Saturday, July 24, 2010

sabtu petang dipejabat

Perasaan agak pelik kerana selalunya waktu ini saya sedang sibuk melayan karenah anak bujang saya. Tapi berlainan dengan hari ini, saya terpaksa hadir ke pejabat kerana telah ditugaskan untuk sesuatu kerja.

Dimana harraz anaqi saya?
Dia dirumah bersama opah dan atoknya. Suami saya pula perlu ke kelas setiap hujung minggu. kasihan anak bujang saya, sayu wajahnya sewaktu melihat saya memandu tanpa membawanya sekali. "sayang naqee, habis kerja ibu lekas pulang ok, mmuah ibu sayang anak ibu sangat-sangat"

Thursday, July 22, 2010

sudut mari bergambar


Saya upload gambar ini secara pukal. Faktor masa yang agak panjang untuk mengupload gambar menggunakan broadband (harus pakai streamyx) faktor malas, laptop yang meragam dan pendrive yang dipenuhi virus, worm dan incik trojan, membuatkan saya agak lama tidak meletakkan gambar di 'tanah' sekakang kera saya ini. Di tambah dengan habit saya yang tidur awal sejak dua menjak ni. (dengan alasan, penat berhempas pulas disiang hari dan dirumah adalah untuk berehat dan melayan simanja saya) menambahkan senarai alasan saya untuk tidak mengabadikan gambar disini.

Namun, malam ini saya gagahkan diri juga walaupun mata sudah hampir layu dan ini merupakan percubaan kali kedua saya. Syabas untuk saya ;)

Oppss, dimana anak bujang saya?

Owh, dia sudah lena dibuai mimpi sejak jam 9 tadi. Tinggal ibunya yang gigih ini masih lagi menanti sesuatu yang tidak pasti ahaks.....

ini hasilnya!!!!....
gambar ini antara yang terbaru. Naqee berambut botak sambil menunggang ultramen
habit yang memang tak boleh nak elak, mengigit barang
dan lagi gambar ketika mengigit batch kerja ibunya
rambut tercacak dengan gaya ala-ala terkejut

Tuesday, July 20, 2010

nak tau tak?

huhu tak nak tau sudah. Tak kira nak cerita gak. (maklum la, saya kan tuan tanah)

Buat pertama kalinya, saya tersalah jadual. Sepatutnya kelas saya bermula jam 8.30pagi hingga 10.20 pagi. Tapi saya baru terperasan jam 10.00 pagi. Mati2 saya ingat kelas saya jam 10.30 pagi rupa-rupanya tersilap. Mula lah mengelabah !!!! (sampai tersalah telefon orang pula, uhhh mengelabahnya saya ni)

Takde siapa ke ingatkan saya? huh, incik hubby dah ingatkan kelas saya jam 8.30pagi, tapi dengan yakinnya saya ckp kelasa saya jam 10.30pagi. (sangat cuai okey!!!)

Terlalu asyik nak menyediakan slide merupakan salah satu sebab mengapa saya terlupa jadual saya (huh ni alasan lagi sangat tidak boleh diterima, kenapa tak siapkan sehari lebih awal? sangat suka mengais, huh lain kali tidak boleh dipraktikkan okey!!!)

Saya mudah lupa? hehe maklumla 2 urat saya putus ketika melahirkan, alasan lagi!!! (kata orang tua2, jika melahirkan anak lelaki, 2 urat ibu akan putus? apa halnya ibu yang kene bedah kan?)

moralnya : bagi orang yang mudah pelupa macam saya haruslah banyakkan menghafal nombor, membaca al-quran dan sebagainya. Plus harus pakai reminder nih hehehe..

Monday, July 19, 2010

berita gembira 2 sekaligus ;) hooray


Khamis (15 july 2010) lepas alhamdullilah biras saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Myiera Raaniya Naufal binti Mohd Rizal. Alhamdulilah secara normal dan baby chubby itu seberat 3.8 kg (semangat bukan, later i'll upload the photo).

hari yang sama, sahabat saya, suhaiza hanim juga selamat melahirkan bayi lelaki (nama masih belum reveal), juga secara normal dengan berat 2.78kg.

Hanya sempat melawat biras saya sebaik saja diberitahu manakala masih belum sempat melawat sahabat saya (harap sobehah sihat ye). Betul kata jiey bau baby ni sangat harum, tak perlu pakai bedak pun dah sediakala wangi. InsyAllah bila sudah sampai masanya, diizinkan oleh Allah, saya pun akan dapat mencium bau 'wangi' itu sekali lagi. (naqee!!! are u ready? hehe, get set on ur mark and pretttttt!!!!! terberhenti daa, nampak muka ibu mertuaku kihkih sindri mau hengat okey).


muka ketat naqee bila diambil gambar- baru je botak, hehe baru nampak lelaki, selalu orang ingat anak saya ni perempuan huhu


sangat chubby okey pipi dia ;)

inilah dia myiera ranniya naufal

Tuesday, July 13, 2010

Bila anak menangis tanpa sebab, kenapa?

Lama tak update tentang anak bujang saya, harraz anaqi.

Sudah 2 hari berturut-turut, naqee akan berjaga malam dan menangis. Dipujuk, didodoi, diberi air masak tapi masih lagi menangis. Bingung seketika, cuba diberi susu. Alhamdullilah akan lelap seketika. Namun akan berjaga lagi selang 2 jam. Saya tukar lampin, tapi masih merengek-rengek manja. Pagi tadi, bangun tidur dia menangis lagi, terus saya tukar lampin dan bagi baby bites...Tau apa reaction dia,.......................

zasss sepantas kilat dia menyambar. Ahaks, rupa-rupanya anak bujang saya kelaparan, padanla asyik menangis je. Lalu, saya buatkan bubur untuk sarapan naqee, pagi ini. (haha, tula sape suruh tak bagi anak makan sebelum tido, anak awak tu dah besar okey, mestila kuat makan). Terjawab sudah persoalan kenapa anak bujang saya menangis tanpa sebab.

kihkihkih tentu kamu semua gelakkan saya kan. Well, I'm fine with that. Haha tu nama nya ibu muda. (Muda ke saya? hehe jangan jawab!!!)

** Oh ya naqee, dah botak tau. Nanti saya upload gambar terbaru dia. Sekarang ni takde masa nak upload. Busy kononnya.

Wednesday, July 7, 2010

kepulangan

Hari isnin lalu saya dikejutkan dengan pemergian jiran saya, makcik sirum. Moga dia ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah, aminn. Waktu mak bercerita tentang makcik sirum beberapa minggu lepas, hati terdetik mengenang kisah jiran saya ini. Orangnya sangat baik, suka menolong tanpa mengira penat dan yang paling saya kagum adalah kebijaksanaannya.

Makcik sirum yang saya kenal selama 3-4 tahun ini merupakan isteri kedua kepada jiran saya yang telah kematian isterinya beberapa tahun lepas. Bagi saya, makcik sirum seorang yang sangat tabah (dimana sanggup berhenti sekolah kerana kedaifan hidup untuk menjaga adik2, memberi laluan untuk adik2 bersekolah, dan macam2 lagi. Syukur, adik2 tau menghargai jasa kakak yg seorang ni). Seorang yang taat dan patuh pada ibu dan ayahnya, sehinggakan sewaktu ayahnya sakit, dia hanya mahukan jagaan anak yg seorang ni berbanding isterinya sendiri. Satu lagi sifatnya yang buat saya mengagumi jiran saya ini adalah dia sanggup menasihatkan suaminya apabila suatu masa dahuku berlaku sedikit salah faham dengan keluarga kami. (Jarang isteri menegur kesalahan suami, walaupun tidak terima oleh sang suami tapi makcik sirum sudah melunaskan tanggungjawabnya).

Sesungguhnya, mati itu pasti, itu janjiNya. Bagi kita yang masih hidup ini, haruslah sentiasa beringat yang suatu masa nanti, kita juga akan kembali kepadaNya.

"Carilah rezeki umpama kita akan hidup seribu tahun lagi dan beribadah la umpama tiada hari esok untuk kita"

Tuesday, July 6, 2010

dua hari sudah berlalu, sejak 'peperangan' itu

Syukur ke atas segala rahmatNya... Pertempuran yang dinanti-nanti sudah berakhir, kadang-kadang tak percaya yang saya dah berjaya lalui saat getir itu (hehe untuk cik dayah and cik azee, chaiyoookkkkk!!!) . Cuma apa yang saya kesalkan, ada seorang hamba ALLAH ni yang kejenya suka menghentam tak kira masa tu buat saya rimas. Saya akui, apa yang dia katakan itu ada kebenaranya, cuma bagila saya ruang untuk bernafas seketika setelah mengharung 1 jam penyeksaan. Ini tidak, saat menunggu keputusan pun sempat dia 'berceramah' tanpa henti seakan masa ini akan berhenti. Huh! sungguh saya tertekan. Sesungguhnya, saya berdoa tidak akan bertemu lagi dengan hamba Allah ni, tapi mana mungkin !! sekali lagi huh!!!

Apapun, Harap saya akan kerja lebih kuat selepas ini, untuk masa depan kami sekeluarga dan tentunya amat pasti saya akan lalui saat ini entah berapa kali lagi, cuma kali itu, saya harap saya akan lebih bersedia untuk menyediakan 'top gun' mana tau kalau-kalau si hamba Allah atau spesies2 nya ini mungkin akan wujud lagi. InsyAllah..

Monday, July 5, 2010

saya rindu

Kurang dari 24 jam dari sekarang, saya akan 'bertempur' untuk sesuatu yang saya usahakan hampir 4 tahun (mungkin org lain sudah mendapat 2 title, tetapi berbeza buat saya). Mungkin akibat terlalu risau, encik 'sakit kepala' dan puan 'sakit mata' sudah menjelma dihadapan saya.

Tapi...mungkin akibat terlalu risau juga, kerinduaan pula datang menjengah.
ya, saya sangat rindukan harraz anaqi saya.
cepatla jam 5, nak lekas pulang dan nak peluk buah hati saya...ibu rindu kamu naqee!!

Thursday, July 1, 2010

berjuang

wish me luck..
aminnnn....


huhu bulih ka ni?