Monday, November 8, 2010

ayah dan ibu

Semalam ketika pulang dari kampung, didalam kereta, suami memasang CD lagu-lagu sudirman. Ayah & Ibu- Lagu yang berjaya mengusik sanubari lantas mengundang gerimis dihati langsung sedikit genangan air mata bertakung.

Ya, saya masih bertuah kerana masih mempunyai kedua ibubapa lagi. Moga Allah terus mengurniakan kesihatan yang elok kepada kedua ibu bapa saya amin.

Lagu ini masih tidak gagal untuk mengingatkan saya bertapa saya harus terus terusan menyumbangkan jasa dan bakti, menghormati dan menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi saya sewaktu saya kecil lagi. Ya mungkin saya tidak begitu mewah dengan harta benda, namun mereka melimpahkan segunung kasih sayang yang tidak terperi. Membentuk saya sepertimana saya sekarang. Moga kalian diluar sana menghargai ibu bapa anda dan semoga kita tidak lupa meletakkan mereka ditangga pertama diatas setiap tingkah laku dan tindak tanduk kita.

Ayah dan ibu - Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormatAhai...
Bagilah tunjuk ajar danNasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

No comments: