Saturday, November 16, 2013

8 bulan

Esok saya cukup 8 bulan
Eh assalamualaikum semua
Ibu suruh saya entepreme post kali ni
Ibu kata its all yours affan

Ok mula mula saya nak cakap apa yang saya buat past few weeks.
Alhamdullah saya dah sembuh
Terima kasih semua
Berkat doa
Ibu kata saya demam nak pandai kot
Fuh semput ibu saya. Dia kata selang 2 minggu saya tak sihat.
Ibu saya sanggup ganti tempat saya waktu demam. Tak sanggup ibu saya tengok saya waktu demam. 
Lepas ni harap saya terus sihat
Amin ya allah
Sebab tu ibu saya kata, sihat tu pun rezeki.
Rezeki Allah bagi banyak cara. Cuma atas kita nak faham bentuk apa rezeki Allah nak bagi. Tak semestinya harta dan benda je. 
Ok ibu, saya akan lebih bersyukur bila dah besar nanti.



Lepas sihat banyak benda saya belajar. 
Antaranya macam gambar kat atas ni, saya dah boleh memanjat sambil sambil tu saya show off kat ibu.
Sebelah tangan saya buat tongkat, sebelah lagi saya pegang bear.
Hebat kan saya bu



Tapi kadang kadang saya terbabas. 
Cuba tengok gambar kat bawah.
Saya cuba nak bangun lepas panjat grill.
Tapi nasib saya tak baik saya terbabas.
Haha ibu dengki.
Bukan nak angkat selamatkan saya.
Instead she's taking my photo.
See. Pity me. But is ok i'm just fine.



Selain tu saya dah merangkak laju.
Berapa laju tu saya tak pasti.
Tapi kalau ibu saya leka, memang ke dapur la jawabnya saya.
Its about time to fix the gate back.

Gambar kat bawah ni masa kami pergi awana.
Short trip masa deepavali hari tu
Ibu saya paksa ayah saya tidur sana.
Sebab hari tu je ayah saya free.
Selalu weekend ayah memang consumed. 
Gambar ni dekat pool masa teman abang saya swim.
Best juga pool ni, air dia suam je. So bolehla abang saya swim puas puas.
Itu pun lepas puas dia zikir nak main pool masa kami breakfast.
Ibu saya buat tak tau je makan.
Hehe kesian abang saya.


My all time favorite porridge still everything with pumpkin.
Ibu saya cuba tukar menu saya pada jagung dan peas tapi saya kurang minat.
Terpaksalah berbalik pada pumpkin porridge with dates and rice.



What else.
Ohh yes. Photo below shows another favorite spot for me.
If i fail to get out from there or get knocked out,i just cry then ibu will help me out.
See how cute i am when cry.


Ok, ibu said that enough for now.
Lets pray for victim in tacloban philiphine
Hope they will recover soonest.
And lets donate if u can.

Assalamualaikum semua =)

Monday, November 4, 2013

Resolusi baru

Sempena awal muharam esok saya ada resolusi baru.
Tak pernah disclosed apa harapan dan impian saya setiap tahun baru.
Sebab dah tau selalu akan terpesong jauh.

Tapi akhirnya saya mengalah sebab saya rasa checklist ni agak penting juga.
Sekurang kurangnya kita ada matlamat (saya tak cakap la siapa yang tak buat checklist tu takde matlamat. Sebab sesetengah orang sangat determined dan tak perlu checklist bagai ni. Tapi saya rasa saya perlu so that boleh apply PDCA (Plan Do Check Action), sebab kalau tak, tak gerak).

Ok tak nak membebel banyak. Ni checklist saya. Sebelum tu tolong jangan gelak/senyum sinis tengok checklist perempuan ini:
  1. Jaga Solat. Solat awal waktu. Solat Jemaah.
  2. Solat Dhuha
  3. Qiam (lepas buat susu anak tu boleh la qiam kot, maklumla anak selalu kejut bangun pagi nak susu, nak main-main. Tapi sebenarnya Allah hantar alarm melalui anak kita suruh bangun buat qiam. Tak pernah sedar/perasan/nak ambil tau. Astagfirullah.
  4. Positif (haha macam entry sebelum ni)
  5. Tulis buku. (ok ni boleh tolerate sikit la pasal saya ni bab mengarang memang fail. haha wanie aku tau ko baca blog aku ni kan. Mesti ko ingat lagi bertapa terseksanya aku nak abiskan cerpen masa kelas penulisan cerpen sem 1 dengan H.M Tuah Iskandar lagi lecturer kita (lecturer dah hebat dah tapi dah dasar anak murid tak berapa nak kreatif memang tak kemana). Ko dengan senangnya habis kan senaskah cerpen siap feeling-feeling gitu). So targetnya kena ada draft at least. Ko nak tulis buku apa??? haha karang la fikir. Yang penting nak tulis buku gak. Tulis Journal pun boleh jugakla. Masuk dalam KPI gak. wahaha tak aci.
  6. Baca buku (banyak buku dalam list ni. Alasan nak gi Big Bad Wolf sebenarnya). Belasah yang penting baca buku.
  7. Ajar anaqi basic things how to deal with emergency case. Contoh kalau pintu terkunci apa nak buat? mana letak gugusan kunci (see wanie, ok tak bahasa aku, gugusan ok.. improve improve), Kalau kebakaran apa nak buat-lari selamatkan diri, ikut pintu mana)
  8. Homemade food untuk affan- maintain.
  9. Rajin buat aktiviti dengan naqee, petang gi taman ke, painting ke. Kena ada timetable. Sebab selalu hangit taik ayam. Anak dah excited, mak plak malas.
  10. Less Sugar please!!! oppsss bukan Less Sugar tapi Less Talk, Think More. Fikir dulu sebelum cakap. Jaga hati orang kalau nak Allah jaga hati kita.
  11. Banyakkan memberi. (hoiii takkan ni pun nak cakap). Bukan apa kena masuk list gak sebab nanti lebih banyak pemberian.
  12. Berjimat cermat. Jangan asyik nak shopping online je. Daripada shopping online baik ketik laman sesawang PTPTN pastu cepat-cepat habis bayar. Kan lagi bagus.
  13. Lebih komited dalam pekerjaan saya.
  14. Jogging/senaman/kayuh basikal (haha ok, ni alasan nak shopping gak nih)
  15. Jadi entrepreneur macam cik wanie dan cik kat dan cik yan. Yang ni kita letak target long term. So anda akan Nampak checklist ni setiap tahun ya. Syabas bethe!!

Ok dah banyak sangat resolusi tahun baru saya ni.Harapannya at least separuh dari ni akan terlaksana. Doakan, saya doakan anda juga.
Maafkan saya ya kawan-kawan semua terutamanya cik wanie, cik kat yang baca blog picisan aku ni. Orang lain tak tau kot saya ada blog. Maafkan segala kesalahan yang visible atau invisible ya. haha =)
Maklumla ni nama dia blog merapu. Terhasilnya blog ni pun sebab pengaruh cik wanie. Tapi dia kreatif menulis, saya plak merapu. Lagi tak ilmiah.

Sekian sahaja.

Haha kan dah kata merapu.
krik krik krik krik krik.............

Daaa

Selamat Tahun Baru 1434H



positif

Menjadi seorang yang positif sentiasa bukan senang.
Perlu konsisten dalam mendidik hati.
Bila dihimpit kesusahan kita akan lebih mudah rasa kecewa kenapa kita ditimpa musibah dari memikir ada sebab kenapa kita ditimpa kesusahan.
Eh belit-belit kan.

Dia macam ni.
Contoh kita accident, sedih la accident kan.
Sebab satunya kalau melibatkan kecederaan fizikal, sakit.
Kereta cedera poket pulak yang sakit.
Double sakit
mengeluh? dah tentu.
Hadoi tak pasal pasal kena keluar duit nak baiki kereta. Tu kalau kemalangan sendiri. Kalau langgar orang ke kena la fikir plak macam mana nak ganti kereta orang plak.
Kalau la tak accident tadi duit tu kan boleh beli tu boleh belanja ni.
Rugi-rugi.

Tu reaksi spontan.
So cuba shift jadi positif.
Mujurlah takde apa-apa kecederaan fizikal yang teruk.
Allah nak bagi hint ni.
Agaknya solat kita tak jaga, tak sempurna.
Allah sayang tu yang remind.
Baru accident sikit, apalah sangat RM300-400 berbanding Allah ambil nyawa kita terus.
Masa tu kereta bukan boleh jamin kita dari seksa kubur, masuk syurga.
Tak.
Tapi amalan kita yang tentukan nasib kita kat SANA nanti. (Plus sedekah jariah dan anak soleh yang doakan kita)
Ya Allah ampunkan aku yang senantiasa lalai ni.

Hah macam tu la maksud perenggan pertama tadi.
POSITIF susah NEGATIVE selalu.
Dah nama manusia.
Sebab tu Allah turunkan Al-Quran.
Sebab tu selalu kena dekat dengan majlis ilmu.
Sebab apa?
Sebab manusia ni mudah lupa.

Ok ni sebenarnya pesanan untuk diri sendiri.
Susah sangat nak fikir positif
Lagi-lagi bila fizikal penat
Minda cepat sangat melatah.
Selalu fikir kenapa aku tak dapat tu tak dapat ni.
Orang lain dapat.
Syaitan ni suka sangat bisik bisik
Manusia yang lemah ni plak selalu sangat tunduk pada dia.
Dia tu dah memang janjinya pada Allah nak sesatkan kita.
Takkan putus asa nak ajak kita join dia.
At least cuba lah untuk tidak tunduk pada dia.
OK =)
 
Selalu muhasabah/reflection.
Disiplin jaga hati.
Dekatkan diri dengan Allah
Paksa diri buat yang wajib. Kendian yang sunat tu akan datang bila yang wajib dah sempurna.
Sentiasa ada rasa nak tau (curiosity orang putih kata), rasa nak perbaiki itu dan ini ( room for improvement orang putih kata... haha kot).
Sekian
 
Gambar di google saje