Wednesday, January 4, 2012

petisyen untuk penjual roti

Hai selamat tahun baru 2012 semua. Walau agak lewat 4 hari baru nak ucap tapi still dalam mood tahun baru kan. So selamat tahun baru semoga tahun baru ini akan memberi lebih kebahagiaan dan kegembiraan buat anda semua.

Hehe semalam masa balik dari kerja, saya tertanya satu soalan bodoh kat incik suami yang tengah sakit kepala sebab hari ni nak exam. Teeeet, ye suami saya nak exam saya pun terkena tempiasnya. Pening semalam buat kerja rumah dia, maklumla dah lama tinggal subject bertuah tu. Nasib baik isteri ni pernah juga la ambil Heat Transfer masa undergrad dulu. Tapi dulu ye, sejak dah tinggal lama ni berdesing juga la kepala nak mengimbau kenangan sambil diselang seli dengan kerenah anak kecil yang nak simpati mak dia yang tengah terkerut-kerut dahi concentrate buat assignment. Ok, soalan saya pada incik suami

" Awak, burung ada perasaan gayat tak masa terbang"

Amacam geliga tak otak si isteri? hahaha, agak-agak apa jawapan sisuami (yang tengah pening kepala tu). mmmm tak yah tau la ;)
Agaknya macam ni kot orang yang lalu depan umah saya. Gambar dari SINI

Malam yang hening...

pon pon pon pon.....split second dah tak dengar.

"Awak nak beli roti?"

"mmmmm........" siisteri tengah mencongak sifir empat angka

"Dah tak payah fikir, dah terlepas pun pakcik jual roti tu"  Jawab si suami belum sempat siisteri jawab ya.

"ok" tanpa perasaan si isteri menjawab sambil terus mencongak sifir empat angkanya.

" Saya pelik la pakcik jual roti ni, kata nak jual roti tapi laju je dia bawak motor, macam mana  orang nak beli, baru dengar hon, nak buka pintu pun tak sempat tau-tau dia dah takde. Macam ni macam mana nak buat sale" Bebel si suami frust tak dapat beli roti.

"ok"  jawab siisteri yang pelik kenapa dengan sifir empat angkanya yang masih tidak dapat dicongaknya.

"Lain kali, saya nak keluar cepat-cepat pastu tahan pakcik tu cakap dengan dia, cuba pakcik berhenti kat satu tempat barang seminit dua, pastu bunyikan hon, macam ni baru orang sempat nak keluar, beli roti dari pakcik"  sisuami dengan idea geliganya.

"ok, nanti saya hantar petisyen untuk pakcik roti tu ya"

Sekian terima kasih. Pada pakcik-pakcik roti kat luar sana tu, sila la dengar petisyen dari kami yang malas nak keluar pergi kedai ni ya. Kami bukan tak nak beli roti pakcik, cuma kami tak sempat nak kejar pakcik, pakcik laju sangat merempit.

No comments: