan-kawan rapat macam wanie, kat, azee dan dayah yang setia klik kat linkbar korang kan tiap kali aku update ;) hehe aku tau ke aku perasan je. Tak kisah la atas sebab apa pun, sebenarnya memang aku menulis sebab korang pun sebab walaupun jarak kita tak sampai sejam cuma tapi komitmen agak membataskan pergerakkan masing-masing. Wanie dah ada 2 handbags, kat ngan wire jewerly dia( betul ke kat nama dia, belasah jela), azee dah nak berhijrah ke sarawak dan dayah ehem ehem ke nak panggil DR dayah hehe soon kan dayah kan insyallah sedang menuju ke arah tu, amin. Aku sentiasa berdoa untuk kebaikkan dan kebahagiaan semua. Insyallah one fine dah we shall meet up.

Panjangnya entry kan, dah lama tak menulis kenalah warm sikit walaupun agak payah menaip guna handphone ni tapi kira gigih juga la sebab malas nak buka lap top. Dasar penyakit M memang takde ubatnya. Ok sempena hari ibu ni (hahaha I really don't know when is the exact date, is it 13-5, forgive the poor memories, haha sign of ...... Takmo sebut takmo sebut). So kepada semua ibu-ibu didunia ini, "selamat hari ibu, kita ..,,hahaha sipenulis pun mesti la masuk sekali kan walaupun anak i panggil i 'abu' huh. Takpe naqee, ibu ampunkan kamu ;). Dengan ucapan, sayangilah ibu kamu sewajarnya dan berbaktilah kepadanya selagi hayat dikandung badai. Kerna kasih ibu memang tiada tolok bandingnya dimuka bumi Allah ini. Bagi saya tiada kata layak untuk menggambarkan kasih sayang seorang ibu pada anaknya mungkin anda ada tapi pada saya thats how i felt when it comes to my mother's love.

Bagi saya, mak saya adalah mak terbaik didunia (heheh korang pun mesti rasa macam tu kan) dan saya harap saya pun boleh jadi mak terbaik untuk anak-anak saya, well maybe not too perfect i guess but at least they could appreciate me as a person who gave birth and raise them up to be soleh and solehah insyallah.

Ok gambaran tentang mak saya "lembut diluar tapi kuat didalam". Kenapa saya cakap macam tu sebab ada satu ketika bila saya nak pergi belajar kat melaka mak tahan air mata dia dari keluar mengalir sebaliknya hantar anak dia dengan senyuman. Saya tau mak sedih, jauh dalam hati dia mungkin menangis, tapi dia tau dia kena kuat dia tak boleh menangis sebab dia tau anak cengeng dia ni akan menangis kalau dia menangis. Waktu tu subuh, saya nak gerak pergi melaka tumpang kawan sebab mak abah tak dapat hantar. Sayu sangat bila ingat waktu tu, nak lepaskan anak umur 17 tahun sorang-sorang yang langsung tak pernah keluar dari rumah, tapi demi pelajaran, mak sanggup pejamkan mata dia usaha untuk saya dapat pergi belajar. Ya, mak yang tak pernah kenal huruf A B C tu lah yang berusaha keras untuk masa depan saya. Terima kasih mak..... Untuk segalanya ;)

Doa saya, moga Allah terus kurniakan kesihatan dan kebahagiaan untuk mak saya dan mak-mak anda sekalian, untuk hidup lebih gembira diatas muka bumi Allah ini. Dan moga satu hari nanti bila tiba masanya, moga saya dapat berbakti sepertimana mak menyayangi dan membesarkan saya dulu.

May Allah bless all mothers in the world. Happy mother's day everyone!!!!


My Dear son with nenek ;)

1 comment:

Anonymous said...

Selamat hari ibu! :)