Tuesday, March 4, 2014

Ujian

Bismillahirrahmannirrohim.


Tak tau dah nak tulis apa. Kadang kadang waktu sibuk tu banyak je idea nak menulis tapi bila tengah free/kebosanan/semangat nak menulis, idea takde la pulak.

Manusia ni macam tu la agaknya kan.

Contoh macam, badan dah rasa tak fit, Sila baca (baju/seluar jeans (kalau palazzo memang rasa kurus sentiasa/skirt dah TAK muat) semangat nak diet membuak buak.
Buka Facebook tulis kat sana "Saya nak DIET", Amik gambar post kat IG (Ni lauk last saya hari ni, esok nak DIET), tweet kat senah and co cakap 'Nak DIET" tapi time tu la semangat/roh makan membuak buak.
Time tu la teringat nak makan popiah SS Ali, Karipap IKEA (hoho tu wajib tu), burger bakar abg burn, mille crepe cake, red velvet, nasi kerabu  belanga and what not... (fuh penuh post ni karang dengan list makanan tang ni banyak idea =))
so kesimpulan DIET memang ke laut la jawapanya.

Ok saya dah ada idea. Hari ni saya nak share ayat yang menagajar kita untuk bersabar ketika menghadapi sesuatu yang kita benci/tidak suka (memandangkan ini topik yang agak rapat dengan saya ketika ini). Memandang sesuatu yang negative dengan sikap positif memerlukan hati yang betul betul tenang dan bersih. Oleh itu keraplah berdoa pada Allah agar dikurniakan hati yang bersih dan dilindungi dari bisikan syaitan.

2:155
Dan Kami pasti mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanla khabar gembira kepada orang orang yang sabar,

Pernah ada suatu masa saya rasa hidup saya terlalu cukup, alhamdullilah saya rasa semuanya sudah lengkap. Sudah ada keluarga yang disayangi dan meyayangi, rezeki yang cukup (tak seperti dulunya sentiasa berkira kira hatta untuk makanan sendiri pun saya berkira kira. Apatah lagi nak shopping benda lain, memang suatu waktu dulu memang tak masuk dalam list perbelanjaan bulaanan. Sedangkan nak ambil lesen kereta dan motosikal pun saya perlu menabung beberapa bulan inikan nak beli something leasure). Saya terfikir akan ujian Allah yang lainnya sebalik dari kekurangan harta, jiwa dan makanan iaitu kesenangan atas segalanya. Adakah ujian yang satu ni semakin menguatkan iman dan ketaatan saya kepada Allah?

2:156
(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Innalillahi wa inna ilahi raji'un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali)

Dan apabila saya ditimpa musibah, apakah perkataan pertama yang keluar dari mulut saya, terlintas diminda saya. Adakah Allah S.W.T yang saya ingat? sama sewaktu saya dilimpahi kesenangan dunia . Adakah Allah yang pertama saya mengucap syukur?

2:157
Mereka itulah orang-orang yang memperoleh keampunan dah rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Semoga kita menjadi antara orang orang yang sentiasa mengucap syukur dan memandang musibah sebagai peringatan dari Allah yang sayangkan hamba-Nya. Sesorang pernah mengajar saya yang jika kita pandang masalah sebagai pemusnah, maka masalah itu akan menhancurkan hidup kita in short or long run. Tapi jika kita melihat masalah sebagai kunci/peluang untuk ruang/inovasi baru maka ia akan menghasilkan sesuatu yang outstanding dengan syarat usaha sungguh-sungguh.

2:177
Kebaikkan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke arah barat, tetapi kebaikkan itu ialah (kebaikkan) orang yang beriman pada Allah, Hari akhirat, Para malaikat, Kitab kitab dan Nabi Nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, orang orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta sedekah dan untuk memerdekan hamba sahaya, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, orang orang yang menepati janji bila berjanji dan orang yang sabar dalam kesusahan, penderitaan dan ketika peperangan. Mereka itulah orang orang yang benar dan mereka itulah orang orang yang bertakwa.

Scope kebajikkan adalah amat luas dan dengan lengkapnya telah diterangkan dalam ayat di atas. Sesungguhnya islam agama yang syumul dan Al-Quran dan sunnah adalah pembimbing bagi setiap umat islam. Sabar dalam kesusahan saya rasa antara cabaran yang agak besar pada saya waktu bila kita diuji tapi menghadapi ujian itu dengan tenang. Nak balance bukan mudah angel vs devil, dan nature manusia mudah lupa menyebabkan kita mudah tergelincir dalam percaturan konflik dalaman. Memang mudah nak burst out dengan perkataan teruk teruk rather than nak mengucap "Innalillahi wa inna ilahi raji'u" . Ya Allah sabarkan hati ini selalu. Percaya atau tidak musibah lebih mendekatkan kita dengan Allah tetapi kesenangan lebih cenderung menjauhkan kita dari Allah. Oleh itu sentiasa bersyukurlah tatkala menerima musibah sebab Allah nak kita selalu dekat dengan-Nya.

To be continued with  Ujian2.

Assalamualaikum


No comments: