Hadoila..
Lama sungguh tak bertemuduga.
..........
Skill dah hilang ni.
Walaupun selalu dok bercakap kat depan orang, masih lagi rasa nervous. Tak tahu kenapa?? Kenapa dan kenapa. Harus figure out mengapa. Ada tips?
Oleh itu, harus asah balik bakat menjawab yang sememangnya amat lemah. Dunno why, nervous always blown up my mind during presentation session.
So kena lah google tips-tips yang mungkin membantu ketika sesi temuduga nanti kan. Ini antara tips yang saya dapat. So dengan baik hati saya rumuskan (walaupun kerja menggungung, gigih juga la take 20 mins, sebab dah lama sangat tak update any news):
- Bercakap benar. Tak tahu cakap je tak tahu. Jangan nak memandai-mandai tunjuk pandai.
- Perkenalkan diri secara ringkas namun padat, sedikit latar belakang, keluarga, persekolahan dan kegemaran aktiviti anda.
- Elak dari berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu. - Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu. - Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
- Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
- Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
Info ini saya dapat dari sini.
So, gud luck me !!
4 comments:
cik gee, ko ada interview apa? anyway, gud luck ye!!
Interview DM45
wow! gee naik pangkat ;)
how was the interview? story la..
wow azee dah ada blog.. hehe sekian terima kasih
Post a Comment