Monday, November 29, 2010
Friday, November 26, 2010
Emo bila anak menangis tak nak ditinggalkan di rumah pengasuh
Sikecik yang tiada gigi (ada dua sebenarnya, tapi tak nampak). Gambar diambil diatas menara Taming Sari, Melaka
Wednesday, November 24, 2010
Bagaimanakah attitude anda dizaman sekolah?
Saya rasa saya seorang yang tak pernah langgar peraturan. Cess perasannya. Tapi ya betul, seingat saya, saya tak pernah langgar peraturan-peraturan waktu kat sekolah. Haha tipu, pernah lah sekali dua bila dipaksa prep waktu malam saya skipped. Duduk dalam dorm gelap-gelap, pastu ajak kawan-kawan ponteng sama. Pastu diaorang sibuk study pakai lampu suluh (esoknya test fizik) saya pulak tidur. Hehe hobi saya adalah tidur (bagi yang tak tau lah ye). So keputusan ujian fizik saya fail sama dengan semua kawan-kawan saya yang study dalam gelap itu (haha jahat nya rasa, tapi diaorang marah saya, sebab walau saya fail, markah saya lebih tinggi dari diaorang, uikss riak pula si jie ni)
Tiru waktu ujian atau peperiksaan?
Owhh tidak pernah sama sekali. Sumpah!!! (haiyoo tak takut dimakan sumpah ke? apakah?). Tapi ya betul saya tak pernah tiru. Jawapannya mudah : saya tak berani fullstop. Lagi satu jawapan pilihan, bagi saya tujuan ujian dan peperiksaan itu diadakan adalah untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita terhadap sesuatu perkara.So kalau kau dah tak paham that's it. Tak lulus bermakna memang kau deserved it. Memang betul sistem pembelajaran kita diukur pada merit tapi belajar untuk lulus exam kualitinya memang berbeza dengan kualiti belajar untuk pemahaman kita dimasa depan. Okey murid-murid, ado paham???
Melawan cakap cikgu?
Huh, ada la sikit-sikit bila tak puas hati pada sesuatu. Tapi kes ini hanya terjadi 1% sahaja dalam hidup. Kenapa? sebab saya lebih suka pendam dari menjawab. Especially bila kita tau yang suara kita ni langsung tidak akan didengar, dan bila kita tau yang kita tak akan menang. But it is good what, api tak elok dilawan dengan api, so nak kena lawan ngan apa ye?? Hah harus lawan dengan air kan, haha tapi jangan simbah cikgu anda dengan air pulak ye. Maksudnya disini ya murid-murid, kita kene lawan dengan kelembutan. Wahh macam mana tu? Korang iya kan je semua yang diaorang cakap dulu, pastu bila tengok mood dia dah okey, baru slow talk balik kes yang korang tak puas hati tu. Jangan korang masukkan cikgu korang dalam tong sampah pulak ye hehe, nape tak percaya ke? ada kes tau, someone has told me the story, haha sebab 'someone' tu sendiri yang buat.
Sampai disini saja, renung-renungkan, selamat beramal semua ;)
Tuesday, November 23, 2010
Eency Weency Spider
Naqee sangat gila kan lagu ini dan juga humpty dumpty dan juga I'm a little teapot. Sangat suka. Walaupun tidak menari atau tidak menunjukkan sebarang response, kadang-kadang je tengok ibu senyum sambil tepuk tangan, selebihnya dia lebih suka melihat tv dengan khusyuknya. Ayah kata naqee malu-malu kucing bila ibu suruh menari padahal dalam hati sangat teruja tapi tak nak tunjuk haha terer ayah baca isi hati anak bujang dia nih.
Macam mana nak tau bila naqee nak tengok CD ini?
Caranya mudah, dia akan menghulurkan buku (Beli buku dapat CD audio sekali) pada ibu (tidak sekali-kali pada ayah, sebab ayah malas nak layan). Selagi ibu tak buka CD ni selagi tu la dia akan merengek. Kadang tu kami terpaksa sorok buku tu sebab kalau dah 18 kali sehari tengok memang pengsan ;)
So itu saja untuk hari ini. Ibu nak pergi interview lagi ;) bye bye semua
Monday, November 22, 2010
2 tahun
Saturday, November 20, 2010
Sabtu
Berlainan dengan minggu ini, ayah minta untuk berehat dirumah saje. Takde jalan-jalan, tidak juga ke gombak. So, ibu request to go to tesco to buy some kitchen stuff. Dah lama tak ke tesco juga thiiiiiiiiiiiiiiii..
Tengah jalan-jalan ibu terjumpa dengan kain macam kain felt. Ibu beli sebab dah lama rancang nak cuba-cuba jahit guna kain felt ni. So ini hasilnya.....(hasil kerja kelam kabut sebab sambil jahit, sambil masak haha...hari ni ibu masak sup ekor dan begedil je)
Oh ye, eksperimen ini dijalankan pada sarung bantal naqee
Ibu tak berapa puas hati, sebab tak kemas dan padanan warna yang kurang menyerlah. Mungkin boleh cuba lagi lepas ni. Maklumla sekarang ada masa sikit, so boleh cuba gerakkan otak kanan pula ;) Good luck ibu..
Friday, November 19, 2010
First time join contest 'Show Your Teeth Baby Contest'
Nama penuh :
Saya hidangkan gambar sikecil harraz anaqi. Gambar tidak sempat diedit memandangkan ketiadaan adobe ilustrator. Rancangan saya, mahu mengkaburkan image ibu dan ayah dan menukar warna kepada warna hitam putih agar hanya gambar si peserta saja di tonjolkan.
(sorry ye linda, letak lebih-lebih pulak, boleh diterima ke?)
Naqee with ayah...
Naqee with ibu pula
Exercise
Terbaru, dia menggunakan tongkat moyangnya menjadi seperti mesin potong rumput, huh nasib baik nyang tak marah macam mana nyang marah anak sepupu ayah hehe nasib baik kamu naqee.
Naqee juga sudah pandai exercise menggunakan bola. Ala-ala imej dibawah. Tak sempat nak ambil gambar dia waktu kejadian hehe
Pasni ibu belikan bola besar pulak ye!!! kepada incik suami, sila contohi usaha anak anda untuk mengempiskan perut ye ;)
Tuesday, November 16, 2010
Temuduga oh temuduga
- Bercakap benar. Tak tahu cakap je tak tahu. Jangan nak memandai-mandai tunjuk pandai.
- Perkenalkan diri secara ringkas namun padat, sedikit latar belakang, keluarga, persekolahan dan kegemaran aktiviti anda.
- Elak dari berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu. - Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu. - Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
- Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
- Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
Info ini saya dapat dari sini.
So, gud luck me !!
Wednesday, November 10, 2010
Tangisan si ibu di pagi hari yang hening (haha tajuk agak kontroversi okey) tapi jangan risau sila baca hingga perenggan terakhir
Bila si ibu perasan yang harraz anaqi bermain seorang diri diluar rumah tanpa pengawasan si ayah, lalu si ibu berkejar keluar dan mendapati anaknya memegang pestiside dan baru saja termuntah. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!. Apa yang saya takuti akhirnya terjadi. TIDAKKKKKKK.
Sangat sadis okey. Hampir saja saya ambil emergency leave (EL) tapi bila mengingatkan yang ada kerja penting yang perlu saya lakukan hari ini, dengan berat hati saya gigihkan diri juga datang office. Saya yakinkan diri yang dia pasti okey sebab anak saya kuat (amin, Ya Allah Lindungilah anakku ini).
Ini antara emergency action if u facing this situation (fakta ini saya dapati dari incik google, tapi terlupa apa nama web dia)
- Jauhkan racun dari anak anda
- Minta anak anda ludahkan racun tersebut- Ayah atau ibu boleh gunakan jari jemari anda okey
- Jangan cuba buat anak anda muntah-melainkan dengan nasihat doktor
- Jika anak anda telah muntah, sila kumpul muntah untuk mengenalpasti jenis racun.
Tapi saya amat bertuah kerana pesticide itu sudah dilarutkan terlebih dahulu plus harraz anaqi terus muntah sebaik saja kejadian tersebut berlaku.
Moralnya, jangan sekali kali membiarkan anak anda seorang diri tanpa pengawasan dan sila simpan segala jenis racun didalam tempat yang berkunci.
Monday, November 8, 2010
ayah dan ibu
Ya, saya masih bertuah kerana masih mempunyai kedua ibubapa lagi. Moga Allah terus mengurniakan kesihatan yang elok kepada kedua ibu bapa saya amin.
Lagu ini masih tidak gagal untuk mengingatkan saya bertapa saya harus terus terusan menyumbangkan jasa dan bakti, menghormati dan menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi saya sewaktu saya kecil lagi. Ya mungkin saya tidak begitu mewah dengan harta benda, namun mereka melimpahkan segunung kasih sayang yang tidak terperi. Membentuk saya sepertimana saya sekarang. Moga kalian diluar sana menghargai ibu bapa anda dan semoga kita tidak lupa meletakkan mereka ditangga pertama diatas setiap tingkah laku dan tindak tanduk kita.
Ayah dan ibu - Sudirman
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormatAhai...
Bagilah tunjuk ajar danNasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
Monday, November 1, 2010
The Shaker
Haha, so sekarang ni saya tengah excited menggunakan shaker, sehingga menanda thesis student pun saya pakai shaker. (Hati sangat teruja sejak sabtu lagi, rasa tak sabar nak guna). Hebat kan penangan shaker dalam hidup saya. Doakan jodoh saya dan the shaker berpanjangan okey (wahh siap doa lagi, Haha Jie memang sangat kemaruk ni).