Monday, November 4, 2013

positif

Menjadi seorang yang positif sentiasa bukan senang.
Perlu konsisten dalam mendidik hati.
Bila dihimpit kesusahan kita akan lebih mudah rasa kecewa kenapa kita ditimpa musibah dari memikir ada sebab kenapa kita ditimpa kesusahan.
Eh belit-belit kan.

Dia macam ni.
Contoh kita accident, sedih la accident kan.
Sebab satunya kalau melibatkan kecederaan fizikal, sakit.
Kereta cedera poket pulak yang sakit.
Double sakit
mengeluh? dah tentu.
Hadoi tak pasal pasal kena keluar duit nak baiki kereta. Tu kalau kemalangan sendiri. Kalau langgar orang ke kena la fikir plak macam mana nak ganti kereta orang plak.
Kalau la tak accident tadi duit tu kan boleh beli tu boleh belanja ni.
Rugi-rugi.

Tu reaksi spontan.
So cuba shift jadi positif.
Mujurlah takde apa-apa kecederaan fizikal yang teruk.
Allah nak bagi hint ni.
Agaknya solat kita tak jaga, tak sempurna.
Allah sayang tu yang remind.
Baru accident sikit, apalah sangat RM300-400 berbanding Allah ambil nyawa kita terus.
Masa tu kereta bukan boleh jamin kita dari seksa kubur, masuk syurga.
Tak.
Tapi amalan kita yang tentukan nasib kita kat SANA nanti. (Plus sedekah jariah dan anak soleh yang doakan kita)
Ya Allah ampunkan aku yang senantiasa lalai ni.

Hah macam tu la maksud perenggan pertama tadi.
POSITIF susah NEGATIVE selalu.
Dah nama manusia.
Sebab tu Allah turunkan Al-Quran.
Sebab tu selalu kena dekat dengan majlis ilmu.
Sebab apa?
Sebab manusia ni mudah lupa.

Ok ni sebenarnya pesanan untuk diri sendiri.
Susah sangat nak fikir positif
Lagi-lagi bila fizikal penat
Minda cepat sangat melatah.
Selalu fikir kenapa aku tak dapat tu tak dapat ni.
Orang lain dapat.
Syaitan ni suka sangat bisik bisik
Manusia yang lemah ni plak selalu sangat tunduk pada dia.
Dia tu dah memang janjinya pada Allah nak sesatkan kita.
Takkan putus asa nak ajak kita join dia.
At least cuba lah untuk tidak tunduk pada dia.
OK =)
 
Selalu muhasabah/reflection.
Disiplin jaga hati.
Dekatkan diri dengan Allah
Paksa diri buat yang wajib. Kendian yang sunat tu akan datang bila yang wajib dah sempurna.
Sentiasa ada rasa nak tau (curiosity orang putih kata), rasa nak perbaiki itu dan ini ( room for improvement orang putih kata... haha kot).
Sekian
 
Gambar di google saje
 
 
 
 

No comments: