Friday, November 26, 2010

Emo bila anak menangis tak nak ditinggalkan di rumah pengasuh

Bagi saya memang emo sikit. Sikit ke? Banyak juga la, sampai terfikir nak je cuti kerja bila jadi kes-kes macam ni. Anak baru satu, cuba dah ada dua, tiga dan empat (target nak empat je hehe sebab tu tulis empat, tapi kalau dah rezeki saya terima je) macam mana agaknya life saya kan. Baru sorang dah kelam kelibut macam ni.
...
Naqee akan buat perangai bila dia tak sihat. Selalu nak ibu dia berkepit dengan dia. Lebih tepat lagi selalu nak ibu dia dukung dia kemana saja hatta ke tandas sekalipun. Oppss tak de la sampai macam tu, ibarat je. Sebab bila keadaan mendesak, dan 'seruan alam' dah memanggil-manggil, terpaksa tinggal juga dia kat luar toilet. Biar la menagis teresak-esak pun, air mata berjujuran macam kene pukul pun, hingus meleleh-leleh sekali dengan air liur sekalipun, ibu nak buat macam mana nak, sabar je la kan.
...
Dah dua malam naqee merengek-rengek waktu tengah malam sambil pegang leher dia. Maknanya memang tekak dia tak selesa. Sebab dia ni jenis tak akan bangun malam kecuali nak susu je. Malam tadi, saya buka CD kegemaran dia, dia layan juga la dalam sejam macam tu, siibu pulak dah terlelap (dah lagu pun lagu yang menidurkan, harus ibu tidur lagipun dah jam 12), apa lagi dia sambung menangis lagi daa. Saya bawa masuk bilik, pun tak boleh diam. Suruh tidur lagi la tak jalan. Mahunya dia, saya dukung kehulur hilir. Ibu dah mengantuk sangat memang tak larat nak layan. Kebetulan ayah pulak baru balik. Haha ambil kesempatan la pass batton ibu pun zzzzzzzzzzz.
...
Pagi tadi sewaktu saya hantar dia ke rumah pengasuhnya, dia langsung tak mahu lepas dari dukungan saya. Saya cuba letak dibuaian (pengasuh dia keluar, tinggal anaknya saje, tak tau pujuk tu yang letak kat buaian), mata dia tak lepas pandang dari saya, walaupun saya cuba mengalih tumpuan dia pada kucing, dia tetap melihat saya. Huhu dan seperti yang saya jangka, dia menangis sebaik saje ibunya melangkah pergi. Huh, sebaknya rasa. Ibu balik cepat petang ni ya sayang.
...

Sikecik yang tiada gigi (ada dua sebenarnya, tapi tak nampak). Gambar diambil diatas menara Taming Sari, Melaka

1 comment:

Min said...

jie,
terima kasih sudi menjenguk dinoor blog. semoga naqee membesar dengan sihat dan kuat... doakan mawaddah kami ye...