Tuesday, August 17, 2010

di saat perlu melepaskan

Takut, tidak bersedia, menangis dan keliru...

Mungkin itulah reaksi saya bila perlu melepaskan orang yang saya sayang 'pergi' menghadap Penciptanya.

Takut,
Bila mengingatkan yang kita akan kehilangan orang yang kita kasihi. Bagaimana mahu meneruskan hidup tanpa dia disisi? Bagaimana dengan kepincangan rutin yang dulunya selalu ada dia menemani? Bagaimana bila saat kita sangat memerlukan dia disisi, tapi dia TIADA? Tiada bukan sekejap, bukan boleh dihubungi walaupun melalui telefon tapi buat selama-lamanya. Owh, saya sangat takut.

Tidak bersedia,
Bila mana tidak disangka-sangka dia 'pergi'. Bersediakah mental? bersediakah emosi? bersediakah hati?. Sungguh tidak dapat saya jangkakan. Bagaimana mahu bersedia?

Menangis,
Yang pasti, tangisan akan setia menemani saya. Di kala sunyi, di kala teringat, di kala keseorangan. Tabah kah saya? Bagaimana mahu tabah?

Keliru,
Adakah ini realiti yang perlu saya hadapi? Tiadakah peluang kali kedua, Tiadakah ruang untuk saya memanfaatkan setiap detik bersama dia? Tiadakah saat nanti, esok siang, esok malam, mungkin minggu hadapan.

Jawapan kepada semua persoalan saya ini adalah,
Kembali lah pada keimanan kita. kepada Pencipta kita. Sesungguhnya Dia Maha pengasih lagi Maha Penyayang. InsyAllah bila tiba masanya dengan izin-Nya, kita akan melepaskan dengan redha, tenang dan rela, kerana yang hidup pasti akan merasa mati, begitu juga kita. Itu janji Allah pada setiap hambanya.

Buat Alanna Qish,
Semoga dirimu lebih tenang disana nak. Doakan lah ibu bapamu kerna kasih mereka tidak bertepi buat kamu walaupun kamu tidak lagi disisi mata mereka. Namun kekal kejap dalam hati dan minda mereka.

Buat idi dan kak ida juga shahrul,
Akan aku titipkan doa buat kalian selalu. Moga kamu tenang disana. Di bawah lembayung illahi. Korang sepupu terbaik sebab aku percaya Tuhan lebih sayangkan korang (huhu sebab korang lagi baik dari aku). Doakan aku dari sana tau. Walaupun korang tak boleh baca coretan aku ni, aku percaya korang dengar doa aku selalu, korang terima 'hadiah' aku selalu. Sebab Tuhan tu Maha Adil.

No comments: