Wednesday, June 16, 2010

apabila tersalah berbicara ...

mandi kolam?

naqee da biasa, sebab atok da selalu ajak rendam dalam swimming pool kat gombak. Hehe mesti korang teruja bila dengar umah atok naqi ada swimming pool. Bukan swimming pool okey cuma kolam plastik yang atok beli kat carrefour tu. Mula-mula atok beli yg kecil, tp sejak cucu da nak masuk 3 ni, atok beli swimming pool yg besar (muat dengan mak ayah sekali ).

Semalam 15/6, saya bawa naqee ke Wet World, Shah Alam (hehe da 10 tahun saya duduk s.alam tapi tak pernah masuk wet world ni) tapi memandangkan mak dan adik-adik datang so bawa la mereka ke sini.

Rate masuk di Wet World, Shah Alam:

Bawah 135cm = RM 8.00
Atas 135cm = RM 10.00

Harga yang amat berpatutan bagi sesiapa yang berjimat-cermat macam saya ni ;). Murah-murah pun RM60 terbang semalam memandangkan semua tinggi tinggi belaka (huhu berkiranya saya ni kan)

Kenapa tak bawa diaorg ke Sunway Lagoon?
Hehe malu juga bila mak asyik tanya pasal Sunway Lagoon tapi apakan daya, keewangan kurang mengizinkan (lain kali ye mak).

Jika dikira ini masuk kali kedua saya bawa naqee bermandi manda di kawasan awam. Pertama kali di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak dan ini di Shah Alam saje.
Nampak excited kan muka dia ;)

Selesai membuat bayaran, masing-masing bergegas mencari port berenang. Tinggallah saya dan mak mencari tempat berteduh. Bawah payung besar, saya letakkan barang dan mak sebagai penjaga (mak tak nak mandi). Apa lagi, saya bawa naqee berkenal-kenalan dengan air. Mula-mula macam malu-malu tapi akhirnya.....(cuba korang teka?)

......

huhu naqee masih malu-malu walau hampir 20 minit lah saya berusaha dengan pelbagai aksi. Tapi naqee masih lagi tak menunjukkan response yang dia mahu main air. Akhirnya bila ada seorang budak berdekatan dan menghulurkan tangan padanya dan barula episod bermain air bermula. Biasala bila mak-mak budak dah dekat2 ni pasti la sesi soal jawab bermula:

Mak budak baju biru: Ni lelaki ke perempuan?

Ibu Naqee: Rasa-rasa (haha main rasa-rasa pulak)

Mak budak baju biru: Macam perempuan

Ibu Naqee: haduss (dalam hati jer). Takdela lelaki

Mak budak baju biru: oh yeke, nampak macam perempuan. Dah berapa bulan?

Ibu Naqee: 10 bulan. Anak awak?

Mak budak baju biru: Dah 2 tahun. Dia ni OKU. Selalu malu bila orang tanya anak dah berapa bulan padahal tahun bukan bulan.

Ibu Naqee: Takpela. Janji anak sihat, alhamdulillah ...

dan saya serta merta terkaku sebentar terus terfikir, apa soalan saya tadi ye? Mula lah rasa bersalah

macam kene paksa je huhu, pasni ibu xnak bawa naqee kalau xde gang

4 comments:

wanie_kashfi said...

huhuhu...cik gee...cam takde anak lain jer pasni...blog nama naqi jer...kecik ati bakal adik2 naqi nnt...huhuhu...seronot nyer dah ramai geng wat blog! Go cik gee!!

p/s : gee, jom la join projek jahitan aku

jie said...

anak lain aku tulis blog lain pulak kihkihkih

wanie_kashfi said...

perrghh...rajin giler ko cik gee...aku ni entah kenapa perangai malas makin berleluasa sekrg ni...banyak lg citer nak update pasal gi jenjalan...tp otak kurang rajin nak pk ayat2 menarik...hehehe

jie said...

haha..citer2 biar hebat. terlaksana atau tidak belakang kira..