Bersungguh naqi peluk saya pagi ni bila saya hantar dia ke rumah pengasuh. Mungkin seminggu dimanja tak dihantar ke rumah pengasuh membuatkan naqee berperangai sedemikian. Sayu rasa hati saya melihat cara naqee memandang saya. "Ibu, naqee tak nak duduk rumah wan, naqee nak ikut ibu". Agaknya itu kata hati anak kecil saya.
Sekarang naqee dah semakin manja dengan saya. Tiap kali nak tidur je, naqee pasti akan melentok2 kan kepalanya di bahu saya. Tangannya pasti dipautkan ke leher saya. Jika sebelah tangan ingin memegang sesuatu, sebelah tangan pasti akan dipautkan dileher saya. tak akan lepas. Owh sungguh saya sangat sayangkan dia...
Naqee sudah Semakin pandai mengenal orang. Cuti minggu lepas, kami menghantar mak dan adik pulang ke kampung. Uda turut pulang ke rumah. Kalau sebelum ni naqee tidak kisah bila didukung oleh sesiapa tp tidak untuk kali ni. Bila uda datang untuk mendukung naqee, dia diam membisu dan mengeraskan diri umpama ternampak gergasi dihadapannya. 'Naqee" panggil uda, huh maka berjujuran la air mata turun menyembah pipi mungilnya..hehe kami yang melihat apa lagi, ketawa sakan la . Dan sikecil... terdiam tanda hairan melihat tawa kami yang seakan mengejeknya..
Dek kerana kepenatan, malam tadi naqee tak dapat tidur lena. sekejap ke kiri sekejap kekanan. Dah bagi susu pun masih tak dapat lena. Ayah pula berkorban tidur dibawah nak tau kenapa hehe risau si anak jatuh katil lagi!!!! Paham2 jela ye kawan2..
No comments:
Post a Comment