Hati sangat gumbira, kerana untuk kali keduanya saya mempunyai shaker setelah hilang sehari selepas membeli shaker waktu belajar dahulu. Canggih betul kan, seumur hidup baru 2 kali saya membeli shaker, mengapa dan kenapa?.
Image from incik google
Dulu bagi saya, shaker ni amat mahal, maklumla zaman belajar memang kedekut sikit. Gigih juga la beli kerana pensil idaman hati punya penangan. First time pakai memang excited sesangat, tapi hanya sempat merasa selama beberapa jam sebelum hilang keesokkan harinya. Perasaan waktu tu? fuh, sangat dukacita, umpama hilang kekasih hati. Tuhan saja la yang tahu perasaan saya waktu tu. Lepas kehilangan shaker pertama saya, saya jadi fobia untuk membeli shaker lagi sehinggalah, sabtu lepas, suami mengajak saya ke Becon, Glenmarie untuk membeli A4 paper, saya jadi teruja untuk memiliki shaker sekali lagi. Dan kali ini saya memilih warna hitam kerana fobia dengan shaker biru. Haha takut kehilangan kali kedua pula.
Haha, so sekarang ni saya tengah excited menggunakan shaker, sehingga menanda thesis student pun saya pakai shaker.
(Hati sangat teruja sejak sabtu lagi, rasa tak sabar nak guna). Hebat kan penangan shaker dalam hidup saya. Doakan jodoh saya dan
the shaker berpanjangan okey
(wahh siap doa lagi, Haha Jie memang sangat kemaruk ni).
No comments:
Post a Comment