Thursday, December 19, 2013

Wawasan ummatik vs wawasan sendiri

Semalam saya menonton video yang dirakam khas buat ahmad ammar oleh ayahnya.
Banyak input yang boleh dipraktikkan untuk membentuk anak menjadi khalifah sebenar dibumi Allah. Sesungguhnya sangat kerdil diri ini dibandingkan beliau yang sungguh sungguh memperjuangkan  dan sifat ingin membangunkan semula cendiakawan islam yang tidak dimanipulasi oleh yahudi. Sungguh tidak pernah saya terfikir visi dan wawasan yang suci dan ikhlas ini lagi lagi dizaman ini. Sungguh video ini is an eye opening pada mata hati saya. Jika semua umat islam seperti ayah ammar ini saya rasa tidak mustahil umat islam akan bangkit sebagai umat yang unggul.

Ini adalah blueprint ayah ahmad ammar untuk menjadikannya seperti abdul fateh yang menawan kota constantinopel diusia 21 tahun. Blueprint ini adalah yang diilhamkan oleh ayah abdul fateh kepadanya. 

1-menamakan anak dengan nama yang mempunyai matlamat dan wawasan.

Menurutnya, nama sebenar abdul fateh adalah muhammad. Nama pemimpin unggul umat islam dan nabi yang sangat kita kasihi. Beliau menamakan anaknya dengan nama ahmad ammar, yang memakmurkan. Dan memang benar ammar menyuburkan dan mengejutkan hati hati umat islam yang dah lama 'tidur' dibuai kealphaan.

2-meletakkan wawasan ummatik

Wawasan ummatik vs wawasan sendiri. Katanya, rezeki kita sudah ditetapkan Allah sejak kita lahir hingga kita mati. Salurkan dan suburkan setiap perbuatan kita ikhlas kerana Allah Taala, in sya allah akan dipermudahkan segala pekerjaan yang ingin direncanakan. Ahmad ammar merupakan pelajar kedua terbaik (aliran sains) di maktab tentera sewaktu peperiksaan SPMnya, bila ditanya zahid hamidi (menteri pertahanan ketika itu) ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang apa selepas SPM dengan tenang dia menjawab, jurusan sejarah. Terkesima sebentar si penanya. Kemudian ditanya nak sambung mana? Turki, jawabnya. Terkesima buat kali keduanya. Mungkin agak janggal pelajar aliran sains ingin melanjutkan pelajaran sejarah dan diturki, kenapa diturki bukan di mesir, arab dan sebagainya? Pendapat umum sebegitu. Malah saya sendiri sewaktu selepas keputusan pmr diumumkan, cikgu cikgu mengesyorkan saya untuk ambil aliran sains, tidak dibenarkan saya ambil aliran selain itu. Inikan ahmad ammar. Tapi perancangan Allah lah yang terbaik. Ayahnya sudah menanamkan visinya sejak awal lagi untuk ammar melanjutkan pelajaran dibidang sejarah untuk mendalami sejarah uthmaniah yang mana dirasakan perlu dizaman ini (rujuk point ke-6). Memang agak gusar dizaman ini untuk memilih kursus dan tempat yang terbaik untuk masa depan yang elok. Tapi ayah ammar memilih untuk mendahulukan ummah daripada dirinya sendiri. Baginya ammar hanya pinjaman Allah padanya. Anak anak dan segala dimuka bumi ini memang sesungguhnya pinjaman Allah. Mendidik dan menggunakan segala pinjaman Allah dengan sewajarnya akan dijanjikan manfaat yang besar diakhirat nanti. Nekad dengan keperluan ummat lebih penting dari diri sendiri, ayah ammar mencadangkan dirinya untuk melanjutkan pelajaran di sekolah yang terbaik dalam bidang kursusnya, walaupun tidak diiktiraf. Baginya kita usaha sungguh sungguh, the rest let Allah decide for us. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan mengasihi hambanya.

3-menekankan persoalab adab

Persoalan adab amat ditekankan oleh imam hambali kepada kita. Adab kepada Allah, rasul, ibu bapa, guru, rakan dan persekitaran. Tanpa adab, ilmu yang dituntut tidak akan ada rahmatnya, tanpa adab ilmu yang dituntut tidak akan ada barakohnya. Jaga adab kepada semua makhluk Allah dimuka bumi ini in sya allah segalanya akan jadi lebih mudah. In fact ammar amat menjaga adabnya pada semua orang, menurut ayahnya jika dia tidak setuju dengan sesuatu perkara dia hanya akan diam dan senyum, tidak pernah dia mengatakan 'tidak' pada ayanhya. Malah peribadinya tidak pernah ketawa besar hanya dengan senyuman sudah menunjukkan kegembiraan hatinya. Menurut ibunya, cikgu sekolah rendah ammar pernah menelefon ibunya semata mata ingin memberitahu ammar ketawa disekolah. Hingga saat ini ibunya cuba untuk mengingati bila saat dia pernah untuk tinggikan suara pada ammar tapi gagal sebab ammar anak yang tidak pernah menyusahkan kedua ibu bapanya.

4- menghayati al quran
Jangan hanya baca alquran pada dasar membaca alquran. Cuba dalami dan fahami maksud dan intipati kitab unggul ini. Segalanya sudah disediakan oleh Rasullulah untuk kita diakhir zaman ini, hanya terpulang kepada kita untuk mengkaji nya. Sesungguhnya ilmu Allah ini luas. Pelajarilah segalanya selagi belum terlambat. Ammar sendiri sudah khatam kitab annur dengan hanya tempoh 8 bulan. Ketika beliau dijemput Allah, dia dalam perjalanan ingin mengajar bab pertama dalam kitab annur kepada pelajar malaysia, indonesia dan kemboja yang baru sampai disana. 

5-memelihara solat dan menunaikan solat tahajud.

Solat adalah tiang dan asas agama islam. Persiapkan dan lengkapkan diri anak anak kita dengan asas yang kukuh. In sya allah, asas yang kukuh akan menyokong setiap tindak tanduk mereka. Lillahitaala. Amalkan solat tahajjud yang akan menjadikan kita hamba Allah yang senantiasa merasa serba kekurangan. Perasaan kurang itu akan menjadi asas untuk memperbaiki lagi diri kita. Kita tak akan pernah selesa berada lama di zon selesa, kita akan cuba meningkatkan diri kita seterusnya ummah.

6-menguasai ilmu yang diperlukan pada zamannya

Kenalpasti ilmu yang mejadi tunjang dan keperluan yang meruncing ketika ini. Pokok asas jati diri memang dilihat semakin berkurangan pada anak anak zaman ini. Walhal saya sendiri melihat keperluan sejarah dan jati diri sebagai refleksi mereka dimasa akan datang. Kita disogok dengan sejarah yang sudah dimanipulasi oleh orang yang mahu kita melupai asal usul diri kita. Mereka semahunya mendidik kita sedari kita dibangku sekolah rendah lagi. Manipulasi ini dijadikan asas jati diri dan pembentukan generasi muda zaman sekarang. Outspoken itu bagus tapi bila kena pada caranya, adabnya dan masanya. Tapi saya lihat tidak ada pada anak anak generasi kini. Mereka lebih berani disebalik keyboard (keyboard warrior) tapi mendepani isu isu yang tidak relevan dan dengan ilmu yang cetek dan bias. Saya sedih bila mana dengan ilmu yang sekakang kera itu sudah mereka anggap hebat, mereka tau mereka la yang benar tiada yang benar melainkan mereka jualah yang benar. Sedih, itu perasaan saya. Moga saya lebih istiqamah dan sentiasa memperbetulkan niat saya mendidik anak anak. Moga saya senantiasa dikurniakan sifat sabar nak mendidik generasi muda ini. Ameen.

7-mempelajari bahasa asing
Ammar sudah menguasai bahasa inggeris dan arab (juga turki kalau tak silap saya).  Dengan mempelajari bahasa asing, kita akan lebih mudah mendalami ilmu lain. In sya allah. Tak akan rugi.

Ada banyak lagi point yang bermanfaat dan berguna dalam video tersebut. Cuba google dan ambillah sebanyak mana manfaat yang boleh dipraktikkan.

Assalamualaikum

Saturday, November 16, 2013

8 bulan

Esok saya cukup 8 bulan
Eh assalamualaikum semua
Ibu suruh saya entepreme post kali ni
Ibu kata its all yours affan

Ok mula mula saya nak cakap apa yang saya buat past few weeks.
Alhamdullah saya dah sembuh
Terima kasih semua
Berkat doa
Ibu kata saya demam nak pandai kot
Fuh semput ibu saya. Dia kata selang 2 minggu saya tak sihat.
Ibu saya sanggup ganti tempat saya waktu demam. Tak sanggup ibu saya tengok saya waktu demam. 
Lepas ni harap saya terus sihat
Amin ya allah
Sebab tu ibu saya kata, sihat tu pun rezeki.
Rezeki Allah bagi banyak cara. Cuma atas kita nak faham bentuk apa rezeki Allah nak bagi. Tak semestinya harta dan benda je. 
Ok ibu, saya akan lebih bersyukur bila dah besar nanti.



Lepas sihat banyak benda saya belajar. 
Antaranya macam gambar kat atas ni, saya dah boleh memanjat sambil sambil tu saya show off kat ibu.
Sebelah tangan saya buat tongkat, sebelah lagi saya pegang bear.
Hebat kan saya bu



Tapi kadang kadang saya terbabas. 
Cuba tengok gambar kat bawah.
Saya cuba nak bangun lepas panjat grill.
Tapi nasib saya tak baik saya terbabas.
Haha ibu dengki.
Bukan nak angkat selamatkan saya.
Instead she's taking my photo.
See. Pity me. But is ok i'm just fine.



Selain tu saya dah merangkak laju.
Berapa laju tu saya tak pasti.
Tapi kalau ibu saya leka, memang ke dapur la jawabnya saya.
Its about time to fix the gate back.

Gambar kat bawah ni masa kami pergi awana.
Short trip masa deepavali hari tu
Ibu saya paksa ayah saya tidur sana.
Sebab hari tu je ayah saya free.
Selalu weekend ayah memang consumed. 
Gambar ni dekat pool masa teman abang saya swim.
Best juga pool ni, air dia suam je. So bolehla abang saya swim puas puas.
Itu pun lepas puas dia zikir nak main pool masa kami breakfast.
Ibu saya buat tak tau je makan.
Hehe kesian abang saya.


My all time favorite porridge still everything with pumpkin.
Ibu saya cuba tukar menu saya pada jagung dan peas tapi saya kurang minat.
Terpaksalah berbalik pada pumpkin porridge with dates and rice.



What else.
Ohh yes. Photo below shows another favorite spot for me.
If i fail to get out from there or get knocked out,i just cry then ibu will help me out.
See how cute i am when cry.


Ok, ibu said that enough for now.
Lets pray for victim in tacloban philiphine
Hope they will recover soonest.
And lets donate if u can.

Assalamualaikum semua =)

Monday, November 4, 2013

Resolusi baru

Sempena awal muharam esok saya ada resolusi baru.
Tak pernah disclosed apa harapan dan impian saya setiap tahun baru.
Sebab dah tau selalu akan terpesong jauh.

Tapi akhirnya saya mengalah sebab saya rasa checklist ni agak penting juga.
Sekurang kurangnya kita ada matlamat (saya tak cakap la siapa yang tak buat checklist tu takde matlamat. Sebab sesetengah orang sangat determined dan tak perlu checklist bagai ni. Tapi saya rasa saya perlu so that boleh apply PDCA (Plan Do Check Action), sebab kalau tak, tak gerak).

Ok tak nak membebel banyak. Ni checklist saya. Sebelum tu tolong jangan gelak/senyum sinis tengok checklist perempuan ini:
  1. Jaga Solat. Solat awal waktu. Solat Jemaah.
  2. Solat Dhuha
  3. Qiam (lepas buat susu anak tu boleh la qiam kot, maklumla anak selalu kejut bangun pagi nak susu, nak main-main. Tapi sebenarnya Allah hantar alarm melalui anak kita suruh bangun buat qiam. Tak pernah sedar/perasan/nak ambil tau. Astagfirullah.
  4. Positif (haha macam entry sebelum ni)
  5. Tulis buku. (ok ni boleh tolerate sikit la pasal saya ni bab mengarang memang fail. haha wanie aku tau ko baca blog aku ni kan. Mesti ko ingat lagi bertapa terseksanya aku nak abiskan cerpen masa kelas penulisan cerpen sem 1 dengan H.M Tuah Iskandar lagi lecturer kita (lecturer dah hebat dah tapi dah dasar anak murid tak berapa nak kreatif memang tak kemana). Ko dengan senangnya habis kan senaskah cerpen siap feeling-feeling gitu). So targetnya kena ada draft at least. Ko nak tulis buku apa??? haha karang la fikir. Yang penting nak tulis buku gak. Tulis Journal pun boleh jugakla. Masuk dalam KPI gak. wahaha tak aci.
  6. Baca buku (banyak buku dalam list ni. Alasan nak gi Big Bad Wolf sebenarnya). Belasah yang penting baca buku.
  7. Ajar anaqi basic things how to deal with emergency case. Contoh kalau pintu terkunci apa nak buat? mana letak gugusan kunci (see wanie, ok tak bahasa aku, gugusan ok.. improve improve), Kalau kebakaran apa nak buat-lari selamatkan diri, ikut pintu mana)
  8. Homemade food untuk affan- maintain.
  9. Rajin buat aktiviti dengan naqee, petang gi taman ke, painting ke. Kena ada timetable. Sebab selalu hangit taik ayam. Anak dah excited, mak plak malas.
  10. Less Sugar please!!! oppsss bukan Less Sugar tapi Less Talk, Think More. Fikir dulu sebelum cakap. Jaga hati orang kalau nak Allah jaga hati kita.
  11. Banyakkan memberi. (hoiii takkan ni pun nak cakap). Bukan apa kena masuk list gak sebab nanti lebih banyak pemberian.
  12. Berjimat cermat. Jangan asyik nak shopping online je. Daripada shopping online baik ketik laman sesawang PTPTN pastu cepat-cepat habis bayar. Kan lagi bagus.
  13. Lebih komited dalam pekerjaan saya.
  14. Jogging/senaman/kayuh basikal (haha ok, ni alasan nak shopping gak nih)
  15. Jadi entrepreneur macam cik wanie dan cik kat dan cik yan. Yang ni kita letak target long term. So anda akan Nampak checklist ni setiap tahun ya. Syabas bethe!!

Ok dah banyak sangat resolusi tahun baru saya ni.Harapannya at least separuh dari ni akan terlaksana. Doakan, saya doakan anda juga.
Maafkan saya ya kawan-kawan semua terutamanya cik wanie, cik kat yang baca blog picisan aku ni. Orang lain tak tau kot saya ada blog. Maafkan segala kesalahan yang visible atau invisible ya. haha =)
Maklumla ni nama dia blog merapu. Terhasilnya blog ni pun sebab pengaruh cik wanie. Tapi dia kreatif menulis, saya plak merapu. Lagi tak ilmiah.

Sekian sahaja.

Haha kan dah kata merapu.
krik krik krik krik krik.............

Daaa

Selamat Tahun Baru 1434H



positif

Menjadi seorang yang positif sentiasa bukan senang.
Perlu konsisten dalam mendidik hati.
Bila dihimpit kesusahan kita akan lebih mudah rasa kecewa kenapa kita ditimpa musibah dari memikir ada sebab kenapa kita ditimpa kesusahan.
Eh belit-belit kan.

Dia macam ni.
Contoh kita accident, sedih la accident kan.
Sebab satunya kalau melibatkan kecederaan fizikal, sakit.
Kereta cedera poket pulak yang sakit.
Double sakit
mengeluh? dah tentu.
Hadoi tak pasal pasal kena keluar duit nak baiki kereta. Tu kalau kemalangan sendiri. Kalau langgar orang ke kena la fikir plak macam mana nak ganti kereta orang plak.
Kalau la tak accident tadi duit tu kan boleh beli tu boleh belanja ni.
Rugi-rugi.

Tu reaksi spontan.
So cuba shift jadi positif.
Mujurlah takde apa-apa kecederaan fizikal yang teruk.
Allah nak bagi hint ni.
Agaknya solat kita tak jaga, tak sempurna.
Allah sayang tu yang remind.
Baru accident sikit, apalah sangat RM300-400 berbanding Allah ambil nyawa kita terus.
Masa tu kereta bukan boleh jamin kita dari seksa kubur, masuk syurga.
Tak.
Tapi amalan kita yang tentukan nasib kita kat SANA nanti. (Plus sedekah jariah dan anak soleh yang doakan kita)
Ya Allah ampunkan aku yang senantiasa lalai ni.

Hah macam tu la maksud perenggan pertama tadi.
POSITIF susah NEGATIVE selalu.
Dah nama manusia.
Sebab tu Allah turunkan Al-Quran.
Sebab tu selalu kena dekat dengan majlis ilmu.
Sebab apa?
Sebab manusia ni mudah lupa.

Ok ni sebenarnya pesanan untuk diri sendiri.
Susah sangat nak fikir positif
Lagi-lagi bila fizikal penat
Minda cepat sangat melatah.
Selalu fikir kenapa aku tak dapat tu tak dapat ni.
Orang lain dapat.
Syaitan ni suka sangat bisik bisik
Manusia yang lemah ni plak selalu sangat tunduk pada dia.
Dia tu dah memang janjinya pada Allah nak sesatkan kita.
Takkan putus asa nak ajak kita join dia.
At least cuba lah untuk tidak tunduk pada dia.
OK =)
 
Selalu muhasabah/reflection.
Disiplin jaga hati.
Dekatkan diri dengan Allah
Paksa diri buat yang wajib. Kendian yang sunat tu akan datang bila yang wajib dah sempurna.
Sentiasa ada rasa nak tau (curiosity orang putih kata), rasa nak perbaiki itu dan ini ( room for improvement orang putih kata... haha kot).
Sekian
 
Gambar di google saje
 
 
 
 

Saturday, October 19, 2013

Mee goreng air teh satu

Tengahari tadi cuma makan dua tiga suap je. Bila dah petang ibu tanya la anaqi nak makan ke tidak.

Ibu: abang nak makan tak?
Anaqi: Nak, makan apa ibu?
Ibu: nasi la
Anaqi: tak nak la bu, aci nak mee goreng ngan air teh
Ibu: ok nanti ibu buatkan
Anaqi: ibu gi masak, aci jaga adik eh bu
Ibu: ok

Taraa mee goreng ngan air teh. Magic kan, macam 2 entry 1 hari ni, kira magic gak apa. Hehe.

Daaaa tu je, adik da nangis, ibu nak pujuk adik plak.

Abang yang tengah menikmati air tehnya. Haha sebenarnya air teh je yang dia nak tu, mee sekadar nak jaga hati ibu. Dia pandai, kalau nak air teh bukan boleh dapat. Ni gara-gara minum rumah opah atok la ni.


Sekian 

Bubur lagi

Hehe mesti bosan je dengar pasal bubur kan.
Kami baru pulang dari kampung lepas seminggu disana meraikan aidiladha.
Punya la banyak packing sampai lupa nak bawak daging korban yang jiran bagi.
Seronok kenduri daging, makan sup daging lagi nyum sebab mak yang masak. 
Asam pedas menu wajib request tiap kali balik kampung haha.
Dan mandi laut satu kemestian buat anaqi, dah nama laut pun dekat kan, ok la tu boleh practice swimming kat sana (haha nan hado baru 2 kali gi belajar berenang). Adik ikut skali terpejam pejam mata kena angin laut sambil tengok abang main air. Nope adik tak main air lagi kang nanti tunggu besar sikit dah tau jalan kang baru boleh join abang. Senang sikit ayah jaga, ibu relax. Dasar p-mal-s kan. 

Oh ya adik dah tumbuh gigi, bahagian bawah sebatang comel je. Demam hari tu nak tumbuh gigi kot. Alhamdullilah. La ni abang plak panas badan macam nak demam. Harap ok la dia.
Ibu baru abis buat bubur adik. Kali ni rajin nak snap gambar. Jom tengok and have fun buat bubur adik. 

Labu yang dah dipotong, ibu basuh bersih bersih tak payah buang kulit dump je dalam steamer. Macam ibu cakap sebelum ni ibu letak kurma tambah manis kat bubur labu yang dah sediakala manis dan lemak tu. Nenek kata sedap bubur adik, pandai adik pilih makanan.

Kali ni ibu letak beras nak bagi lebih karbo dalam bubur adik. Sebab ibu malas, ibu masuk sekali harung dalam steamer tu. Beras ibu basuh bersih-bersih, lepas tu keringkan (oven speed up drying process, helped lazy mother like me). Pastu tambah air panas dalam beras yang dah halus. Done, masak sekali dengan labu. By the way, kurma tu saya steam jap je. Just nak bagi lembut. Senang nak blend.

Ok bila semuanya dah masak, tunggu sejuk sekejap pastu scoop out labu dan yang lainnya masuk dalam blender. Kalau pekat sangat, tambah air masak masa blend. Dan juga terpulang pada anda nak  pekat mana.




See, senang kan. Tak payah susah susah kupas kulit labu. Jimat masa untuk lazy mother ni.

Ok da siap. Blender bagi hancur dan mix.

Masukkan dalam bekas yang bertutup, untuk elak bau dan rasa tercemar dalam fridge. Tunggu betul betul sejuk baru masuk freezer. So sekian cukup stok adik untuk 4 hari ni. Alhamdullilah. Nanti ibu cuba resepi lain pulak ya. Nenek bagi pisang lemak manis tu. Nanti ibu cuba buah lain pulak. Bye bye

Thursday, October 10, 2013

Rookie blue

Hehe suka cerita ni. Sejak bila kan.
Masa dalam pantang suka tengok DIVA. Almost semua cerita dia saya follow.
Dari fairly legal ke Law and Order SVU ke good wife sampai la ke rookie blue ni semua pun saya follow.

Saya suka variety dalam setiap episod. Macam dalam fairly legal. Saya suka watak kate dan lauren yang memang totally opposite asik nak bercakar tapi at end of the story they take their hat off and work together to ensure firm yang ditinggalkan pada mereka akan tetap utuh. Banyak gak law terms yang saya belajar dari cerita ni best la senang cerita. 

Macam rookie blue saya suka Mc Nally and her partner Sam. Haha suka tapi tak nak mengaku ke sebenarnya Sam dah mengaku tapi saya yang lost track hehe.

Ok takpe saya nak cerita pasal bubur affan lagi. Haha lebih kepada untuk rujukan diri sendiri nanti sebenarnya. Maklumla makcik mudah lupa.


Nampak macam serupa je kan. Memang pun. Saya masih guna labu dan keledek sebagai bahan utama cuma kali ni saya campur ngan kurma nak bagi manis lagi. Labu dah memang manis tapi kalau tambah kurma lagi manis saya rasa. Hopefully affan suka esok makan bubur ni. Oh ya sebab saya dah makin malas, labu tu saya tak kopek dulu pun kulit dia, potong 4 pastu letak je kat steamer. Dah madak scoop out masuk dalam food processer done senang je kan. And kurma tu saya stim sekejap bagi lembut so that saya tak payah nak strained sebab dah halus, lagi tips menyenangkan buat bubur. I found buat bubur sendiri is great n healthy n fun. Cuba la buat ya, macam addiction dah saya rasa. Lagi best bila affan tak sabar sabar nak tunggu next scoop.

Update tentang affan, alhamdullilah he is getting well. Yeay moga adik terus sihat ya


Tuesday, October 8, 2013

High fever @ 6month

Affan down with fever.
Yesterday, his body temperature raise up to 39.3 degree C and he is shivering in sleep. Poor little baby but he doesnt 'complaining' at all. 

Still fluctuate but last night his temperature shoot up 40.1 degree, even higher than yesterday =(
We gave him voren 12.5mg to bring the temp down. Succeed and he able to sleep well. Note that voren is allowable for 6 month and above with weight more than 8kg.

This morning his temp shoot up to 39.5 again and what makes me sad he vommited out PCM and milk he drank earlier. He also shiverred after i sponge him with cold water ( that is my mistake, from what i google sponging cools the outer skin can cause shivering which can raise the actual temp). Will definitely not do that again, what advisable is sponging with lukewarm water will helps reduce high temperature.

Till then got to go. Please pray for my baby. Hope his fever will subside soon. Really soon. 
Thanks

Friday, September 27, 2013

Resepi bubur affan (6bulan)

Sila abaikan rumah yang tonggang terbalik haha


Bubur pertama affan. 
Dia tak makan (menurut pengasuhnya)
Campuran labu dan beras.
Saya rasa kena modified sikit.
Mungkin kena lebihkan labu dan kurangkan beras. Sebab ni dalam fasa baru nak introduce makananan pada dia. Boleh campur beras tapi kuantiti quater and fruit/vege third quarter.




Bubur kedua affan
Masa suap kat rumah ok makan tapi bila kat rumah pengasuh dia kata affan muntah. 
Resepi
Labu dipotong dadu, steam sampai lembut, blend and strained.


Bubur ketiga affan
Masih tak putus asa haha. 
Saya campurkan labu dan carrot untuk dapatkan rasa yang lain daripada biasa. Sikit je pun lainnya. 
So far weekend saya suap dia makan dengan jayanya.
Resepi
Labu dan carrot, bersihkan, potong dadu, steamed and strained as usual.


Wednesday, September 18, 2013

6 bulan

Affan da 6 bulan.
Sekejap je rasa
Dah pandai nak main dengan abang, nak duduk sendiri, pegang botol, pegang pacifier keluar masuk mulut sendiri hehe tapi tonggang terbalik la, dah capai mainan sendiri walaupun pergerakkan masih gear reverse ( tak jumpa gear D pakcik kecik ni).
Yang tak nak lagi makan.
Cuba gak la bagi puree buah- reject, bubur nasi campur keledek-reject.
Bagi biskut baby tu ok la dia try juga makan tapi pastu tersedak. So tak berani nak bagi banyak banyak.
Usaha paknya mungkin boleh dicontohi, dia try gak bagi biskut farley tu, larut ngan air kan boleh jadi bubur gak kan. Ok la makan gak affan, sikit sikit =)

Last thursday 12/9, tok tam diaorang meninggal.
Try to told naqee that his tok tam was passed away. He just nodded but not sure whether he understand or not.
It was so sudden, we received a phone call at 4 am from my MIL telling that he is no longer with us. Innalillahiwainnailahirajiun, daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita datang.
Sesungguhnya mati itu pasti bagi semua yang hidup.

"Beribadah la seperti esok kita akan mati dan bekerja lah umpama kita akan hidup 1000 tahun lagi"

A friend told me reasonable explanation of this phrase which i used to misinterpret that we have to both working and praying harder at same time. We tend to ask for 28 hours a day instead of 24 hours =). Haha bad time management la tu. orang lain cukup je 24 jam tu.
Better explanation is yes we should prioritize out ibadah first, do as much as we can but our work can stand still as it is a neverending story. It is like we could live 1000 years and tasks will mountain each and everday although we manage to finish one tonne of work but thousand tonnes will pile up subsequently. So please (self reminder), istiqamah in doing ibadah wajib and sunat and perform our responsibility (work) at our level best. In sya Allah.

Apa lagi ya. Oh ya jumaat ni hubby's cousin is getting married. Aunty favorite naqee pulak tu. The solemnization will take place on friday afternoon after solat jumaat while the reception is on saturday. I will posted the photo (if available haha as the unofficial family photographer aka naqee's father got something else to do on that day). We were excited to receive quite numbers of new family members this year. After this the nearest wedding is on november and december is my BIL (also naqee's fav uncle too) turns. forgot to mention that he was engaged past few weeks which that was the last close conversation with arwah where i sat next to him. Al fatihah. We will always pray for you and miss u pak itam dearest =(

Last but not least, here photo of my sons. Sorang sengih sorang marah =)



Gaya Si Comel Berhari Raya 2013



Ok jom masuk pertandingan ni. Walaupun dah upload gambar anak anak sebelum ni tapi still nak join contest ni.
Kalau nak join masih belum terlambat. so jom pakat join ramai-ramai =)
Tempoh pertandingan : 12 Sept 2013-31 oktober 2013
 
 
 
Syarat Penyertaan
 
  • Letak banner contest di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Link BabyIbu  dalam bloglist anda
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
    • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda bergaya dengan berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) 
    • Jika anda mempunyai beberapa orang anak, satu entri untuk  setiap anak
    • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - Pertandingan terhad kepada si comel berumur 1 hari hingga  6 tahun.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke penganjur BabyIbu  dan juga semua penaja - rujuk di bawah (no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
  • Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik. Semua keputusan adalah muktamad.


Hadiah 
 
Hadiah Utama
 
Cute Drawer tajaan YourBabyWardrobe
 
 


Hadiah Tempat Kedua
    (Dua  Pemenang - Kategori Boy dan Kategori Girl)
     
    Travel Mat tajaan BabyIbu Shoppe

 
Hadiah Saguhati
 
Kategori Boy (3 Pemenang)
 
Custom Made Kopiah tajaaan Untuk C Comel
 
 
 
Kategori Girl (3 Pemenang)
 
Custom Made Charm Bracelet tajaan The Aura Handmade Little Trinket
 

Penaja
 
 
 
dan gambar yang dipertaruhkan untuk contest ini adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hehe gambar dah publish kat bawah kan. Takpe la belasah jela, ni je yang Nampak dia senyum, yang lain-lain muka ketat. hehe wish you luck dik =)
 
Harrez Affan
6 Bulan
 

Saturday, September 7, 2013

Thursday, August 15, 2013

Menghakim dan dihakimi

Past few days i pissed off dengan satu komen kat pesbuk. Tangan laju je nak type tapi akal kata jangan. Besar kesannya, ada kang jadi pencetus perbahasan yang tak ada akhirannya, cacian dan makian orang lagi. Putus saudara sesama islam lagi haru, mintak jauh la.

Kekadang saya naik heran, Tuntut ilmu dah tinggi dah, kat negara maju plak tu, tapi makin berilmu makin kurang tata susila orang kita ni. Islam sekular dan melayu moden. Minta jauh.

So saya nak cakap kat sini. Apa pun yang kita buat kita yang tentukan. Remote control kat tangan kita. Tak nak tengok tv3 tengok la cnn. Ada gheti. Toksah nak canang itu ini ikut perasaan semua benda buruk kat mata awak. Awak jela yang elok, awak jela yg baik. Tuju jari kat orang, 4 jari lagi tuju kat awak.

Toksah nak dahagakan sangat like orang. Mungkin ramai yang like tapi lagi ramai yang meluat (huhu saya ler tu). Sungguh!!!! I cannot brain la this kind of people. If u really hate at something or someone please please keep it yourself. Jangan la publish sesuatu yang mungkin menyinggung hati perasaan orang lain.

Pilihan ditangan anda!!!!

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh mak enon. Sekian terima kasih.

Tuesday, July 9, 2013

tigabulansetengah

 
Nama saya harrez affan
umur saya 3 and 1/2 months
Saya baru belajar meniarap
kadang kadang tu sambil nak meniarap sambil saya hisap tangan.
 
 
 
 
 
 
 
lepas tu bila dah penat, saya tonyoh tonyoh muka saya kat tilam kadang kat lantai pun jadilah.
tu yang ibu saya kena tukar lapik selalu
sebab saya punya kulit muka sensitif
ibu saya masih tak jumpa trigger factor lagi
saya alah pada apa
ibu saya speku kata saya alah panas
sebab bila panas saya berpeluh
lepas peluh maka ruam pun naik
weekday ok jer muka saya
tapi bila weekend je ruam tu naik balik
 
 
 
hebak kan saya.
tapi kadang kadang terbabas jugak
salah landing saya terlentang balik kat lantai
hah tau takut mak saya bila saya bagi warning sound
kuat tau lebih la 10db
terus mak saya kata kena bentang tilam atau toto je depan tv ni
tilam saya bersihkan pastu pack pack simpan dalam lemari
 
 
 
dikesempatan ni, mak saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa
manfaatkan bulan ramadhan yang mulia ini dengan aktiviti shopping eh ibadah
moga segala ibadah yang akan kita lakukan diterima oleh Allah
 
Amin ya Rabb


Monday, June 24, 2013

Tak tau nak letak tajuk apa... Yang pasti random

Hidup ni ada pasang surutnya.
Tengok anak anak depan mata insaf rasa.

Dari dalam perut kita ni dok asik pikir kita je berjuang nak keluarkan dia. Tapi pernah tak kita fikir yang dia pun berjuang waktu nak keluar ke bumi Allah ni.

Bila tengok anak gak rasa tanggungjawab kita adalah untuk jaga amanah Allah ni sebaik mungkin.
Apa sangat la dugaan kat dunia ni berbanding nikmat anak yang Allah dah bagi kat kita.

Kita berjuang yang terbaik untuk mereka. Harapan moga jadi la anak yang selalu mendoakan ibu dan ayah nanti.

Taat isteri pada suami
Taat anak pada ibu dan ayahnya.
Taat hamba pada Pencipta




Tuesday, June 18, 2013

mencari ramli 2

dah jumpa calon no2
alhamdullilah certified lulus
dah hantar pun anakanda saya ke sana hari ni
huhu mak pon da kembali bertugas
back to routine yalls

ada orang tanya apa kriteria utama saya mencari ramli pengasuh
senang je

first : solat
..........macam mana  nak tau dia solat. macam calon no 2 ni dia ada cerita dia boleh je asuh ramai (take note ya dia jaga 5 orang budak, baby sorang je la anak i ler tu) walau tak pakai maid (ya dia pakai maid) tapi bila pikir senang nak ganti ganti waktu solat tu yang dia pakai juga. Calon ni gak tak entertain orang dari 7.00-9.30pm sebab dia kat surau waktu tu. so kalau nak call after tu boleh. ada banyak lagi contoh yang kita boleh dapat, just jumpa dan try ajak sembang. Mesti boleh trace punya lah.

second: Penyayang
............tu tak bermaksud tak bleh marah anak kita la. I tak kisah kalau dia nak marah anak kita sebab nak disiplin kan dia. ai pun marah gak anak ai bila ai hot (hotmama la katakan ahakssss) hehe idak la selalu ya tak. cukup la dia anggap anak saya macam anak dia gak. sebab beza kalau kita asuh atas dasar uwang dan mengasuh atas dasar sayang. Dah tu macam mana nak tengok. yang ni saya tengok dar segi curiosity dia atas budak yang dia nak jaga. contoh, tanya nama siapa, nak panggil apa, dah berapa bulan and etc. Ni based on first impression lah ya. nak cakap lebih lebih kita pon tak tau lagi macam mana performance dia. so just observe je la ya timah.

third: reacheable
.........tak kisah lah by texting je ke yang penting ada source yang mana kalau emergency dia senang nak call kita atau kita nak call dia. maklumla i ni kadang kadang suka gak balik awal kalau dah abis kelas dan kerja dah siap. so by all means kena la bagitau, kot main terjah je pon mesti dia tak suka kan. habis bangun the other kids yang tengah lena tidur. ye la ai pon tau depa ni tdo berjadual. so we respect them and hope same in returns la ye tak.

hoi banyak nya kriteria. nak cari ramli pengasuh je pon. bukan nak cari jdoh. haha barang diingat, kita selalu harapkan yang terbaik untuk anak anak dan keluarga kita. yang penting usaha untuk yang terbaik. the result tak semesti yang kita harapkan. tapi cukup la kalau menghampiri kesempurnaan yang kita cari. tak cukup sikit sikit tu compromise la kan. adat manusia. tak selalunya sempurna.

amin....