Nama : Harraz Anaqi
Tarikh lahir : 13/8/2009, Khamis, 7.17 am, 50cm, 3.333kg
Tempat lahir: PPUM
...
Harraz bermaksud yang alim manakala Anaqi membawa maksud keindahan yang menawan hati.
Harraz pilihan ayah, dan Anaqi pilihan ibu. Kami memilih memanggil anak bujang kami dengan panggilan naqi, tapi ada yang memanggil harraz. xkisah la sebab bagiku kedua duanya memiliki makna yang elok (kata2 tu kan doa, amin).
...
Naqi dilahirkan setelah 39 minggu mendiami 'ruang kecil' ibunya (awal seminggu dari tarikh jangkaan 19/8). Alhamdullilah secara normal seperti yang ku harapkan walaupun terpaksa menempuh hampir 17 jam bergelut dengan kesakitan (haha ada kisah pasal epidural, nnti aku citer k, special entry pasal epidural). Cuma 50 cm waktu dilahirkan sbb dah xde space dlm perut ibu nak membesar lagi dan 3.33kg sewaktu dilahirkan (semua pon xcaye berat naqe 3.33kg sebab semua expect bawah 3kg jika diukur dengan saiz perut ibunya).
...
PPUM adalah tempat pertama naqi melihat dunia, disambut oleh Dr Aida dan student2 nya. (hehe kesian Dr Aida, miss solat subuh dia semata-mata nak sambut kelahiran mu naqi). Sangat selesa dengan perkhidmatan yang diberikan walau pada mulanya sedikit skeptikal (maklumla ramai student, pengalaman pun kurang. so what should we expect kan, berserah jela harap2 ok). So Thumbs up untuk PPUM kang nanti ibu cerita details ok.
...
Kenapa nak menulis?
Inspirasi dari wanie, jiey dan ayu yang menulis tentang anak-anak mereka. Walaupun cara ekspresi ku mungkin agak kurang berbanding mereka, namun inilah TENTANG NAQEE.
...
sayang naqee selalu !!
'ibu sayang naqee sangat-sangat ingat tu'
No comments:
Post a Comment