Ulser merupakan perkara biasa dalam hidup saya. Hahaha setakat 3-4 ulser tumbuh sekaligus pun boleh maintain lagi. Bunyi macam belagak, tapi memang berlagak pun hehe ye tak. Pernah sekali saya kena ulser lebih dari sepuluh ulser tumbuh dalam mulut saya. Tak sakit? Fuh siapa cakap tak sakit. Memang sakit sampai saya tak mampu nak buka mulut sebab terlalu sakit. Bangun pagi tengok kat bantal ada sisa darah, bayangkan. Baik jangan, geli pulak kan hehe. Lecturer suruh jawab dalam kelas pun tak mampu nak jawab, sebabnya sekali buka mulut memang boleh meleleh la air mata. Up to that point teruknya penangan ulser dan saya.
Bonjela, air garam, dan semua krim ulser memang tak jalan dengan saya. Menahan pedih tapi tak baik buat apa kan? Yang jalan dengan saya hanyalah margerin. Ya margerin adalah ubat untuk ulser saya. Bila ulser dah mula nak tumbuh, saya akan cepat- cepat sapu margerin kat tempat ulser tu, insyallah, ulser tak akan tumbuh, dengan izin Allah ;)
Sebab ulser? Antara sebab ulser mungkin sebab badan terlalu panas dan tergigit. Tang tergigit tu memang akan cepat tumbuh ulser dalam mulut saya. Antara sebab lain adalah stress. Hahaha tu doktor yang saya jumpa yang cakap. Saya tak tau betul atau tidak, stress antara penyebab ulser tumbuh dalam mulut saya. Tapi waktu 10 ulser tumbuh dalam mulut saya tu, saya ambil keputusan jumpa doktor, sebab dah tak tahan sangat, waktu tu la doktor cakap saya stress. Mungkin betul juga sebab waktu tu first time saya tinggal berjauhan dengan mak saya. Mungkin juga stress sebab jauh dengan mak ;)
Dan waktu entry ini ditulis, ada 4 ulser yang sedang tumbuh dalam mulut saya, 3 dibibir dan satu dilidah. Haha dan betul cakap doktor sebab saya memang sedang STRESS. Tak tau mana nak salur, kat mulut dia keluar. Hahaha, happy weekend everyone, have a great weekend for everybody and for myself too. Jangan STRESS ;) senyum macam budak kecik kat bawah ni.
Saturday, May 26, 2012
Saturday, May 12, 2012
Mak
Hi blog. Hehe haruslah hi blog sebab disini adalah tempat saya menulis syok sendiri sebab tak ramai tau kewujudan blog ni walaupun dah agak lama saya belajar-belajar menulis. Cop-cop ada gak kawan-kawan rapat macam wanie, kat, azee dan dayah yang setia klik kat linkbar korang kan tiap kali aku update ;) hehe aku tau ke aku perasan je. Tak kisah la atas sebab apa pun, sebenarnya memang aku menulis sebab korang pun sebab walaupun jarak kita tak sampai sejam cuma tapi komitmen agak membataskan pergerakkan masing-masing. Wanie dah ada 2 handbags, kat ngan wire jewerly dia( betul ke kat nama dia, belasah jela), azee dah nak berhijrah ke sarawak dan dayah ehem ehem ke nak panggil DR dayah hehe soon kan dayah kan insyallah sedang menuju ke arah tu, amin. Aku sentiasa berdoa untuk kebaikkan dan kebahagiaan semua. Insyallah one fine dah we shall meet up.
Panjangnya entry kan, dah lama tak menulis kenalah warm sikit walaupun agak payah menaip guna handphone ni tapi kira gigih juga la sebab malas nak buka lap top. Dasar penyakit M memang takde ubatnya. Ok sempena hari ibu ni (hahaha I really don't know when is the exact date, is it 13-5, forgive the poor memories, haha sign of ...... Takmo sebut takmo sebut). So kepada semua ibu-ibu didunia ini, "selamat hari ibu, kita ..,,hahaha sipenulis pun mesti la masuk sekali kan walaupun anak i panggil i 'abu' huh. Takpe naqee, ibu ampunkan kamu ;). Dengan ucapan, sayangilah ibu kamu sewajarnya dan berbaktilah kepadanya selagi hayat dikandung badai. Kerna kasih ibu memang tiada tolok bandingnya dimuka bumi Allah ini. Bagi saya tiada kata layak untuk menggambarkan kasih sayang seorang ibu pada anaknya mungkin anda ada tapi pada saya thats how i felt when it comes to my mother's love.
Bagi saya, mak saya adalah mak terbaik didunia (heheh korang pun mesti rasa macam tu kan) dan saya harap saya pun boleh jadi mak terbaik untuk anak-anak saya, well maybe not too perfect i guess but at least they could appreciate me as a person who gave birth and raise them up to be soleh and solehah insyallah.
Ok gambaran tentang mak saya "lembut diluar tapi kuat didalam". Kenapa saya cakap macam tu sebab ada satu ketika bila saya nak pergi belajar kat melaka mak tahan air mata dia dari keluar mengalir sebaliknya hantar anak dia dengan senyuman. Saya tau mak sedih, jauh dalam hati dia mungkin menangis, tapi dia tau dia kena kuat dia tak boleh menangis sebab dia tau anak cengeng dia ni akan menangis kalau dia menangis. Waktu tu subuh, saya nak gerak pergi melaka tumpang kawan sebab mak abah tak dapat hantar. Sayu sangat bila ingat waktu tu, nak lepaskan anak umur 17 tahun sorang-sorang yang langsung tak pernah keluar dari rumah, tapi demi pelajaran, mak sanggup pejamkan mata dia usaha untuk saya dapat pergi belajar. Ya, mak yang tak pernah kenal huruf A B C tu lah yang berusaha keras untuk masa depan saya. Terima kasih mak..... Untuk segalanya ;)
Doa saya, moga Allah terus kurniakan kesihatan dan kebahagiaan untuk mak saya dan mak-mak anda sekalian, untuk hidup lebih gembira diatas muka bumi Allah ini. Dan moga satu hari nanti bila tiba masanya, moga saya dapat berbakti sepertimana mak menyayangi dan membesarkan saya dulu.
May Allah bless all mothers in the world. Happy mother's day everyone!!!!
![]() |
| My Dear son with nenek ;) |
Saturday, May 5, 2012
Tuesday, April 24, 2012
This young little boy
..... Domam. Badan dah start panas on off on off. Tidur asyik terjaga-jaga tak lena macam selalu. Hopefully his antibody will do a very great job this time. Takmo la demam lama-lama, risau mak.
Bulan depan; MAY, saya panggil "bulan anak saya kurang kasih sayang".
Kenapa?
10 hari induksi, Diikuti dengan weekend tersebut bekerja kedua-dua hari.
Kemudian 3 hari dilangkawi juga weekend.
Dan kemudiannya ada event tapi nasib baik cuma di KL.
Well bukan selalu pun mak dia busy, kadang-kadang je, syukur tak selalu sebab selalu masih ada masa nak berjingga-jingga dengan dia. Syukur Allah masih kurniakan pekerjaan sumber rezeki berbanding orang lain yang masih tak bekerja. Syukur ya Allah.
P/s: budak kecik ni mengigau apa ntah, haha cakap laju sangat, tak faham i bahasa spanish dia ;) hidung sombat lak tu. hehhe get well soon dear, ibu sayang naqee, naqee sayang ibu tak? " syayang" terdengar-dengar pelat dia ;)

Thursday, April 12, 2012
Pizza kuning
wow, kelas 2 entry 1 hari kan ;) Hehe semalam lepas balik talks sementara tunggu nak keluar gi giant beli barang dapur, teringat kat tepung pizza ni, cita-cita nak buat memang dah lama, tapi semalam baru terlaksana. Tepung pizza cap NAGO ni saya beli kat TESCO. Senang je nak buat, mula saya rendam air suam dengan yis dan sedikit gula (nak bagi yeast awake and sugar is for their food), pastu uli dengan tepung. Dah siap tutup doh dengan tuala basah selama 60 minit.
Kat atas ni kuah/sos dia. Senang gak saya buat, macam nak buat sos spagheti cuma yang ni buat pekat sikit. Mula saya rebus tomato yang dah dipotong dadu sampai lembut. Pastu masukkan dalam pengisar, dan kisar sampai lumat. Tumiskan sedikit bawang putih dengan minyak zaitun, then dah wangi masukkan oregano (saya letak banyak gak, sebab rasa ngam pulak tomato dengan oregano nih) Lepas tu masukkkan tomato yang dah dikisar semula didalam tumisan tadi, letak sikit blackpepper, sikit garam dan sos tomato, reneh sampai pekat pastu angkat.
Ok pastu uli doh semula ikut bentuk dan ketebalan yang kita prefer, sapu sos, letak udang, hot dog (bagi saya better goreng sekejap udang dan hot dog tu dengan butter), nenas, capsicum, hirisan bawang dan last sekali cheese dan juga mayonnis ikut kesukaan masing-masing.
Dan hasilnya taraaaaa, pizza kuning siap untuk dimakan. Haha tapi macam saya je yang beria makan sebab orang lain dalam rumah ni lagi prefer nasi dan masakkan kampung. Memang tak laku pun jawapnya sama halnya kalau saya masak spaghetti. Tadi saya bekalkan naqee dan suami paksa diaorang bawak hehehe. So kat rumah tinggal beberapa slice saja untuk saya makan petang nanti weeeeeeee....
Lauk, Meja dan Mari Mewarna
Ini entry hari isnin. Sambung jela kan
Buka puasa saya hari ni, terlebih makan akibatnya...,habis sebu je rasa perut. Iskiskisk, apa la saya ni kan. Pelahap sungguh, sebab first time saya rasa sambal ikan bilis saya menjadi (ikut skala tekak saya la kan).
Walaupun makan dengan kadar halaju cahaya, sebab naqee bit cranky dengan nak muntah, nak gosok gigi, nak poo poo dan lain-lain. Tapi ibu maintain makan dengan selera bertambah-tambah. Sambal ikan bilis yang tak pedas ;) ikan sardin goreng ranggup n ulam sayur peria yang pahit-pahit manja, rasa umphhh tu yang tersandar kekenyangan.
Waktu entry ni disambung adalah hari Rabu. Ya hari rabu cuti tapi pepagi lagi saya dah terpacak kat office sebab ada talks. Hari ni merupakan hari pertabalan Yang DiPertuan Agong (Sultan Kedah). Incik suami ada kat rumah temankan harraz anaqi. Owh semalam ada cerita funny yang berlaku dirumah kami.
Kejadian dia macam ni....
Sikecik tetiba lari pergi dapur nak bukak pintu bilik air, saya tengah leka tengok Top Chef, Ayah dia pulak tengah sibuk kemas apa ntah kat dapur sambil masak nasi (haha ya mak pemalas sebab penat hari ni puasa gak, ayah incharged bab nasi sebab lauk semua dah beli). Lepas tu dia kata 'air, air, bu bu ayah ayah air' ayah ni pelik tengok la, rupanya dia kencing. Ler rupanya dia tak pakai pampers. Ok saya tak perasan rupanya masa saya pangku balik dari rumah pengasuh dia, dia tak pakai pampers. Fuhhhh nasib baik dia tak kecing waktu dalam kereta, kalauu tak mau parah mak dia nak mengelap hahahaha...
Memang saya ada terfikir nak ajar dia Potty Training, sebab umur dia dah nak masuk 3 tahun bulan 8 ni, Tapi tu lah terfikir je mana nak jadi kan, Tak pernah try lagi, konon nak ajar waktu weekend tapi tak ajar-ajar jugak. dasar kan ;))

Hari tu masa pergi tengok-tengok dengan naqee, kami ingat nak beli meja lain. Tapi end up dengan meja kat atas ni. Opppsss sila ignore bihun goreng atas meja tu ya. Sarapan ahad lepas hahaha. Antara sebab kami beli meja ni simple je. Sebab murah ;) Meja ni datang dengan pakej kerusi 4 biji, So save sikit la berbanding meja yang boleh lipat-lipat kat entry sebelum ni. Disebabkan, datang dari material yang sama (solid pine) dan color yang tak lapuk dek zaman (saya rasa la) mengimbau kenangan zaman sekolah pakai kerusi bentuk yang sama. Dulu zaman sekolah rendah saya ingat lagi, kalau terlewat masuk kelas alamat tak ada kerusi, so kenala pergi belakang sekolah, cari kerusi-kerusi yang mana masih boleh dipakai disebalik timbunan kerusi-kerusi yang rosak. Ya disebabkan terlalu ramai murid, kadang-kadang sekolah hampir tak mampu nak menampung bilangan pelajarnya. Tapi sekarang, bila sekolah dah diperbesarkan tak ramai pula pelajarnya sebab yang tinggal cuma cucu-cucu je.
Gambar kucing kat atas ni, naqee yang save lepas dia main mewarna. Hijaunyeeeeerrrr, hijau menarik (dan merupakan warna kegemaran Rasullulah) tapi hijau yang ni too striking la nak ;)
Ayat hari ini, ayat 285, Surah Al-Baqarah
Rasul telah beriman kepada al-quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan):" Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa):"Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada ENgkaulah tempat kembali".
Friday, April 6, 2012
PFD aka Process Flow Diagram
Usha dia ni tadi, malas nak keluar lunch. So ingat petang ni nak buat sikit la ;). Malas nak print (save the world) makanya saya come out dengan PFD ni ;). Senang sikit nak tengok dan lebih mudah saya fahami.
Drooling with the PAVLOVA. Walaupun sangat manis, tapi terasa sangat nak makan lagi (dulu pernah buat sekali masa birthday naqee tahun lepas). So nak buat gak, lebih boleh bagi jiran ye tak? setakat nak makan sendiri mana la habis atau boleh bagi PIL kot-kot esok nak singgah rumah ke ye tak?. Ingat nak ajak incik suami ngan naqee makan kat kedai je, tapi fikir balik, hari ni kan jumaat, mesti jalan jammed sana sini. Tapi rasanya Empire tak lah jauh sangat kan ngan rumah. Mmmm tengoklah mood nanti macam mana. Or else ajak incik suami singgah Carrefour jela beli strawberry ngan cream. Boleh makan kat atas meja baru ;). Hehe ye, kami dah beli satu lagi accessory dapur kami. Tapi lain yang di impi lain yang dibeli, sebab yang kami beli ni murah sikit. So ok la kan, nanti saya ambil gambar.
Whoaaaaa. semua gambar seperti biasa dari google. Sekian terima kasih.
Satu ayat satu hari, Ayat 284 Surah Al-Baqara

"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada didalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"# Semoga saya tidak terus lalai dengan duniawi kerana sesungguhnya dugaan itu bukan Allah datangi dengan kesusahan saja, malah kesenangan juga merupakan dugaan dari-Nya untuk melihat sejauh mana ingatan kita pada yang Esa. Ya Allah ampunkan hamba-Mu yang sering kala lalai ini, dan bersihkan lah hati kami dari taksub dunia. Amin, semoga kita semua dibawah lindungan ilahi.
Subscribe to:
Posts (Atom)