Hari isnin lalu saya dikejutkan dengan pemergian jiran saya, makcik sirum. Moga dia ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah, aminn. Waktu mak bercerita tentang makcik sirum beberapa minggu lepas, hati terdetik mengenang kisah jiran saya ini. Orangnya sangat baik, suka menolong tanpa mengira penat dan yang paling saya kagum adalah kebijaksanaannya.
Makcik sirum yang saya kenal selama 3-4 tahun ini merupakan isteri kedua kepada jiran saya yang telah kematian isterinya beberapa tahun lepas. Bagi saya, makcik sirum seorang yang sangat tabah (dimana sanggup berhenti sekolah kerana kedaifan hidup untuk menjaga adik2, memberi laluan untuk adik2 bersekolah, dan macam2 lagi. Syukur, adik2 tau menghargai jasa kakak yg seorang ni). Seorang yang taat dan patuh pada ibu dan ayahnya, sehinggakan sewaktu ayahnya sakit, dia hanya mahukan jagaan anak yg seorang ni berbanding isterinya sendiri. Satu lagi sifatnya yang buat saya mengagumi jiran saya ini adalah dia sanggup menasihatkan suaminya apabila suatu masa dahuku berlaku sedikit salah faham dengan keluarga kami. (Jarang isteri menegur kesalahan suami, walaupun tidak terima oleh sang suami tapi makcik sirum sudah melunaskan tanggungjawabnya).
Sesungguhnya, mati itu pasti, itu janjiNya. Bagi kita yang masih hidup ini, haruslah sentiasa beringat yang suatu masa nanti, kita juga akan kembali kepadaNya.
"Carilah rezeki umpama kita akan hidup seribu tahun lagi dan beribadah la umpama tiada hari esok untuk kita"
No comments:
Post a Comment