Monday, November 4, 2013

Resolusi baru

Sempena awal muharam esok saya ada resolusi baru.
Tak pernah disclosed apa harapan dan impian saya setiap tahun baru.
Sebab dah tau selalu akan terpesong jauh.

Tapi akhirnya saya mengalah sebab saya rasa checklist ni agak penting juga.
Sekurang kurangnya kita ada matlamat (saya tak cakap la siapa yang tak buat checklist tu takde matlamat. Sebab sesetengah orang sangat determined dan tak perlu checklist bagai ni. Tapi saya rasa saya perlu so that boleh apply PDCA (Plan Do Check Action), sebab kalau tak, tak gerak).

Ok tak nak membebel banyak. Ni checklist saya. Sebelum tu tolong jangan gelak/senyum sinis tengok checklist perempuan ini:
  1. Jaga Solat. Solat awal waktu. Solat Jemaah.
  2. Solat Dhuha
  3. Qiam (lepas buat susu anak tu boleh la qiam kot, maklumla anak selalu kejut bangun pagi nak susu, nak main-main. Tapi sebenarnya Allah hantar alarm melalui anak kita suruh bangun buat qiam. Tak pernah sedar/perasan/nak ambil tau. Astagfirullah.
  4. Positif (haha macam entry sebelum ni)
  5. Tulis buku. (ok ni boleh tolerate sikit la pasal saya ni bab mengarang memang fail. haha wanie aku tau ko baca blog aku ni kan. Mesti ko ingat lagi bertapa terseksanya aku nak abiskan cerpen masa kelas penulisan cerpen sem 1 dengan H.M Tuah Iskandar lagi lecturer kita (lecturer dah hebat dah tapi dah dasar anak murid tak berapa nak kreatif memang tak kemana). Ko dengan senangnya habis kan senaskah cerpen siap feeling-feeling gitu). So targetnya kena ada draft at least. Ko nak tulis buku apa??? haha karang la fikir. Yang penting nak tulis buku gak. Tulis Journal pun boleh jugakla. Masuk dalam KPI gak. wahaha tak aci.
  6. Baca buku (banyak buku dalam list ni. Alasan nak gi Big Bad Wolf sebenarnya). Belasah yang penting baca buku.
  7. Ajar anaqi basic things how to deal with emergency case. Contoh kalau pintu terkunci apa nak buat? mana letak gugusan kunci (see wanie, ok tak bahasa aku, gugusan ok.. improve improve), Kalau kebakaran apa nak buat-lari selamatkan diri, ikut pintu mana)
  8. Homemade food untuk affan- maintain.
  9. Rajin buat aktiviti dengan naqee, petang gi taman ke, painting ke. Kena ada timetable. Sebab selalu hangit taik ayam. Anak dah excited, mak plak malas.
  10. Less Sugar please!!! oppsss bukan Less Sugar tapi Less Talk, Think More. Fikir dulu sebelum cakap. Jaga hati orang kalau nak Allah jaga hati kita.
  11. Banyakkan memberi. (hoiii takkan ni pun nak cakap). Bukan apa kena masuk list gak sebab nanti lebih banyak pemberian.
  12. Berjimat cermat. Jangan asyik nak shopping online je. Daripada shopping online baik ketik laman sesawang PTPTN pastu cepat-cepat habis bayar. Kan lagi bagus.
  13. Lebih komited dalam pekerjaan saya.
  14. Jogging/senaman/kayuh basikal (haha ok, ni alasan nak shopping gak nih)
  15. Jadi entrepreneur macam cik wanie dan cik kat dan cik yan. Yang ni kita letak target long term. So anda akan Nampak checklist ni setiap tahun ya. Syabas bethe!!

Ok dah banyak sangat resolusi tahun baru saya ni.Harapannya at least separuh dari ni akan terlaksana. Doakan, saya doakan anda juga.
Maafkan saya ya kawan-kawan semua terutamanya cik wanie, cik kat yang baca blog picisan aku ni. Orang lain tak tau kot saya ada blog. Maafkan segala kesalahan yang visible atau invisible ya. haha =)
Maklumla ni nama dia blog merapu. Terhasilnya blog ni pun sebab pengaruh cik wanie. Tapi dia kreatif menulis, saya plak merapu. Lagi tak ilmiah.

Sekian sahaja.

Haha kan dah kata merapu.
krik krik krik krik krik.............

Daaa

Selamat Tahun Baru 1434H



1 comment:

wanie_kashfi said...

cik puan gee...

aku pun dah lama x menulis...tahniah di atas semua resolusi di atas...jom kita sama2 perbaiki diri ke jalan Allah...doakan juga kawanmu ini.. dan kawan2 yang lain

Positif!!! Chaiiyok gee!!!

Aku ingat kalau ada rezeki dpt baby lagi next year nk rajin2kan diri mengepam susu & buat homemade food gak...moga dipermudahkan...amiinn...