Rutin hari selasa yang biasa. Buat kerja yang tak habis-habis, dah boring buat kerja melangut depan PC buka web-web yang tak sepatutnya (yang tak sepatutnya adalah membawa maksud, 'anda tidak dibayar gaji untuk melihat web-web ini ya haha seperti online shop, Mudah. my, Wanita Melayu dan sebagainya. Hehe apakah kerja nak shopping je awok ni).
Ok semalam saya tengah mengkaji (sebenarnya bukan mengkaji, sebab cuma google je, takde la buat eksperimen kat lab bagai) " kenapa lepas makan belacan hidung saya akan serta merta gatal, huh tergaru-garu macam kangaroo (hehe dah mula mengarut) ?". Ya saya tau sebab saya ada resdung. Eh semua orang pun ada resdung tapi kadar ketepuan hama resdung itu adalah berlainan untuk setiap orang. Cuma masalahnya, saya tak ada jumpa lagi kajian saintifik terhadap apakah kandungan sebenar fermented shrimp paste ni yang boleh menyebabkan hama-hama resdung tak duduk diam. Haha mungkin boleh cuba untuk tajuk FRGS 1st cycle 2012 ni ;). Cam boring je kan nak belajar biologi yang FAIL nih. Mana tak fail, nak sebut psedomonas pun terbelit lidah. Lagikan nak sebut term lain yang melampau-lampau ejaan dia. Terfikir la macam mana diaorang come out dengan nama yang berbelit-belit lidah nak sobut tu hah.
sedap kan sambal belacan INI |
Ok dan baru kejap tadi saya tengah nak fahamkan gambar kat bawah ni. Letih exercise minda ni.
Nama dia dragon ball Z double Z. Sumber dari incik Wiki - wiki |
Nama gambarajah kat atas ini adalah glycerol. Ok glycerol merupakan produk sampingan (by-product) of Biodiesel. Cara nak buat Biodiesel ya puan-puan (haha orang letak resepi makanan , saya letak resepi nak buat minyak kereta, haha bedal je la labu) adalah dengan mencampurkan palm oil or any vegetable oils dengan alkohol (biasanya depending on what are your intention whether to produce ethyl ester or methyl ester, biasanya kita nak produce methyl ester yang bila dah dicampurkan dengan diesel 5%, 10% atau 20% akan dikenali sebagai biodiesel B5, B10 dan B20 ya puan-puan). Glycerol biasanya kita tak mau atau kita kena further treat to be used in pharmaceutical industry which requires very high purity of glycerol. Hehe pening dah? belum lagi kan. so saya cuba nak fahamkan polarity of hydroxyl group yang menyumbang kepada electronegativity of the glycerol. Fuh tak paham-paham sampai sekarang, slow sungguh speed neuron kat dalam kepala saya sekarang. Agaknya nak overhaul kot dah ni. Sila makan kismis banyak-banyak ok.
Pandai eksen dah kan budak kecik ni |
Budak kecik baju hitam kat atas ni sekarang dah matured sikit. Hehe matured tahap kanak-kanak la. tapi jadi tak matured bila nampak mak dia pegang baby lain. (huh macam mana nak proceed plan G ni). Kalau dulu asyik nak bergaduh je ngan rakan sebaya, tapi sekarang dah mula faham erti 'apa yang penting kerjasama' hehe bukan-bukan 'sharing'. Kurang la adegan berebut mainan dengan orang lain. Makanan kegemaran pulak adalah kurma dan makanan tak berapa nak gemar adalah nasi. Susah sungguh nak pujuk dia makan nasi sekarang ni. Mana la tak susut badan awak ni nak. Kang masak spagheti sah-sah awak reject. Marilah berdoa mak awak rajin masak yang comel-comel macam mak-mak yang lain ok (huh azam tahun baru mak gak tu nak).
No comments:
Post a Comment