Monday, August 30, 2010

Dia datang lagi

Naqee demam lagi hari ni. Actually starts yesterday but today he couldn't sleep well back, like a week before. Wonder why he fall sick again (maybe cause i'm not finishing his antibiotic? ate variety of food two days before? shopping like hell on saturday?). Hubby ask whether sending him to hospital back but i were thinking to monitor him first. Entah lahh... any idea?

Sunday, August 29, 2010

Makan-makan

Bila dah masuk hari-hari terakhir ramadhan ni saya rasa kebanyakkan kaum ibu sudah mula pening untuk menyediakan juadah apa untuk berbuka mahupun untuk bersahur. Saya juga tidak ketinggalan memandangkan saya juga mengalas tanggungjawab sebagai chef untuk keluarga saya.

Untuk menu petang ini saya bercadang untuk memasak
  1. Karipap
  2. Gambar dari SINI

  3. Daging goreng kunyit


  4. Gambar from HERE (banyak resepi sedap kat blog ni tau)

  5. Goreng 'makcik' ni


Dan ini semuanya perancangan. Jangan saat-saat terakhir ajak incik hubby buka luar sudah la.. hehehe doakan saya ye


Tuesday, August 24, 2010

zaman dolu-dolu

To cik kat,
Ok tak batu nih. Baru terperasan yang batu nih dah ada cover dia. Tapi boleh ke ko adjust sket-sket bagi nampak tertarik, ada lagi satu tapi tak ingat letak mana. Short term memory lost.


Kepada, cik kat dan cik wanie,
Masihkah kau ingat pada gambar tersebut? hehehe, korek punya korek terjumpa gambar ni . Kepada yang diluar sana. Gambar ini idakler terlalu lama, Cuma pada masa gambar ini diambil, kami saje menggunakan filem hitam putih. Nampak klasik gitu ahaks...

Naqee in action..

Anak bujang saya sudah kembali sihat. Alhamdulilah.
Bila dah pulih, faham-faham sajalah. Dia kembali aktif seperti sediakala. Dan seperti biasa anak bujang saya ni sangat rajin menolong saya mengemas rumah. Cuba lihat gambar-gambar ini :)
tolong sapu lah ibu
jom kemas rumah ibu saya

Sunday, August 22, 2010

Kurniaan dari-Nya

Sempena ulang tahun harraz anaqi yang pertama, saya ingin bercerita tentang...
Detik kelahiran cinta hati saya dan suami




Dua Hari Sebelum Kelahiran

11/8/2009

Lebih kurang jam 10.30 malam.


Malam itu selepas ber'sms' dengan sahabat baik saya, wanie, tiba2 rasa perut saya seperti mengeras (contraction). Agak panik tapi cuba untuk cool (incik hubby selalu ckp saya ni terlalu fikir yg bukan2). Sambil melipat kain, saya cuba untuk mengingat kiraan 'kick' baby saya hari ini, 'mmm cukup rasanya' fikir saya. Sesudah melipat kain, saya terus menuju ke katil untuk tidur. Hati sudah semakin gusar kerana terfikirkan contraction (alamak, awal lagi ni, sudah bersediakah aku?). Saya labuhkan kepala ke bantal, cuba untuk melupakan apa yang berlaku buat seketika namun kali ini sakit belakang pula muncul berselang-seli dengan contraction. Saya tutupkan mata....
Lena sekejap, saya terbangun jam 1 pagi. Didalam bilik air, saya dapati ada darah keluar (dalam hati sudah berdetik, nampaknya sudah tiba masanya, anak ibu dah nak keluar rupanya) . Saya kejut incik hubby memberitahu keadaan saya dan dia bertanya sama ada nak kehospital . Saya menolak sebab mengikut apa yang saya tau jika air ketuban pecah saja harus serta merta ke hospital. Cuba untuk tidur tetapi agak sukar memandangkan sakit belakang mula kerap 'menjenguk'.


Sehari sebelum kelahiran


12/8/2009

Kebetulan, hari ni merupakan routine ANC (Atenatal check-up) di PPUM. Semasa pemeriksaan, saya memberitahu Dr tentang stain yang keluar malam tadi. Setelah sedikit soal jawab Dr terus melakukan pemeriksaan. 'Baru 2cm' katanya. 'Boleh balik dulu, kalau dah mula contraction boleh terus datang sini ye' terang Dr tersebut. Kecil molek saja orangnya, terlupa pula saya nak bertanya akan namanya . Pulang dari PPUM kami terus ke Gombak memandangkan incik hubby dah berjanji dengan orang tuanya untuk menolong orang tuanya (renovate rumah). Sampai di sana, contraction makin kerap menjelma. Baring tak kena duduk pun tak kena. Nenek dah bising-bising kenapa tak masuk hospital je. Nasib baik ibu tolong back up. Saya bertahan hingga jam 4.30pm kemudian bersetuju untuk kePPUM bimbang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas pula.

5.00 pm - Check in di PPUM, Dr Aida check, masih 2cm lagi, 'mungkin pagi esok baru awk bersalin, paling awal pun malam ni'. Masa ni baru saya tau yang rupa2nya, contraction 5 min sekali dan contraction tu mengambil masa 1 min barula dikatakan sudah hampir2 bersalin. 'huh menyesal check in awal', ujar saya. Ambil darah lagi cucuk sana dan cucuk sini dan akhirnya kene masuk wad menunggu sebelum ke labour room. Masa ni incik hubby teman saya sampai jam 8.30pm sebelum habis waktu melawat. Kemudian saya ditemani oleh rakan-rakan lain yang sedang berjuang termasukla seorang wanita india ni. Kasihan dia, menangis2 menahan contraction. Saya ajak dia berbual2 dan berjalan2 memandangkan ia akan memendekan proses bukaan sebelum melahirkan.

12.30pm- Saya ditolak masuk kedalam labour room. Sebenarnya bukan ditolak ok, saya berjalan sendiri masuk ke wad bersalin. Alasan mereka sebab kerusi roda da abis digunakan (kebetulan jam itu hampir 4 orang serentak masuk ke wad bersalin). Setelah semua peralatan dipasang pada saya, jururawat memberikan saya pain killer untuk mengurangkan rasa sakit.


Bersambung di entri akan datang ehehe... sebab daH panjang sangat entry ni ditambaH dengan butang H susah nak tekan. Maaf dong!!!!

Tuesday, August 17, 2010

39 degree

A very short update,

Naqee masih lagi demam walau sudah dibawa ke hospital. Lewat malam lepas saya gagahkan juga diri untuk ke hospital bila suhu badannya sudah mencapai 39.8 darjah. Ini response dari Dr yang memeriksa anak saya
  1. Kenapa tak bagi dia ubat demam kalau dah tau 3 hari demam; saya dah bagi Dr, tapi sebab suhu badan dia tinggi sangat tu yang saya bawa kesini.
  2. Ni dah bagi belum ; belum
  3. Kenapa tak bagi lagi : Last pengasuh bagi jam 5.
  4. So sekarang dah pukul berapa : 11.30malam. Tapi tadi saya keluar jam 10. Kan kene bagi 4 kali sehari.
  5. Saya rasa anak awak ni mungkin kena penyakit kaki, tangan dan mulut: HFMD?
  6. Ada selsema: sikit

Dan saya masih risau, sebab malam tadi suhu badannya juga masih 39 degree, tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan. Saya jaram dengan asam jawa, tampal kool fever, bagi minum air kelapa. Dan naqee, masih tidak dapat tidur lena, asyik buang air besar (cair) tiap kali dia terjaga.

Naqee, sembuhlah cepat nak, ibu sayang kamu

di saat perlu melepaskan

Takut, tidak bersedia, menangis dan keliru...

Mungkin itulah reaksi saya bila perlu melepaskan orang yang saya sayang 'pergi' menghadap Penciptanya.

Takut,
Bila mengingatkan yang kita akan kehilangan orang yang kita kasihi. Bagaimana mahu meneruskan hidup tanpa dia disisi? Bagaimana dengan kepincangan rutin yang dulunya selalu ada dia menemani? Bagaimana bila saat kita sangat memerlukan dia disisi, tapi dia TIADA? Tiada bukan sekejap, bukan boleh dihubungi walaupun melalui telefon tapi buat selama-lamanya. Owh, saya sangat takut.

Tidak bersedia,
Bila mana tidak disangka-sangka dia 'pergi'. Bersediakah mental? bersediakah emosi? bersediakah hati?. Sungguh tidak dapat saya jangkakan. Bagaimana mahu bersedia?

Menangis,
Yang pasti, tangisan akan setia menemani saya. Di kala sunyi, di kala teringat, di kala keseorangan. Tabah kah saya? Bagaimana mahu tabah?

Keliru,
Adakah ini realiti yang perlu saya hadapi? Tiadakah peluang kali kedua, Tiadakah ruang untuk saya memanfaatkan setiap detik bersama dia? Tiadakah saat nanti, esok siang, esok malam, mungkin minggu hadapan.

Jawapan kepada semua persoalan saya ini adalah,
Kembali lah pada keimanan kita. kepada Pencipta kita. Sesungguhnya Dia Maha pengasih lagi Maha Penyayang. InsyAllah bila tiba masanya dengan izin-Nya, kita akan melepaskan dengan redha, tenang dan rela, kerana yang hidup pasti akan merasa mati, begitu juga kita. Itu janji Allah pada setiap hambanya.

Buat Alanna Qish,
Semoga dirimu lebih tenang disana nak. Doakan lah ibu bapamu kerna kasih mereka tidak bertepi buat kamu walaupun kamu tidak lagi disisi mata mereka. Namun kekal kejap dalam hati dan minda mereka.

Buat idi dan kak ida juga shahrul,
Akan aku titipkan doa buat kalian selalu. Moga kamu tenang disana. Di bawah lembayung illahi. Korang sepupu terbaik sebab aku percaya Tuhan lebih sayangkan korang (huhu sebab korang lagi baik dari aku). Doakan aku dari sana tau. Walaupun korang tak boleh baca coretan aku ni, aku percaya korang dengar doa aku selalu, korang terima 'hadiah' aku selalu. Sebab Tuhan tu Maha Adil.

A little unwell

Not much to say, My lil hero is unwell yesterday, actually until today. My parent said that kids will 'ringankan badan' when they want to learn how to walk. Maybe its true, but kids is just a kid, playing like nothing is happened. Here some pictures of my unwell baby

lil anaqi
I don't know why he is sleeping like "this"

Capture from back

Sunday, August 15, 2010

melangkah buat kali pertama


Sudah agak lama saya menantikan saat ini. Sememangnya Anaqi sudah lama boleh berdiri sendiri, tanpa bantuan pun dia sudah boleh berdiri, namun untuk melangkah nampak sungguh susah. Umpama ada pemberat dikedua dua belah kaki ciliknya itu.


Namun hari ini, pagi tadi jam 8.20pagi, buat pertama kalinya kaki cilik itu melangkah. Walau hanya 6-7 langkah tapi hati ini sangat teruja. Owh sungguh comel gaya anaqi, terkedek kedek melangkah sambil cuba mengimbangi badannya. (Sayang saya tak sempat rakam detik-detik berharga ini).

Subuh Ramadhan ke-5

Entah mengapa pagi ini saya rasakan begitu sayu. Hati terasa kosong dan tidak tenteram. Tangan menggapai Al-Quran, terasa rindu padanya. Usai solat subuh saya membuka lembar Al-Quran. Satu demi satu ayat saya ucapkan, lepas 1, 2, 3 dan akhirnya 4 muka, saya sudahi dengan surah Al-Asr. Baru hati terasa sedikit tenteram.

Tiba-tiba teringat akan rayyan ariff, kanak-kanak yang sangat istimewa dimata saya dan dekat dihati saya selalu. Moga dia terus kuat dan kuat dan kuat. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, lindungi la ian dan pelihara la dia sebaik dan selayaknya. Amin ya Rabbal alamin.
~~~
Sesungguhnya Ramadhan membawa seribu satu keberkatan kepada seluruh umat islam. Hargailah bulan ini sebaiknya. Kerna Ramadhan akan datang belum pasti. Persiapkan lah diri kita sepenuhnya, janji Allah itu pasti. Segala yang didunia ini hanya pinjaman. Kepada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita pulang.

"Dunia ini umpama penjara bagi mukmin, manakala syurga bagi musyrikin. Dunia singgahan cuma untuk kita meraih sebanyak mungkin bekalan untuk bekalan kita di akhirat yang kekal abadi kelak" Solusi.

Ya-Allah, aku bermohon agar diri ini dan KAMU yang membaca ditetapkan iman didada dan moga sekembalinya kami kesana nanti kekal dengan agama anutan kami (ISLAM) sebagaimana datangnya kami kedunia ini. Amin......

Friday, August 13, 2010

Turns 1

Budak yang tak tau duk diam so kakak icha yang tolong tiup lilin

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Harraz Anaqi
Happy birthday to you.

This is pecan butterscotch cake. Haha ibu was addicted
He turns 1 today. Wish for him good luck, health, prosperity and wealth and InsyAllah become Anak yang Soleh and always prays for his IBU and AYAH in the future. As the priceless present for you, Ibu and Ayah will always comfort you with our indefinite LOVE and prays. (Actually i am planning to have 'buka puasa' at secret recipe, buying slice cake (maybe pecan butterscotch again haha i am addicted okey), and buying "something" for you (haha thought of nice baju in mind, special ke?)).

So finally Ibu hopes all of our Doa and dreams will be granted some fine day, InsyAllah.

Ibu LOVEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE you so much naqee.

Wednesday, August 11, 2010

Anaqi


Pagi tadi, saya bawa harraz anaqi ke klinik untuk suntikan MMR (1) (untuk mencegah campak, mumps dan rubella) dan juga untuk melihat kondisi matanya*. Risau kalau ada sebarang komplikasi.

*malam tadi anak saya jatuh katil ketika sedang bergurau dengan ayahnya. Yang membuatkan siayah panik bila kepala sianak terhantuk menyebabkan kening sianak bengkak.

Mujur Dr kata segalanya tiada masalah. Memandangkan harraz anaqi cukup setahun 13hb ini, terus kami minta diberi suntikan.

Dr : Nanti dia akan demam tau lepas suntik, sebab biasa budak akan demam. Nanti saya akan bagi ubat demam sekali dengan pain killer. Bagi makan 3 kali ok.

Ibu dan Ayah : olrite.

Harraz anaqi : No problem, saya memang suka makan ubat tau Dr, siap saya sedut-sedut lagi kalau ibu saya lambat inject syringe tu.

Tangan mula sibuk mengemas meja Dr. Tolong kemas torchlight, tolong susun blood pressure pump. Dah siap kemas, sibuk nak merangkak kat bawah meja (maklumlah saya tak pandai jalan lagi, ibu saya kata saya pemalas, dah boleh diri sendiri tapi masih mau merangkak).

Dr : Oh kalau macam ni, tak payah bagi makan ubat pun tak pe.

Ibu : (Haha mesti Dr kagum dengan kelasakkan anak bujang saya ni kan.)

Waktu untuk suntikkan...

Dr : Ok, pegang kaki dia. Harraz tak payah tengok. Sambil menyuntik.

Harraz anaqi : ..............................ek....

Dr : Aik, dia tak nangis pulak. Anak awak ni memang tak nangis ke kene inject.

Ibu dan ayah : Tak, cuma bunyi sikit je. (Dalam hati ibu, hehe Dr tak tau ke anak saya 'lelaki tulen' opah dia kata).

Dan tadi sebelum saya tinggalkan dia di rumah pengasuh. Dia menangis didokongan pengasuhnya. Champion bila kene inject ke, kene pukul ke, kena rampas mainan ke tapi automatic akan cengeng bila nampak ibu pakai cantik-cantik tapi tak bawa dia.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi


Al-hamdullilah syukur pada nikmat-Nya masih berkesempatan merasai nikmat ramadhan tahun ini.
Salam Ramadhan buat semua, moga kita dapat memanfaatkan bulan ini semaksima yang mungkin.
Yeay, puasa saya kali ini sangat meriah saya kira, dengan kehadiran harraz anaqi pelengkap saya dan suami. (Tahun lepas saya berpuasa di Johor sebab waktu itu saya sedang berpantang)

Thursday, August 5, 2010

Teknologi yang disalah pakai

Saya hairan dengan manusia sekarang. Sangat kreatif tetapi ke arah yang menuju kehancuran. Teknologi yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kebaikkan telah disalah guna. Akal yang sepatutnya menerajui tingkah laku telah diambil alih oleh emosi yang cuma memuaskan nafsu. Waktu itu rasional telah ditolak jauh demi memenuhi tuntutan nafsu yang menggila. Saya gelar manusia itu DUNGU!!!!.

Kenapa saya terlalu beremosi ni?
Semalam sewaktu saya ingin menghantar SMS kepada adik saya, saya telah menerima satu panggilan video. Agak hairan kerana sebelum ini, saya hanya menerima panggilan video daripada adik saya yang menetap dikuantan sahaja, namun saya angkat sahaja kerana beranggapan adik saya telah memakai nombor lain (adik saya yang seorang ni memang suka menukar nombor telefon).

Namun, hanya muka saya saja yang muncul di telefon bimbit manakala gambar si pemanggil tidak kelihatan. Saya matikan panggilan tersebut. Selang beberapa saat, nombor yang sama menelefon kembali. Masih dalam mode panggilan video, tapi kali ini yang kelihatan satu objek yang pelik, saya cuba meneliti dan akhirnya saya pasti yang itu adalah ................................
"B....H" lantas saya matikan panggilan tersebut dalam keadaan yang tergesa-gesa membuatkan telefon bimbit saya hang. Bila saya hidupkan semula telefon bimbit saya, anda tau apa yang menambahkan bara dihati ini. Si pemanggil itu memberi SMS seperti berikut, " Awk, saya cuma nak bagi awk tengok b....g saya ja". Betapa beraninya kan dia.

Sebelum ini, saya hanya mendengar kawan-kawan yang duduk diasrama bercerita tentang "Flasher"(kalau tak silap saya, ini panggilan yang digunakan untuk manusia yang suka berbuat demikian). Tak sangka pula, saya juga menerima nasib yang sama tapi kali ini dengan cara yang berbeza, menggunakan teknologi 3G pula.

Huh zaman semakin canggih, macam mana lah saya nak mengekang gejala seperti ini daripada meracun anak-anak saya. Terasa tanggungjawab ibubapa dizaman ini sangat-sangat mencabar. Waullahualam, semoga keluarga saya dilindungi-Nya selalu. Amin

Oh ya tolong berhati-hati dengan nombor ini ya. Sekiranya anda menerima panggilan video daripada 014-7212450 tolong jangan angkat ya.

Wednesday, August 4, 2010

golf

Di satu hari yang indah....
"Naqee nanti ayah ajar main golf okeh" , Incik hubby memulakan kata-kata kosong. Respon saya pula tersengeh ala kumbang busuk bertujuan memerli incik hubby, "sindri tak pernah main lagi mau ajar anak apa daa !!!" (abes la den punya pahala, mau negative nih).

Semalam sewaktu di Giant, kami ternampak ini
Set kayu golf untuk naqee. Satu bola sudah missing, biasa la profesional kan anak saya huahuahua
Dan setibanya dirumah....
Gaya sicilik dengan set golf nya
Mula menunjukkan kehebatan. (aduh nak, pegang pun dah salah macam mana ni nak)
Dan sudahnya, beginila gaya macho dan hebat anak bujang saya dan set golf barunya :)


Dan sebagai menunjukkan sokongan, pabila sang ayah sedang sibuk dengan urusannya, si ibu pun menunjukkan cara sebenar bermain golf (eceh, ibu pun seumur idup tak pernah pegang kayu golf).

Ibu: Naqee, this is how you should do.

Sambil memegang kayu golf, setting lubang tak sampai 1 meter. Cuba untuk memukul bola. owh tak masuk. Set lagi dekat, kali ini kurang dari 50 cm. Ish angin ni (sekali si ibu salahkan angin daa)

Naqee: olright ibu, sambil tekun memerhati gaya kelam kabut si ibu. Owh main golf kena duduk rupanya.


Ibu: Hah, kutuk ibu ler tu. Sabar-sabar, angin nih hah. Bagi ibu setting dulu.

Naqee: Ok ibu, naqee faham. Fuh nampak sedap gak bola ni kan.

Dan akhirnya, bola itu berjaya dimasukkan kedalam mulut si kecil instead of masuk dalam lubang. Huhu bertuah betul budak kecik ni, tak FOKUS!!! haha

Tuesday, August 3, 2010

En zakat dan Cik Hutang


Kamu dah bayar?


Saya belum lagi, baru berkira-kira nak bayar. (Siapa yang belum tunaikan zakat dan tak tahu bagaimana jom datang sini ). Memangla En zakat tak kejar kita tak macam Cik Hutang, tapi haruslah beringat. Dunia ni hanya pinjaman, hatta diri kita ni pun pinjaman cuma.


" Tunaikanlah zakat, sucikan harta dan jiwa"


Cik Hutang, terkedek-kedek datang, Kalau tak lunaskan makin meriah la dia dijamu bunga-bungaan. Makin berisi la dia nanti.


Mana yang seangkatan dengan saya, yang meminjam wang ptptn, disini ada saya sertakan link nya. Jom kita bagi Cik Hutang kurus.