Monday, December 27, 2010

chubby

selak punya selak saya terjumpa dengan gambar-gambar anaqi sewaktu kecil. chubby juga rupanya anak bujang saya ni. gambar-gambar ini diambil sewaktu umurnya 5 bulan. waktu ini, anaqi dibawah jagaan saya sepenuhnya. dengan kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya, maka ini lah hasil.
anaqi sewaktu majlis perkahwinan cik nornya. waktu ini, saya masih menyusukan anaqi sepenuhnya. tanpa bantuan susu formula. saya percaya yang susu ibu adalah susu terbaik didunia ini. susu ibu juga susu termahal yang tak terbanding dengan mana-mana susu termahal yang mana khasiatnya juga tidak terbanding. subhanAllah.
lihat budak tembam yang tak mahu duduk diam didukungan ibunya. oh ya ibu yang dibelakang itu pula merupakan isteri sepupu saya. anaknya hampir sebaya dengan anaqi (tua anaqi sebulan), she is expecting her second child in the next 2 months if i'm not mistaken.

anaqi with his ayah.tengok saja bertapa bulatnya pipi, tangan dan kakinya. sekarang budak tembam ini sudah tidak setembam dulu lagi. saya juga tidak lagi menyusukan sejak anaqi berumur 9 bulan. agak sedih namun akur dengan kesilapan sendiri, tak menjaga permakanan sepertimana sewaktu dalam berpantang dulu. owh how i missed the feeling when i am breasfeeding you son ;) got to go. eventhough i am on leaved tommorow doesn't mean i don't have to woke up early. am i?

No comments: