Wednesday, January 25, 2012

Zoo negara dan main air di ulu yam

Cuti Tahun Baru China tahun ni kami tak kemana. Spent masa kat sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur saja. Sebab tak plan balik johor hanya plan balik Gombak sebab atok kata dah lama tak balik Gombak (hehe padahal baru 3 minggu je, tapi sebab jarak Shah Alam dan Gombak tu cuma 30 minit masa pemanduan tolak jammed sebab semua orang keluar KL masa cuti panjang ni ;)

Jom layan gambar. Oii nak rasa selalu dah mak bawak gi tengok ikan, tapi kekaguman ko pada ikan memang tak leh nak dibendung lagi. Cuba tengok anak mokcik ni hah.
Aquarium, Zoo Negara
Lepas dah penat tengok binatang ko pun nak join panjat ke naqi. Hehe tinggi pokok tu nak, jangan harap la ko nak panjat, takat panjat tangga pun berani-berani seram, inikan pokok yang takde tangga tuh ;) hehe

'Bu, bu lepant" ye jom kita tengok elephant, tu hah elephant tu pun tak nak tengok ko nak. hehe


ye ye saya tau, ni pehal pulak dalam zoo ada sungai bagai. hehe ni gambar kat ulu yam. saya takleh nak bawak naik atas. Kami pergi mandi kat ulu yam keesokkan harinya, sebab budak kecik ni tak pernah mandi sungai lagi ;)

Haha sambungan cerita kat zoo negara. Meneruskan kekaguman budak kecik ni dengan tapir atau cipan. Huhu sekali imbas dah macam panda saya tengok

Sambung balik kat ulu yam. muka masa mula-mula letak dalam air. Cian dia sejuk. sungguh-sungguh dia tak nak rendam kaki ;)


Dan akhirnya, lepas hampir sejam berendam. Naik air terus mintak makanan, kelaparan dia. 2 ketul paha ayam dia ngap. Tak cukup dalam kereta terus mintak susu sebelum terlelap dengan lenanya sambung kat rumah atok, kul 5 petang baru bangun tido.


Sekian sahaja cuti panjang kami. Penuh dengan aktiviti tapi kami puas sebab budak kecik tu nampak sangat happy. yeay misi tercapai walau tak melabur banyak duit ;)

No comments: