Wednesday, December 29, 2010

cesar pelli

pernah dengar nama dia ni tak?

dulunya saya tak tau, tapi selepas melihat discovery channel semalam baru saya tau siapa dia ni

KLCC?

boleh kaitkan tak? shhhhh..bagi yang dah tau sila diam-diam okey. biar saya, cik kiah yang agak ketinggalan zaman ni bercerita okey? boleh tak? kira boleh la kan.

he is an architect from pelli clarke pelli architect. so sudah boleh kaitkan ke kawan-kawan? hoyeee, kamu semua sangat bijak (tepuk-tepuk tangan). ya, dia merupakan salah seorang dari berjuta jurubina didunia yang rekaannya terpilih untuk mereka-bentuk menara kebangaan Malaysia, KLCC. dari beribu (mungkin lebih) rekaan yang dihantar dalam pertandingan yang dianjurkan untuk membina menara KLCC, rekaannya terpilih berdasarkan ciri-ciri asli, kebudayaan dan nilai estetika masyarakat malaysia. ya, kredit juga harus diberikan kepada semua kumpulan yang terlibat dalam merealisasikan hasrat warga malaysia yang satu ini, membina menara kebangaan malaysia.
...
saya akui yang saya sangat-sangat terharu selepas melihat dokumentari ini. mula la semangat kebangsaan berkobar-kobar. yela siapa tak bangga dengan segala usaha yang dilakukan untuk memartabatkan malaysia dimata dunia. KLCC dibina dalam masa 3 tahun saja. bayangkan. susah nak dibayangkan kan. dalam nak membina menara berkembar tertinggi didunia ketika itu (1998), kepakaran yang terhad, juga bahan binaan yang juga terbatas, kita berjaya juga membina bangunan setinggi 452m.
...
okey sedikit rumusan dari tontonan saya semalam (bersama anak bujang dan juga bapa anak bujang yang sakit pinggang) adalah:
  1. dari jumlah masa 3 tahun pembinaan, 1 tahun diperuntukkan untuk membina basement (tapak asas) dan bakinya, 2tahun untuk menyiapkan kedua-dua menara berkembar. anggaran 4 hari untuk menyiapkan 1 tingkat (dinyatakan masih merupakan masa terpantas didunia yang diambil untuk menyiapkan 'giant building' ahaaa... bangga daku)
  2. memandangkan sumber asas yang terhad ketika itu disamping limitasi kos dan masa, menara KLCC dibina menggunakan konkrit tidak stainless steel seperti bangunan besar lain didunia.( okey, sebab tu basement pun ambil masa 1 tahun, asas kena kukuh nak tanggung load konkrit ni plus type of soil , okey sila rujuk tajuk strength of material, jika anda pelajar kejuruteraan, jika tidak boleh tanya incik google aka professor serba tau).
  3. rekabentuk KLCC banyak dipengaruhi dengan senibina islam atau senang katanya masjid. kalau korang tengok, puncak menara macam kubah masjid, tapak asas nya juga seperti ukiran dalam masjid tu (macam bintang, overlapping of square). kata achitectnya, menara KLCC ni mewakili malaysia, so dia nak tonjolkan ciri-ciri malaysia.
  4. tragically, masa dah naik 40 tingkat, jurutera dapati menara yang dibina ada senget beberapa milimeter, so panic la semua jurutera-jurutera yang terlibat. yola, kang nanti instead of build a nice vertical building terbina pula menara pisa. oh sadis sungguh. you know what i mean, beberapa mm akan menyumbang kepada beberapa cm towards the upper of the towers. itu yang diaorang tak nak.

well, kalau korang nak detail explaination about our towers, boleh la selak-selak mana-mana KLCC punya article okey. yang penting, saya sangat bangga dengan KLCC ini walaupun saya dah kurang kesana diatas beberapa faktor yang saya tidak akan kongsi disini :). sehingga berjumpa lagi kawan-kawan. wish that i am one of the engineer involved masa itu. rasa sangat mencabar okey. daaaa ~_~)^

No comments: