Wednesday, December 29, 2010

cesar pelli

pernah dengar nama dia ni tak?

dulunya saya tak tau, tapi selepas melihat discovery channel semalam baru saya tau siapa dia ni

KLCC?

boleh kaitkan tak? shhhhh..bagi yang dah tau sila diam-diam okey. biar saya, cik kiah yang agak ketinggalan zaman ni bercerita okey? boleh tak? kira boleh la kan.

he is an architect from pelli clarke pelli architect. so sudah boleh kaitkan ke kawan-kawan? hoyeee, kamu semua sangat bijak (tepuk-tepuk tangan). ya, dia merupakan salah seorang dari berjuta jurubina didunia yang rekaannya terpilih untuk mereka-bentuk menara kebangaan Malaysia, KLCC. dari beribu (mungkin lebih) rekaan yang dihantar dalam pertandingan yang dianjurkan untuk membina menara KLCC, rekaannya terpilih berdasarkan ciri-ciri asli, kebudayaan dan nilai estetika masyarakat malaysia. ya, kredit juga harus diberikan kepada semua kumpulan yang terlibat dalam merealisasikan hasrat warga malaysia yang satu ini, membina menara kebangaan malaysia.
...
saya akui yang saya sangat-sangat terharu selepas melihat dokumentari ini. mula la semangat kebangsaan berkobar-kobar. yela siapa tak bangga dengan segala usaha yang dilakukan untuk memartabatkan malaysia dimata dunia. KLCC dibina dalam masa 3 tahun saja. bayangkan. susah nak dibayangkan kan. dalam nak membina menara berkembar tertinggi didunia ketika itu (1998), kepakaran yang terhad, juga bahan binaan yang juga terbatas, kita berjaya juga membina bangunan setinggi 452m.
...
okey sedikit rumusan dari tontonan saya semalam (bersama anak bujang dan juga bapa anak bujang yang sakit pinggang) adalah:
  1. dari jumlah masa 3 tahun pembinaan, 1 tahun diperuntukkan untuk membina basement (tapak asas) dan bakinya, 2tahun untuk menyiapkan kedua-dua menara berkembar. anggaran 4 hari untuk menyiapkan 1 tingkat (dinyatakan masih merupakan masa terpantas didunia yang diambil untuk menyiapkan 'giant building' ahaaa... bangga daku)
  2. memandangkan sumber asas yang terhad ketika itu disamping limitasi kos dan masa, menara KLCC dibina menggunakan konkrit tidak stainless steel seperti bangunan besar lain didunia.( okey, sebab tu basement pun ambil masa 1 tahun, asas kena kukuh nak tanggung load konkrit ni plus type of soil , okey sila rujuk tajuk strength of material, jika anda pelajar kejuruteraan, jika tidak boleh tanya incik google aka professor serba tau).
  3. rekabentuk KLCC banyak dipengaruhi dengan senibina islam atau senang katanya masjid. kalau korang tengok, puncak menara macam kubah masjid, tapak asas nya juga seperti ukiran dalam masjid tu (macam bintang, overlapping of square). kata achitectnya, menara KLCC ni mewakili malaysia, so dia nak tonjolkan ciri-ciri malaysia.
  4. tragically, masa dah naik 40 tingkat, jurutera dapati menara yang dibina ada senget beberapa milimeter, so panic la semua jurutera-jurutera yang terlibat. yola, kang nanti instead of build a nice vertical building terbina pula menara pisa. oh sadis sungguh. you know what i mean, beberapa mm akan menyumbang kepada beberapa cm towards the upper of the towers. itu yang diaorang tak nak.

well, kalau korang nak detail explaination about our towers, boleh la selak-selak mana-mana KLCC punya article okey. yang penting, saya sangat bangga dengan KLCC ini walaupun saya dah kurang kesana diatas beberapa faktor yang saya tidak akan kongsi disini :). sehingga berjumpa lagi kawan-kawan. wish that i am one of the engineer involved masa itu. rasa sangat mencabar okey. daaaa ~_~)^

A & B

Oh hari ini saya becuti lagi (nak habiskan cuti sebab tak boleh carry foward). seperti biasa saya tak akan boleh duduk diam tanpa membuat apa-apa aktiviti. ketika naqee tidur, ini la kerja ibu dia ;)

karung berisi kacang hijau, yang ada huruf A berwarna kuning di satu bahagian dan....

huruf B berwarna pink dibahagian yang lain... sebagai accessories, nak letak bola macam gambar kat bawah ni...


tapi naqee da rebut dulu. so saya akan tampal kemudian... ok got to go, naqee dah bising-bising berebut mouse dengan saya.


Monday, December 27, 2010

chubby

selak punya selak saya terjumpa dengan gambar-gambar anaqi sewaktu kecil. chubby juga rupanya anak bujang saya ni. gambar-gambar ini diambil sewaktu umurnya 5 bulan. waktu ini, anaqi dibawah jagaan saya sepenuhnya. dengan kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya, maka ini lah hasil.
anaqi sewaktu majlis perkahwinan cik nornya. waktu ini, saya masih menyusukan anaqi sepenuhnya. tanpa bantuan susu formula. saya percaya yang susu ibu adalah susu terbaik didunia ini. susu ibu juga susu termahal yang tak terbanding dengan mana-mana susu termahal yang mana khasiatnya juga tidak terbanding. subhanAllah.
lihat budak tembam yang tak mahu duduk diam didukungan ibunya. oh ya ibu yang dibelakang itu pula merupakan isteri sepupu saya. anaknya hampir sebaya dengan anaqi (tua anaqi sebulan), she is expecting her second child in the next 2 months if i'm not mistaken.

anaqi with his ayah.tengok saja bertapa bulatnya pipi, tangan dan kakinya. sekarang budak tembam ini sudah tidak setembam dulu lagi. saya juga tidak lagi menyusukan sejak anaqi berumur 9 bulan. agak sedih namun akur dengan kesilapan sendiri, tak menjaga permakanan sepertimana sewaktu dalam berpantang dulu. owh how i missed the feeling when i am breasfeeding you son ;) got to go. eventhough i am on leaved tommorow doesn't mean i don't have to woke up early. am i?

cuti-cuti christmas lepas

Pertamanya kami menghadiri anak buah suami, myiesha 3rd birthday celebration. Happy birthday Myiesha rihanna naufal!!! lihat anak bujang saya, behave je duduk sebelah birthday girl.
beza betul dengan sambutan hari jadi dia beberapa bulan lepas. owh dah dewasa rupanya harraz anaqi saya ni ;)
diam je tengok kakak icha potong kek. good boy ;)

ice cream cake. tengok ice kat sebelah tu. berasap-asap, maklumla negara kita kan panas.


oh ya, ni pula cottage pie yang saya bawa untuk santapan majlis hari jadi tersebut. gambar pie sebelum dibakar.

sekian saja laporan saya. oh ya handphone incik suami hilang waktu pulang dari majlis ni. nasib baik cuma nokia dia je yang hilang, kalau berry nya hilang sekali mau menangis dia hehe. tu la 'dunia je' kan, Allah bagi cash kat awak. ceritanya macam ni....

'masukla kereta tu' kata incik suami. 'awak start la kereta dulu, panas la' sambut saya sambil bermain-main dengan naqee. 'dunia je' dalam nada perli sambil meletak handphone diatas bumbung kereta. si isteri pula buat tak tau dalam hati pelik lak, tak pernah keluar ayat-ayat macam ni.takpe-takpe sabar je
...
situasi dalam kereta pula, 'eh, mana phone saya? 'sambil meraba-raba poket. muka dah pucat, dan mula la kalut. 'awak letak mana' tanya siisteri. 'atas keta'. terus bagi signal dan berhenti ditepi jalan 'nokia takde, cuai la saya ni' kata suami merungut-rungut atas kecuaian sendiri. isteri pula ' dunia je'. hahahaha suami gelak ' kenakan orang eh'....

sekian terima kasih ;)

Sunday, December 26, 2010

FREE

care to find almost everything for FREE???? yes it is FREE.. say it loud FREE !! i like ;)
...
oppss have to mention that, I am not giving you guys a FREE shirt, a brand new FREE house nor a FREE home theater set, but I am giving you this LINK to find files, softwares or even electronic books for free.
...
I'm glad to share this link as it is benefited me so much last few weeks (yes, i just noticed that using this website we can find almost everything (some might not be available here) coz before i used the web just for downloaded songs, funny and horrible okey!! plus pity me!!! pandai cari lagu je kiah, nampak sangat haha).
...
for those who love with editing photo works, maybe you can download adobe photoshop and shutterfly studio.
for those who love or have to 'love' draw molecular arrangment of certain chemicals might use chemsketch software. and yes, you can download the tutorial which available there too.
for those who love song the most (memang tak hidup kalau takde music), definitely you can simply downloaded all of your favorite songs in this web by typing the title only (owh senangnya).
and of course a lot more of excitement of downloading is available here. and if you care to sharing you are invited to upload tooo...
...
so enjoy the web babe ;) oh yes, the name of the web is www.4shared.com. Happy searching!!

Friday, December 24, 2010

mode saya : happy (sekejap sebelum meeting jap lagi)

gambar naqee paling bawah sekali.

yeay!!! seronok rasa masuk pertandingan ni kan.
...
pehal la saya ni kan. macam tak pernah masuk pertandingan pulak. thiiii sebenarnya gembira bagi pihak anak saya. ni pun sebenarnya kerja ibu dia. anak dia tak tau apa-apa pun.
...
ya berbalik pada pertandingan, saya yang baru berjinak-jinak berblog ni bergatal-gatal la masuk give away contest. mungkin bagi yang aware, ada terperasan satu entry lepas saya dan juga di side bar saya tentang pertandingan 'show your baby teeth' anjuran lyn. so siapa yang nak tengok gambar anak-anak comel menunjukkan giginya. boleh la masuk sini ya. super comel dan hati pun boleh gembira bila tengok muka anak-anak yang ceria sambil menunjukkan giginya.
...
dan hari ini lyn akan menamakan top 50 anak-anak yang berjaya. 'mesti ko nak menang kan jie" haha mesti ada yang kata macam tu kan (haha kalau tak de sah saya perasan sorang diri thiiii LOL). tapi sebenarnya saya tak kisah, sebab itu bukan matlamat saya. matlamat saya cuma nak tengok gambar naqee di blog orang lain pulak LOL lagi sekali. apa la motip saya ni kan. haha apa-apa pun, gud luck semua contestant ya. okey tak bulih nak tulis panjang-panjang lagi sebab nak gi meeting dah. daa semua. assalamualaikum

Thursday, December 16, 2010

Projek terbaru

Sedang mencari idea untuk membuat 9 dulang hantaran sebab adik lelaki saya akan berkahwin awal bulan febuari depan. Hiyaaaaa!!! bersilat jap. Dah lama tak berjinak-jinak dalam bidang kreatif ini. Maklumla, saya ni tak kreatif mana. So harus perah idea yang memang kering ni seperah-perahnya (hahaha statement yang sangat tak sesuai).

Nak tau apa idea saya
  1. Tema macam zaman greek, guna tali dan daun-daun. Tali lilit la kat sekeliling base pastu daun-daun lekat kat base. So warna yang difikirkan adalah coklat untuk tali-tali, hijau untuk daun-daun dan putih untuk base dulang.

Bahan pertama :Tali (sumber google)


Bahan kedua : Daun (sumber google)


Bila dah jadi nanti saya cuba tepek gambar kat sini okey atau mana tau idea bertukar pun saya akan kongsi kat sini.

Wednesday, December 15, 2010

lawatan cik kiah ke cameron

2 Minggu lepas kami bercuti-cuti ke Cameron Highland (6-8Dec 2010). So tak nak citer banyak, just layan je all the photos okey...
Naqee berjaya untuk mengekalkan snowcap nya
jom petik strawberry. RM 40 sekilo

Hijau lagi. Owh love green, Love the guy in the photo too ;)


Ayah try pujuk naqee pakai snowcap



Lautan kaktus yang sangat menawan hati
Strawberry icecream. Sangat sedap!!!!! beli kat Al-Mashoor, Kg Sedia. RM2 je. Kalau kat Lecka-lecka RM6. Rasa sangat superb. Cuba lah kalau ke Cameron tau. Ditanggung halal.
Susah betul nak dapat pose menarik anak bujang sorang ni
'Kami menginap kat sini' kata Naqee
Kami di hadapan Greenhill Apartment. Kami menginap kat sini.
Love the greenish scenery. Wish my home is here ahaksss.

Kami diladang teh. Bharat Plantation.

Ladang getah yang sudah ditebang dan akan diganti dengan tanaman kelapa sawit. Budakk yang menguruskan berusia 21 tahun. Sangat rajin dan kagum dengan semangat budak ni, lupa nak amik gambar budak ni thiii..

Melawat kucingsebelum naik ke cameron..oppps silap, melawat kampung ayah mertua kat tapah, perak. Kucing ini sangat comel okey, mata biru ;)

Friday, December 10, 2010

Ibu, mak, mama, mummy

Disuatu pagi yang hening dan sejuk (sebab waktu kejadian kat tempat yang sejuk)

Naqee: ma ma ma
Ibu: Ibu la naqee (huh anak den ni bila tahun nak nyebut ibu, asyik dibantainya ma ma ). Lalu Opah pun menyampuk.
...
Opah: Hah kan senang kalau panggil mama. Kenapa nak panggil ibu gak. Korang kan dah panggil Ibu ni ibu. Orang sekarang kan suka panggil mama ke mummy ke?
Ayah: Ala diaorang moden, kami ni tradisional lagi.
Ibu: (Ibu lak menyampuk sambil membetulkan snowcap naqee yang asyik tertanggal, uhuks bukan tertanggal tapi ditanggalkan oleh tangan sikecil okey) Kalau mother's day dalam bahasa kita kan 'Hari Ibu' diaorang tak panggil 'hari mama, hari mummy ke'.
Opah: Ye tak ye jugak kan. Haha so mana hadiah hari ibu?

Ibu + Ayah:@$^^%*&(&*()*()*()*). Hadoiiiii bukan dah lama ke hari Ibu ;)
...
Moral cerita ini: Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun telah mati. Teeeeeetttt!!! bukan itu moralnya. Moralnya, panggilan tu tak penting. Kita bebas memilih panggilan dan tentunya yang baik-baik saja. Kata-kata itu kan doa, jadi kalau kita memanggil seseorang dengan panggilan yang baik-baik umpama kita mendoakan mereka. Ibu, Mama dan Mummy adalah orang yang sama. Jadi bukan isu besar pun kan apa pun panggilan anak pada maknya kan hahaha.
...
Sejak dulu lagi saya impikan anak-anak saya memanggil saya dengan panggilan IBU, tak tahu kenapa rasa sangat keibuan bila ada orang panggil saya IBU haha walaupun tak de lah keibuan sangat.

Thursday, December 2, 2010

Burger apa pilihan anda?

Image dari siapa lagi kalau bukan en google. Sebab saya malas nak upload gambar okey ;)
...
Filet O-Fish tentunya...
...
Saya peminat tegar ikan. Haruslah saya pilih Filet-O-Fish bila makan kat Mc-D. Kenapa saya cakap pasal burger ya. Sebab ini adalah makan tengahari saya hari ini. Hari ni je pun, sebab biasanya tengahari saya akan makan nasi. Jarang-jarang, kadang-kadang makan fast food ni. Ubah selera la katakan.
...
Seingat saya kan, FOF inilah antara menu pertama yang saya pilih sewaktu kali pertama diperkenalkan dengan makanan-makanan fastfood ini. Dan, hingga kini, saya dengan mudahnya dengan lancarnya menyebut, "Filet-O-Fish eh dik, regular' kat kaunter McD. Haha especially bila malas nak fikir menu lain.
...
FOF mengingatkan saya pada zaman belajar dulu kala. Waktu pulang dari kampung, kalau malas nak naik bas, saya akan pergi ke Kl Sentral, makan-makan kat McD Kl Sentral (saya ni jenis yang tak suka makan kat perhentian-perhentian bas, biasanya kalau lapar tahap cipan mengganas, saya akan beli sekotak Milo dan sebungkus jambu batu ???? kenapa mesti jambu batu? apakah?bukannya mengenyangkan pun, tapi tak kisah, suka juga nak beli jambu batu) pastu naik komuter sampai shah alam. Begitu la rutin saya sepanjang 4 tahun berjuang di shah alam ini. dan tentunya menu kegemaran adalah FOF (sumpah tak order menu lain kat Kl sentral tu haha sangat loyal okey).
...
Bila dah setia sangat dengan burger jenis ini, jom kita tengok pula nutrisinya..

Dari Google juga thiiiiii

Waaah, lihat saja kandungan lemak dan kolestrolnya. Kandungan garam (a.k.a sodium) nya juga tinggi. Mak datuk banyaknya kan!!! major compound pulak tu.. harus lah ia dapat D+ Nutrition grade untuk Nutritional Analysis (info disini). Ahakss, ada saya kesah ke? hehe kisah jugak lah, tapi sekali sekala tak kisah lah kot. Walaupun peminat tegar namun kekerapan saya makan FOF ini cumalah sebulan sekali saja. Itu dipanggil peminat tegar ke??? tak kisah lah. So kawan-kawan, saya nak abiskan dulu makanan tengahari saya ni ye...Tata!!!!

Wednesday, December 1, 2010

Emo, Elmo atau Nemo

Hehe takde satu pun dari tajuk diatas yang berkait dengan apa yang saya nak kongsi kat sini
...
Jujurnya hari ni hati saya tersentuh lagi bila terbaca blog seorang ibu yang kehilangan anak perempuannya. Huhu, sensitifnya saya ni kan. Bila dah jadi ibu ni saya perasan yang saya sudah bertukar menjadi seorang yang sangat sensitif atau super sensitif bila melibatkan soal anak. Bertukar!!!! yup saya dah sensitif (suka tak wanie?).
...
Oh ya berbalik pada blog tersebut, kenapa saya suka baca blog tu ye? sebab saya terpikat dengan penulisannya yang sangat-sangat ikhlas. Dia menulis untuk melepaskan rindu pada anaknya, mencoret untuk mengingatkan kisah-kisah mereka berdua agar tidak akan luput di hari mendatang. Ya saya faham apa erti kehilangan, kerinduan dan kesunyian bilamana setiap postnya tidak pernah gagal untuk membuatkan saya menitiskan air mata. Thanks mama maryam kerana tulisan anda membuatkan saya lebih menghargai setiap detik yang ada bersama anak saya.
...
Saya cukup sedar yang segala apa didunia ini pinjaman cuma hatta diri ini juga pinjaman, anak yang saya kasih juga pinjaman cuma. Ajal dan maut ketentuan Yang Maha Esa, walau selautan mana kasih sayang saya pada anak saya, jika sudah sampai masanya akan sampai jua, dan waktu itu tidak akan ada apa yang dapat menghalang. Moga bila sampai masa itu, saya akan kuat seperti mana penulis blog tersebut.
...