Sunday, August 22, 2010

Kurniaan dari-Nya

Sempena ulang tahun harraz anaqi yang pertama, saya ingin bercerita tentang...
Detik kelahiran cinta hati saya dan suami




Dua Hari Sebelum Kelahiran

11/8/2009

Lebih kurang jam 10.30 malam.


Malam itu selepas ber'sms' dengan sahabat baik saya, wanie, tiba2 rasa perut saya seperti mengeras (contraction). Agak panik tapi cuba untuk cool (incik hubby selalu ckp saya ni terlalu fikir yg bukan2). Sambil melipat kain, saya cuba untuk mengingat kiraan 'kick' baby saya hari ini, 'mmm cukup rasanya' fikir saya. Sesudah melipat kain, saya terus menuju ke katil untuk tidur. Hati sudah semakin gusar kerana terfikirkan contraction (alamak, awal lagi ni, sudah bersediakah aku?). Saya labuhkan kepala ke bantal, cuba untuk melupakan apa yang berlaku buat seketika namun kali ini sakit belakang pula muncul berselang-seli dengan contraction. Saya tutupkan mata....
Lena sekejap, saya terbangun jam 1 pagi. Didalam bilik air, saya dapati ada darah keluar (dalam hati sudah berdetik, nampaknya sudah tiba masanya, anak ibu dah nak keluar rupanya) . Saya kejut incik hubby memberitahu keadaan saya dan dia bertanya sama ada nak kehospital . Saya menolak sebab mengikut apa yang saya tau jika air ketuban pecah saja harus serta merta ke hospital. Cuba untuk tidur tetapi agak sukar memandangkan sakit belakang mula kerap 'menjenguk'.


Sehari sebelum kelahiran


12/8/2009

Kebetulan, hari ni merupakan routine ANC (Atenatal check-up) di PPUM. Semasa pemeriksaan, saya memberitahu Dr tentang stain yang keluar malam tadi. Setelah sedikit soal jawab Dr terus melakukan pemeriksaan. 'Baru 2cm' katanya. 'Boleh balik dulu, kalau dah mula contraction boleh terus datang sini ye' terang Dr tersebut. Kecil molek saja orangnya, terlupa pula saya nak bertanya akan namanya . Pulang dari PPUM kami terus ke Gombak memandangkan incik hubby dah berjanji dengan orang tuanya untuk menolong orang tuanya (renovate rumah). Sampai di sana, contraction makin kerap menjelma. Baring tak kena duduk pun tak kena. Nenek dah bising-bising kenapa tak masuk hospital je. Nasib baik ibu tolong back up. Saya bertahan hingga jam 4.30pm kemudian bersetuju untuk kePPUM bimbang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas pula.

5.00 pm - Check in di PPUM, Dr Aida check, masih 2cm lagi, 'mungkin pagi esok baru awk bersalin, paling awal pun malam ni'. Masa ni baru saya tau yang rupa2nya, contraction 5 min sekali dan contraction tu mengambil masa 1 min barula dikatakan sudah hampir2 bersalin. 'huh menyesal check in awal', ujar saya. Ambil darah lagi cucuk sana dan cucuk sini dan akhirnya kene masuk wad menunggu sebelum ke labour room. Masa ni incik hubby teman saya sampai jam 8.30pm sebelum habis waktu melawat. Kemudian saya ditemani oleh rakan-rakan lain yang sedang berjuang termasukla seorang wanita india ni. Kasihan dia, menangis2 menahan contraction. Saya ajak dia berbual2 dan berjalan2 memandangkan ia akan memendekan proses bukaan sebelum melahirkan.

12.30pm- Saya ditolak masuk kedalam labour room. Sebenarnya bukan ditolak ok, saya berjalan sendiri masuk ke wad bersalin. Alasan mereka sebab kerusi roda da abis digunakan (kebetulan jam itu hampir 4 orang serentak masuk ke wad bersalin). Setelah semua peralatan dipasang pada saya, jururawat memberikan saya pain killer untuk mengurangkan rasa sakit.


Bersambung di entri akan datang ehehe... sebab daH panjang sangat entry ni ditambaH dengan butang H susah nak tekan. Maaf dong!!!!

No comments: