Saya?
Saya rasa saya seorang yang tak pernah langgar peraturan. Cess perasannya. Tapi ya betul, seingat saya, saya tak pernah langgar peraturan-peraturan waktu kat sekolah. Haha tipu, pernah lah sekali dua bila dipaksa prep waktu malam saya skipped. Duduk dalam dorm gelap-gelap, pastu ajak kawan-kawan ponteng sama. Pastu diaorang sibuk study pakai lampu suluh (esoknya test fizik) saya pulak tidur. Hehe hobi saya adalah tidur (bagi yang tak tau lah ye). So keputusan ujian fizik saya fail sama dengan semua kawan-kawan saya yang study dalam gelap itu (haha jahat nya rasa, tapi diaorang marah saya, sebab walau saya fail, markah saya lebih tinggi dari diaorang, uikss riak pula si jie ni)
Tiru waktu ujian atau peperiksaan?
Owhh tidak pernah sama sekali. Sumpah!!! (haiyoo tak takut dimakan sumpah ke? apakah?). Tapi ya betul saya tak pernah tiru. Jawapannya mudah : saya tak berani fullstop. Lagi satu jawapan pilihan, bagi saya tujuan ujian dan peperiksaan itu diadakan adalah untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita terhadap sesuatu perkara.So kalau kau dah tak paham that's it. Tak lulus bermakna memang kau deserved it. Memang betul sistem pembelajaran kita diukur pada merit tapi belajar untuk lulus exam kualitinya memang berbeza dengan kualiti belajar untuk pemahaman kita dimasa depan. Okey murid-murid, ado paham???
Melawan cakap cikgu?
Huh, ada la sikit-sikit bila tak puas hati pada sesuatu. Tapi kes ini hanya terjadi 1% sahaja dalam hidup. Kenapa? sebab saya lebih suka pendam dari menjawab. Especially bila kita tau yang suara kita ni langsung tidak akan didengar, dan bila kita tau yang kita tak akan menang. But it is good what, api tak elok dilawan dengan api, so nak kena lawan ngan apa ye?? Hah harus lawan dengan air kan, haha tapi jangan simbah cikgu anda dengan air pulak ye. Maksudnya disini ya murid-murid, kita kene lawan dengan kelembutan. Wahh macam mana tu? Korang iya kan je semua yang diaorang cakap dulu, pastu bila tengok mood dia dah okey, baru slow talk balik kes yang korang tak puas hati tu. Jangan korang masukkan cikgu korang dalam tong sampah pulak ye hehe, nape tak percaya ke? ada kes tau, someone has told me the story, haha sebab 'someone' tu sendiri yang buat.
Sampai disini saja, renung-renungkan, selamat beramal semua ;)
No comments:
Post a Comment