Wednesday, December 29, 2010

cesar pelli

pernah dengar nama dia ni tak?

dulunya saya tak tau, tapi selepas melihat discovery channel semalam baru saya tau siapa dia ni

KLCC?

boleh kaitkan tak? shhhhh..bagi yang dah tau sila diam-diam okey. biar saya, cik kiah yang agak ketinggalan zaman ni bercerita okey? boleh tak? kira boleh la kan.

he is an architect from pelli clarke pelli architect. so sudah boleh kaitkan ke kawan-kawan? hoyeee, kamu semua sangat bijak (tepuk-tepuk tangan). ya, dia merupakan salah seorang dari berjuta jurubina didunia yang rekaannya terpilih untuk mereka-bentuk menara kebangaan Malaysia, KLCC. dari beribu (mungkin lebih) rekaan yang dihantar dalam pertandingan yang dianjurkan untuk membina menara KLCC, rekaannya terpilih berdasarkan ciri-ciri asli, kebudayaan dan nilai estetika masyarakat malaysia. ya, kredit juga harus diberikan kepada semua kumpulan yang terlibat dalam merealisasikan hasrat warga malaysia yang satu ini, membina menara kebangaan malaysia.
...
saya akui yang saya sangat-sangat terharu selepas melihat dokumentari ini. mula la semangat kebangsaan berkobar-kobar. yela siapa tak bangga dengan segala usaha yang dilakukan untuk memartabatkan malaysia dimata dunia. KLCC dibina dalam masa 3 tahun saja. bayangkan. susah nak dibayangkan kan. dalam nak membina menara berkembar tertinggi didunia ketika itu (1998), kepakaran yang terhad, juga bahan binaan yang juga terbatas, kita berjaya juga membina bangunan setinggi 452m.
...
okey sedikit rumusan dari tontonan saya semalam (bersama anak bujang dan juga bapa anak bujang yang sakit pinggang) adalah:
  1. dari jumlah masa 3 tahun pembinaan, 1 tahun diperuntukkan untuk membina basement (tapak asas) dan bakinya, 2tahun untuk menyiapkan kedua-dua menara berkembar. anggaran 4 hari untuk menyiapkan 1 tingkat (dinyatakan masih merupakan masa terpantas didunia yang diambil untuk menyiapkan 'giant building' ahaaa... bangga daku)
  2. memandangkan sumber asas yang terhad ketika itu disamping limitasi kos dan masa, menara KLCC dibina menggunakan konkrit tidak stainless steel seperti bangunan besar lain didunia.( okey, sebab tu basement pun ambil masa 1 tahun, asas kena kukuh nak tanggung load konkrit ni plus type of soil , okey sila rujuk tajuk strength of material, jika anda pelajar kejuruteraan, jika tidak boleh tanya incik google aka professor serba tau).
  3. rekabentuk KLCC banyak dipengaruhi dengan senibina islam atau senang katanya masjid. kalau korang tengok, puncak menara macam kubah masjid, tapak asas nya juga seperti ukiran dalam masjid tu (macam bintang, overlapping of square). kata achitectnya, menara KLCC ni mewakili malaysia, so dia nak tonjolkan ciri-ciri malaysia.
  4. tragically, masa dah naik 40 tingkat, jurutera dapati menara yang dibina ada senget beberapa milimeter, so panic la semua jurutera-jurutera yang terlibat. yola, kang nanti instead of build a nice vertical building terbina pula menara pisa. oh sadis sungguh. you know what i mean, beberapa mm akan menyumbang kepada beberapa cm towards the upper of the towers. itu yang diaorang tak nak.

well, kalau korang nak detail explaination about our towers, boleh la selak-selak mana-mana KLCC punya article okey. yang penting, saya sangat bangga dengan KLCC ini walaupun saya dah kurang kesana diatas beberapa faktor yang saya tidak akan kongsi disini :). sehingga berjumpa lagi kawan-kawan. wish that i am one of the engineer involved masa itu. rasa sangat mencabar okey. daaaa ~_~)^

A & B

Oh hari ini saya becuti lagi (nak habiskan cuti sebab tak boleh carry foward). seperti biasa saya tak akan boleh duduk diam tanpa membuat apa-apa aktiviti. ketika naqee tidur, ini la kerja ibu dia ;)

karung berisi kacang hijau, yang ada huruf A berwarna kuning di satu bahagian dan....

huruf B berwarna pink dibahagian yang lain... sebagai accessories, nak letak bola macam gambar kat bawah ni...


tapi naqee da rebut dulu. so saya akan tampal kemudian... ok got to go, naqee dah bising-bising berebut mouse dengan saya.


Monday, December 27, 2010

chubby

selak punya selak saya terjumpa dengan gambar-gambar anaqi sewaktu kecil. chubby juga rupanya anak bujang saya ni. gambar-gambar ini diambil sewaktu umurnya 5 bulan. waktu ini, anaqi dibawah jagaan saya sepenuhnya. dengan kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya, maka ini lah hasil.
anaqi sewaktu majlis perkahwinan cik nornya. waktu ini, saya masih menyusukan anaqi sepenuhnya. tanpa bantuan susu formula. saya percaya yang susu ibu adalah susu terbaik didunia ini. susu ibu juga susu termahal yang tak terbanding dengan mana-mana susu termahal yang mana khasiatnya juga tidak terbanding. subhanAllah.
lihat budak tembam yang tak mahu duduk diam didukungan ibunya. oh ya ibu yang dibelakang itu pula merupakan isteri sepupu saya. anaknya hampir sebaya dengan anaqi (tua anaqi sebulan), she is expecting her second child in the next 2 months if i'm not mistaken.

anaqi with his ayah.tengok saja bertapa bulatnya pipi, tangan dan kakinya. sekarang budak tembam ini sudah tidak setembam dulu lagi. saya juga tidak lagi menyusukan sejak anaqi berumur 9 bulan. agak sedih namun akur dengan kesilapan sendiri, tak menjaga permakanan sepertimana sewaktu dalam berpantang dulu. owh how i missed the feeling when i am breasfeeding you son ;) got to go. eventhough i am on leaved tommorow doesn't mean i don't have to woke up early. am i?

cuti-cuti christmas lepas

Pertamanya kami menghadiri anak buah suami, myiesha 3rd birthday celebration. Happy birthday Myiesha rihanna naufal!!! lihat anak bujang saya, behave je duduk sebelah birthday girl.
beza betul dengan sambutan hari jadi dia beberapa bulan lepas. owh dah dewasa rupanya harraz anaqi saya ni ;)
diam je tengok kakak icha potong kek. good boy ;)

ice cream cake. tengok ice kat sebelah tu. berasap-asap, maklumla negara kita kan panas.


oh ya, ni pula cottage pie yang saya bawa untuk santapan majlis hari jadi tersebut. gambar pie sebelum dibakar.

sekian saja laporan saya. oh ya handphone incik suami hilang waktu pulang dari majlis ni. nasib baik cuma nokia dia je yang hilang, kalau berry nya hilang sekali mau menangis dia hehe. tu la 'dunia je' kan, Allah bagi cash kat awak. ceritanya macam ni....

'masukla kereta tu' kata incik suami. 'awak start la kereta dulu, panas la' sambut saya sambil bermain-main dengan naqee. 'dunia je' dalam nada perli sambil meletak handphone diatas bumbung kereta. si isteri pula buat tak tau dalam hati pelik lak, tak pernah keluar ayat-ayat macam ni.takpe-takpe sabar je
...
situasi dalam kereta pula, 'eh, mana phone saya? 'sambil meraba-raba poket. muka dah pucat, dan mula la kalut. 'awak letak mana' tanya siisteri. 'atas keta'. terus bagi signal dan berhenti ditepi jalan 'nokia takde, cuai la saya ni' kata suami merungut-rungut atas kecuaian sendiri. isteri pula ' dunia je'. hahahaha suami gelak ' kenakan orang eh'....

sekian terima kasih ;)

Sunday, December 26, 2010

FREE

care to find almost everything for FREE???? yes it is FREE.. say it loud FREE !! i like ;)
...
oppss have to mention that, I am not giving you guys a FREE shirt, a brand new FREE house nor a FREE home theater set, but I am giving you this LINK to find files, softwares or even electronic books for free.
...
I'm glad to share this link as it is benefited me so much last few weeks (yes, i just noticed that using this website we can find almost everything (some might not be available here) coz before i used the web just for downloaded songs, funny and horrible okey!! plus pity me!!! pandai cari lagu je kiah, nampak sangat haha).
...
for those who love with editing photo works, maybe you can download adobe photoshop and shutterfly studio.
for those who love or have to 'love' draw molecular arrangment of certain chemicals might use chemsketch software. and yes, you can download the tutorial which available there too.
for those who love song the most (memang tak hidup kalau takde music), definitely you can simply downloaded all of your favorite songs in this web by typing the title only (owh senangnya).
and of course a lot more of excitement of downloading is available here. and if you care to sharing you are invited to upload tooo...
...
so enjoy the web babe ;) oh yes, the name of the web is www.4shared.com. Happy searching!!

Friday, December 24, 2010

mode saya : happy (sekejap sebelum meeting jap lagi)

gambar naqee paling bawah sekali.

yeay!!! seronok rasa masuk pertandingan ni kan.
...
pehal la saya ni kan. macam tak pernah masuk pertandingan pulak. thiiii sebenarnya gembira bagi pihak anak saya. ni pun sebenarnya kerja ibu dia. anak dia tak tau apa-apa pun.
...
ya berbalik pada pertandingan, saya yang baru berjinak-jinak berblog ni bergatal-gatal la masuk give away contest. mungkin bagi yang aware, ada terperasan satu entry lepas saya dan juga di side bar saya tentang pertandingan 'show your baby teeth' anjuran lyn. so siapa yang nak tengok gambar anak-anak comel menunjukkan giginya. boleh la masuk sini ya. super comel dan hati pun boleh gembira bila tengok muka anak-anak yang ceria sambil menunjukkan giginya.
...
dan hari ini lyn akan menamakan top 50 anak-anak yang berjaya. 'mesti ko nak menang kan jie" haha mesti ada yang kata macam tu kan (haha kalau tak de sah saya perasan sorang diri thiiii LOL). tapi sebenarnya saya tak kisah, sebab itu bukan matlamat saya. matlamat saya cuma nak tengok gambar naqee di blog orang lain pulak LOL lagi sekali. apa la motip saya ni kan. haha apa-apa pun, gud luck semua contestant ya. okey tak bulih nak tulis panjang-panjang lagi sebab nak gi meeting dah. daa semua. assalamualaikum

Thursday, December 16, 2010

Projek terbaru

Sedang mencari idea untuk membuat 9 dulang hantaran sebab adik lelaki saya akan berkahwin awal bulan febuari depan. Hiyaaaaa!!! bersilat jap. Dah lama tak berjinak-jinak dalam bidang kreatif ini. Maklumla, saya ni tak kreatif mana. So harus perah idea yang memang kering ni seperah-perahnya (hahaha statement yang sangat tak sesuai).

Nak tau apa idea saya
  1. Tema macam zaman greek, guna tali dan daun-daun. Tali lilit la kat sekeliling base pastu daun-daun lekat kat base. So warna yang difikirkan adalah coklat untuk tali-tali, hijau untuk daun-daun dan putih untuk base dulang.

Bahan pertama :Tali (sumber google)


Bahan kedua : Daun (sumber google)


Bila dah jadi nanti saya cuba tepek gambar kat sini okey atau mana tau idea bertukar pun saya akan kongsi kat sini.

Wednesday, December 15, 2010

lawatan cik kiah ke cameron

2 Minggu lepas kami bercuti-cuti ke Cameron Highland (6-8Dec 2010). So tak nak citer banyak, just layan je all the photos okey...
Naqee berjaya untuk mengekalkan snowcap nya
jom petik strawberry. RM 40 sekilo

Hijau lagi. Owh love green, Love the guy in the photo too ;)


Ayah try pujuk naqee pakai snowcap



Lautan kaktus yang sangat menawan hati
Strawberry icecream. Sangat sedap!!!!! beli kat Al-Mashoor, Kg Sedia. RM2 je. Kalau kat Lecka-lecka RM6. Rasa sangat superb. Cuba lah kalau ke Cameron tau. Ditanggung halal.
Susah betul nak dapat pose menarik anak bujang sorang ni
'Kami menginap kat sini' kata Naqee
Kami di hadapan Greenhill Apartment. Kami menginap kat sini.
Love the greenish scenery. Wish my home is here ahaksss.

Kami diladang teh. Bharat Plantation.

Ladang getah yang sudah ditebang dan akan diganti dengan tanaman kelapa sawit. Budakk yang menguruskan berusia 21 tahun. Sangat rajin dan kagum dengan semangat budak ni, lupa nak amik gambar budak ni thiii..

Melawat kucingsebelum naik ke cameron..oppps silap, melawat kampung ayah mertua kat tapah, perak. Kucing ini sangat comel okey, mata biru ;)

Friday, December 10, 2010

Ibu, mak, mama, mummy

Disuatu pagi yang hening dan sejuk (sebab waktu kejadian kat tempat yang sejuk)

Naqee: ma ma ma
Ibu: Ibu la naqee (huh anak den ni bila tahun nak nyebut ibu, asyik dibantainya ma ma ). Lalu Opah pun menyampuk.
...
Opah: Hah kan senang kalau panggil mama. Kenapa nak panggil ibu gak. Korang kan dah panggil Ibu ni ibu. Orang sekarang kan suka panggil mama ke mummy ke?
Ayah: Ala diaorang moden, kami ni tradisional lagi.
Ibu: (Ibu lak menyampuk sambil membetulkan snowcap naqee yang asyik tertanggal, uhuks bukan tertanggal tapi ditanggalkan oleh tangan sikecil okey) Kalau mother's day dalam bahasa kita kan 'Hari Ibu' diaorang tak panggil 'hari mama, hari mummy ke'.
Opah: Ye tak ye jugak kan. Haha so mana hadiah hari ibu?

Ibu + Ayah:@$^^%*&(&*()*()*()*). Hadoiiiii bukan dah lama ke hari Ibu ;)
...
Moral cerita ini: Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun telah mati. Teeeeeetttt!!! bukan itu moralnya. Moralnya, panggilan tu tak penting. Kita bebas memilih panggilan dan tentunya yang baik-baik saja. Kata-kata itu kan doa, jadi kalau kita memanggil seseorang dengan panggilan yang baik-baik umpama kita mendoakan mereka. Ibu, Mama dan Mummy adalah orang yang sama. Jadi bukan isu besar pun kan apa pun panggilan anak pada maknya kan hahaha.
...
Sejak dulu lagi saya impikan anak-anak saya memanggil saya dengan panggilan IBU, tak tahu kenapa rasa sangat keibuan bila ada orang panggil saya IBU haha walaupun tak de lah keibuan sangat.

Thursday, December 2, 2010

Burger apa pilihan anda?

Image dari siapa lagi kalau bukan en google. Sebab saya malas nak upload gambar okey ;)
...
Filet O-Fish tentunya...
...
Saya peminat tegar ikan. Haruslah saya pilih Filet-O-Fish bila makan kat Mc-D. Kenapa saya cakap pasal burger ya. Sebab ini adalah makan tengahari saya hari ini. Hari ni je pun, sebab biasanya tengahari saya akan makan nasi. Jarang-jarang, kadang-kadang makan fast food ni. Ubah selera la katakan.
...
Seingat saya kan, FOF inilah antara menu pertama yang saya pilih sewaktu kali pertama diperkenalkan dengan makanan-makanan fastfood ini. Dan, hingga kini, saya dengan mudahnya dengan lancarnya menyebut, "Filet-O-Fish eh dik, regular' kat kaunter McD. Haha especially bila malas nak fikir menu lain.
...
FOF mengingatkan saya pada zaman belajar dulu kala. Waktu pulang dari kampung, kalau malas nak naik bas, saya akan pergi ke Kl Sentral, makan-makan kat McD Kl Sentral (saya ni jenis yang tak suka makan kat perhentian-perhentian bas, biasanya kalau lapar tahap cipan mengganas, saya akan beli sekotak Milo dan sebungkus jambu batu ???? kenapa mesti jambu batu? apakah?bukannya mengenyangkan pun, tapi tak kisah, suka juga nak beli jambu batu) pastu naik komuter sampai shah alam. Begitu la rutin saya sepanjang 4 tahun berjuang di shah alam ini. dan tentunya menu kegemaran adalah FOF (sumpah tak order menu lain kat Kl sentral tu haha sangat loyal okey).
...
Bila dah setia sangat dengan burger jenis ini, jom kita tengok pula nutrisinya..

Dari Google juga thiiiiii

Waaah, lihat saja kandungan lemak dan kolestrolnya. Kandungan garam (a.k.a sodium) nya juga tinggi. Mak datuk banyaknya kan!!! major compound pulak tu.. harus lah ia dapat D+ Nutrition grade untuk Nutritional Analysis (info disini). Ahakss, ada saya kesah ke? hehe kisah jugak lah, tapi sekali sekala tak kisah lah kot. Walaupun peminat tegar namun kekerapan saya makan FOF ini cumalah sebulan sekali saja. Itu dipanggil peminat tegar ke??? tak kisah lah. So kawan-kawan, saya nak abiskan dulu makanan tengahari saya ni ye...Tata!!!!

Wednesday, December 1, 2010

Emo, Elmo atau Nemo

Hehe takde satu pun dari tajuk diatas yang berkait dengan apa yang saya nak kongsi kat sini
...
Jujurnya hari ni hati saya tersentuh lagi bila terbaca blog seorang ibu yang kehilangan anak perempuannya. Huhu, sensitifnya saya ni kan. Bila dah jadi ibu ni saya perasan yang saya sudah bertukar menjadi seorang yang sangat sensitif atau super sensitif bila melibatkan soal anak. Bertukar!!!! yup saya dah sensitif (suka tak wanie?).
...
Oh ya berbalik pada blog tersebut, kenapa saya suka baca blog tu ye? sebab saya terpikat dengan penulisannya yang sangat-sangat ikhlas. Dia menulis untuk melepaskan rindu pada anaknya, mencoret untuk mengingatkan kisah-kisah mereka berdua agar tidak akan luput di hari mendatang. Ya saya faham apa erti kehilangan, kerinduan dan kesunyian bilamana setiap postnya tidak pernah gagal untuk membuatkan saya menitiskan air mata. Thanks mama maryam kerana tulisan anda membuatkan saya lebih menghargai setiap detik yang ada bersama anak saya.
...
Saya cukup sedar yang segala apa didunia ini pinjaman cuma hatta diri ini juga pinjaman, anak yang saya kasih juga pinjaman cuma. Ajal dan maut ketentuan Yang Maha Esa, walau selautan mana kasih sayang saya pada anak saya, jika sudah sampai masanya akan sampai jua, dan waktu itu tidak akan ada apa yang dapat menghalang. Moga bila sampai masa itu, saya akan kuat seperti mana penulis blog tersebut.
...

Monday, November 29, 2010

My mood now


Bila beria dah berusaha
Tapi orang buat derk je
Setengah hari mengadap
Sibuk kalah menteri
Malas nak amik tau dah
Lantak la, malas nak fikir
Geram, sedih macam orang ni je beria
Huaaaaa

Friday, November 26, 2010

Emo bila anak menangis tak nak ditinggalkan di rumah pengasuh

Bagi saya memang emo sikit. Sikit ke? Banyak juga la, sampai terfikir nak je cuti kerja bila jadi kes-kes macam ni. Anak baru satu, cuba dah ada dua, tiga dan empat (target nak empat je hehe sebab tu tulis empat, tapi kalau dah rezeki saya terima je) macam mana agaknya life saya kan. Baru sorang dah kelam kelibut macam ni.
...
Naqee akan buat perangai bila dia tak sihat. Selalu nak ibu dia berkepit dengan dia. Lebih tepat lagi selalu nak ibu dia dukung dia kemana saja hatta ke tandas sekalipun. Oppss tak de la sampai macam tu, ibarat je. Sebab bila keadaan mendesak, dan 'seruan alam' dah memanggil-manggil, terpaksa tinggal juga dia kat luar toilet. Biar la menagis teresak-esak pun, air mata berjujuran macam kene pukul pun, hingus meleleh-leleh sekali dengan air liur sekalipun, ibu nak buat macam mana nak, sabar je la kan.
...
Dah dua malam naqee merengek-rengek waktu tengah malam sambil pegang leher dia. Maknanya memang tekak dia tak selesa. Sebab dia ni jenis tak akan bangun malam kecuali nak susu je. Malam tadi, saya buka CD kegemaran dia, dia layan juga la dalam sejam macam tu, siibu pulak dah terlelap (dah lagu pun lagu yang menidurkan, harus ibu tidur lagipun dah jam 12), apa lagi dia sambung menangis lagi daa. Saya bawa masuk bilik, pun tak boleh diam. Suruh tidur lagi la tak jalan. Mahunya dia, saya dukung kehulur hilir. Ibu dah mengantuk sangat memang tak larat nak layan. Kebetulan ayah pulak baru balik. Haha ambil kesempatan la pass batton ibu pun zzzzzzzzzzz.
...
Pagi tadi sewaktu saya hantar dia ke rumah pengasuhnya, dia langsung tak mahu lepas dari dukungan saya. Saya cuba letak dibuaian (pengasuh dia keluar, tinggal anaknya saje, tak tau pujuk tu yang letak kat buaian), mata dia tak lepas pandang dari saya, walaupun saya cuba mengalih tumpuan dia pada kucing, dia tetap melihat saya. Huhu dan seperti yang saya jangka, dia menangis sebaik saje ibunya melangkah pergi. Huh, sebaknya rasa. Ibu balik cepat petang ni ya sayang.
...

Sikecik yang tiada gigi (ada dua sebenarnya, tapi tak nampak). Gambar diambil diatas menara Taming Sari, Melaka

Wednesday, November 24, 2010

Bagaimanakah attitude anda dizaman sekolah?

Saya?
Saya rasa saya seorang yang tak pernah langgar peraturan. Cess perasannya. Tapi ya betul, seingat saya, saya tak pernah langgar peraturan-peraturan waktu kat sekolah. Haha tipu, pernah lah sekali dua bila dipaksa prep waktu malam saya skipped. Duduk dalam dorm gelap-gelap, pastu ajak kawan-kawan ponteng sama. Pastu diaorang sibuk study pakai lampu suluh (esoknya test fizik) saya pulak tidur. Hehe hobi saya adalah tidur (bagi yang tak tau lah ye). So keputusan ujian fizik saya fail sama dengan semua kawan-kawan saya yang study dalam gelap itu (haha jahat nya rasa, tapi diaorang marah saya, sebab walau saya fail, markah saya lebih tinggi dari diaorang, uikss riak pula si jie ni)

Tiru waktu ujian atau peperiksaan?
Owhh tidak pernah sama sekali. Sumpah!!! (haiyoo tak takut dimakan sumpah ke? apakah?). Tapi ya betul saya tak pernah tiru. Jawapannya mudah : saya tak berani fullstop. Lagi satu jawapan pilihan, bagi saya tujuan ujian dan peperiksaan itu diadakan adalah untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita terhadap sesuatu perkara.So kalau kau dah tak paham that's it. Tak lulus bermakna memang kau deserved it. Memang betul sistem pembelajaran kita diukur pada merit tapi belajar untuk lulus exam kualitinya memang berbeza dengan kualiti belajar untuk pemahaman kita dimasa depan. Okey murid-murid, ado paham???

Melawan cakap cikgu?
Huh, ada la sikit-sikit bila tak puas hati pada sesuatu. Tapi kes ini hanya terjadi 1% sahaja dalam hidup. Kenapa? sebab saya lebih suka pendam dari menjawab. Especially bila kita tau yang suara kita ni langsung tidak akan didengar, dan bila kita tau yang kita tak akan menang. But it is good what, api tak elok dilawan dengan api, so nak kena lawan ngan apa ye?? Hah harus lawan dengan air kan, haha tapi jangan simbah cikgu anda dengan air pulak ye. Maksudnya disini ya murid-murid, kita kene lawan dengan kelembutan. Wahh macam mana tu? Korang iya kan je semua yang diaorang cakap dulu, pastu bila tengok mood dia dah okey, baru slow talk balik kes yang korang tak puas hati tu. Jangan korang masukkan cikgu korang dalam tong sampah pulak ye hehe, nape tak percaya ke? ada kes tau, someone has told me the story, haha sebab 'someone' tu sendiri yang buat.

Sampai disini saja, renung-renungkan, selamat beramal semua ;)

Tuesday, November 23, 2010

Eency Weency Spider

Eency weency spider climbed up the water spout
....
Down came the rain and washed the spider out
....
Out came the sun and dried all up the rain
....
So, Eency Weency spider climbed up the spout again.

Naqee sangat gila kan lagu ini dan juga humpty dumpty dan juga I'm a little teapot. Sangat suka. Walaupun tidak menari atau tidak menunjukkan sebarang response, kadang-kadang je tengok ibu senyum sambil tepuk tangan, selebihnya dia lebih suka melihat tv dengan khusyuknya. Ayah kata naqee malu-malu kucing bila ibu suruh menari padahal dalam hati sangat teruja tapi tak nak tunjuk haha terer ayah baca isi hati anak bujang dia nih.

Macam mana nak tau bila naqee nak tengok CD ini?

Caranya mudah, dia akan menghulurkan buku (Beli buku dapat CD audio sekali) pada ibu (tidak sekali-kali pada ayah, sebab ayah malas nak layan). Selagi ibu tak buka CD ni selagi tu la dia akan merengek. Kadang tu kami terpaksa sorok buku tu sebab kalau dah 18 kali sehari tengok memang pengsan ;)

So itu saja untuk hari ini. Ibu nak pergi interview lagi ;) bye bye semua

Monday, November 22, 2010

2 tahun


Happy Second Anniversary to us.


Moga Allah terus merahmati perkahwinan kami ini selama-lamanya. Amin

Saturday, November 20, 2010

Sabtu

Dah agak lama tak duduk dirumah sendiri tiap kali hujung minggu. Biasanya hujung minggu kami habiskan di gombak memandangkan ayah ada kelas setiap hujung minggu. Jadi ibu dan naqee akan sama-sama lepak gombak untuk memudahkan ayah untuk berulang alik. Atau, kami akan berjalan-jalan ke shopping complex jika ayah tiada kelas.



Berlainan dengan minggu ini, ayah minta untuk berehat dirumah saje. Takde jalan-jalan, tidak juga ke gombak. So, ibu request to go to tesco to buy some kitchen stuff. Dah lama tak ke tesco juga thiiiiiiiiiiiiiiii..


Tengah jalan-jalan ibu terjumpa dengan kain macam kain felt. Ibu beli sebab dah lama rancang nak cuba-cuba jahit guna kain felt ni. So ini hasilnya.....(hasil kerja kelam kabut sebab sambil jahit, sambil masak haha...hari ni ibu masak sup ekor dan begedil je)



Oh ye, eksperimen ini dijalankan pada sarung bantal naqee

Ibu tak berapa puas hati, sebab tak kemas dan padanan warna yang kurang menyerlah. Mungkin boleh cuba lagi lepas ni. Maklumla sekarang ada masa sikit, so boleh cuba gerakkan otak kanan pula ;) Good luck ibu..

Friday, November 19, 2010

First time join contest 'Show Your Teeth Baby Contest'

Harap-harap ada harapan la kan, pertama kali ni join. So pada sesiapa yang nak join bolehlah join ye sebab tarikh tutupnya 3 Dec 2010. So masih ada masa lagi. Boleh klik pada link yang saya sertakan.




Nama penuh :
Harraz Anaqi Bin Mohd Rizuan

D.O.B dan umur :
13 August 2009, 1 tahun 3 bulan
Hobby bayi :
Mendengar lagu Humpty Dumpty dan I'm A Little Teapot

Berapa batang giginye yang dah ada sekarang...
Ada 10 batang ( 4 batang atas, 6 batang bawah (termasuk 2 gigi geraham kat bawah)

Saya hidangkan gambar sikecil harraz anaqi. Gambar tidak sempat diedit memandangkan ketiadaan adobe ilustrator. Rancangan saya, mahu mengkaburkan image ibu dan ayah dan menukar warna kepada warna hitam putih agar hanya gambar si peserta saja di tonjolkan.


(sorry ye linda, letak lebih-lebih pulak, boleh diterima ke?)


Naqee with ayah...


Naqee with ibu pula

Exercise

Anak bujang saya semakin kreatif mencipta mainannya sendiri (jimat ibu, tak payah beli mainan kan naqee, tapi ayah kamu tu pantang gi tesco lalu bahagian mainan mesti nak belikan).


Terbaru, dia menggunakan tongkat moyangnya menjadi seperti mesin potong rumput, huh nasib baik nyang tak marah macam mana nyang marah anak sepupu ayah hehe nasib baik kamu naqee.

Naqee juga sudah pandai exercise menggunakan bola. Ala-ala imej dibawah. Tak sempat nak ambil gambar dia waktu kejadian hehe

Pasni ibu belikan bola besar pulak ye!!! kepada incik suami, sila contohi usaha anak anda untuk mengempiskan perut ye ;)

Tuesday, November 16, 2010

Temuduga oh temuduga

Image from google

Hadoila..


Lama sungguh tak bertemuduga.


..........


Skill dah hilang ni.


Walaupun selalu dok bercakap kat depan orang, masih lagi rasa nervous. Tak tahu kenapa?? Kenapa dan kenapa. Harus figure out mengapa. Ada tips?


Oleh itu, harus asah balik bakat menjawab yang sememangnya amat lemah. Dunno why, nervous always blown up my mind during presentation session.
So kena lah google tips-tips yang mungkin membantu ketika sesi temuduga nanti kan. Ini antara tips yang saya dapat. So dengan baik hati saya rumuskan (walaupun kerja menggungung, gigih juga la take 20 mins, sebab dah lama sangat tak update any news):
  1. Bercakap benar. Tak tahu cakap je tak tahu. Jangan nak memandai-mandai tunjuk pandai.
  2. Perkenalkan diri secara ringkas namun padat, sedikit latar belakang, keluarga, persekolahan dan kegemaran aktiviti anda.
  3. Elak dari berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
    Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  4. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
    Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  5. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  6. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  7. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  8. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  9. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Info ini saya dapat dari sini.

So, gud luck me !!

Wednesday, November 10, 2010

Tangisan si ibu di pagi hari yang hening (haha tajuk agak kontroversi okey) tapi jangan risau sila baca hingga perenggan terakhir

Pagi-pagi lagi saya dah menangis (gaya menangis yang macam kene tinggal boyfriend okey tapi tak hentak-hentak kaki laa, just berjujuran air mata saja). Kenapa nak menangis pulak kan, ada ke awal-awal pagi nak menangis. Spoil mood je. Nak tau kenapa?

Bila si ibu perasan yang harraz anaqi bermain seorang diri diluar rumah tanpa pengawasan si ayah, lalu si ibu berkejar keluar dan mendapati anaknya memegang pestiside dan baru saja termuntah. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!. Apa yang saya takuti akhirnya terjadi. TIDAKKKKKKK.

Sangat sadis okey. Hampir saja saya ambil emergency leave (EL) tapi bila mengingatkan yang ada kerja penting yang perlu saya lakukan hari ini, dengan berat hati saya gigihkan diri juga datang office. Saya yakinkan diri yang dia pasti okey sebab anak saya kuat (amin, Ya Allah Lindungilah anakku ini).

Ini antara emergency action if u facing this situation (fakta ini saya dapati dari incik google, tapi terlupa apa nama web dia)

  1. Jauhkan racun dari anak anda

  2. Minta anak anda ludahkan racun tersebut- Ayah atau ibu boleh gunakan jari jemari anda okey

  3. Jangan cuba buat anak anda muntah-melainkan dengan nasihat doktor

  4. Jika anak anda telah muntah, sila kumpul muntah untuk mengenalpasti jenis racun.

Tapi saya amat bertuah kerana pesticide itu sudah dilarutkan terlebih dahulu plus harraz anaqi terus muntah sebaik saja kejadian tersebut berlaku.

Moralnya, jangan sekali kali membiarkan anak anda seorang diri tanpa pengawasan dan sila simpan segala jenis racun didalam tempat yang berkunci.

Monday, November 8, 2010

ayah dan ibu

Semalam ketika pulang dari kampung, didalam kereta, suami memasang CD lagu-lagu sudirman. Ayah & Ibu- Lagu yang berjaya mengusik sanubari lantas mengundang gerimis dihati langsung sedikit genangan air mata bertakung.

Ya, saya masih bertuah kerana masih mempunyai kedua ibubapa lagi. Moga Allah terus mengurniakan kesihatan yang elok kepada kedua ibu bapa saya amin.

Lagu ini masih tidak gagal untuk mengingatkan saya bertapa saya harus terus terusan menyumbangkan jasa dan bakti, menghormati dan menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi saya sewaktu saya kecil lagi. Ya mungkin saya tidak begitu mewah dengan harta benda, namun mereka melimpahkan segunung kasih sayang yang tidak terperi. Membentuk saya sepertimana saya sekarang. Moga kalian diluar sana menghargai ibu bapa anda dan semoga kita tidak lupa meletakkan mereka ditangga pertama diatas setiap tingkah laku dan tindak tanduk kita.

Ayah dan ibu - Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormatAhai...
Bagilah tunjuk ajar danNasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Monday, November 1, 2010

The Shaker

Hati sangat gumbira, kerana untuk kali keduanya saya mempunyai shaker setelah hilang sehari selepas membeli shaker waktu belajar dahulu. Canggih betul kan, seumur hidup baru 2 kali saya membeli shaker, mengapa dan kenapa?.
Image from incik google
Dulu bagi saya, shaker ni amat mahal, maklumla zaman belajar memang kedekut sikit. Gigih juga la beli kerana pensil idaman hati punya penangan. First time pakai memang excited sesangat, tapi hanya sempat merasa selama beberapa jam sebelum hilang keesokkan harinya. Perasaan waktu tu? fuh, sangat dukacita, umpama hilang kekasih hati. Tuhan saja la yang tahu perasaan saya waktu tu. Lepas kehilangan shaker pertama saya, saya jadi fobia untuk membeli shaker lagi sehinggalah, sabtu lepas, suami mengajak saya ke Becon, Glenmarie untuk membeli A4 paper, saya jadi teruja untuk memiliki shaker sekali lagi. Dan kali ini saya memilih warna hitam kerana fobia dengan shaker biru. Haha takut kehilangan kali kedua pula.

Haha, so sekarang ni saya tengah excited menggunakan shaker, sehingga menanda thesis student pun saya pakai shaker. (Hati sangat teruja sejak sabtu lagi, rasa tak sabar nak guna). Hebat kan penangan shaker dalam hidup saya. Doakan jodoh saya dan the shaker berpanjangan okey (wahh siap doa lagi, Haha Jie memang sangat kemaruk ni).

Wednesday, October 27, 2010

The Red Velvet





Untuk tempahan kek ini sila contact wanie .
Cup cake ini sangat enak ;)
So sila tempah cepat-cepat ya...

Tuesday, October 26, 2010

Macam mana nak tahu orang ada masalah dengan kita?

Sedih betul kan bila orang selalu cari pasal dengan kita.
mmm korang tak sedih ke? apsal pulak korang nak sedih pulak kan? haha lupa pulak sebab saya yang tengah ada masalah. Dush dush apa daa!!!

Alkisahnya, saya selalu hangin dengan seseorang ni. tiap kali terserempak, atau memang diserempakkan pasti ada saja kenangan 'pahit' yang akan ditinggalkan oleh 'seseorang' tu pada saya dan juga memori saya. kalau la minda saya ini seperti CPU komputer, mau saje daku delete atau reformat minda ku ini. tapi susah pulak kalau macam CPU, nak pakai antivirus apa pulak bila diserang virus durjana? Huh sungguh sempurna ciptaan Yang Maha Esa ni kan. Apa lagi, Alhamdullilah la, jangan la jadi insan yang tak tau bersyukur kan.

Perlu ke saya ceritakan lebih lanjut tentang semua perkara yang sadis itu? No No No, thats enough full stop. Tak baik mengumpat pulak kan.

Yang penting sekarang, be cool and stay calm. Jangan dok emo sangat bila berhadapan dengan orang-orang macam ni. Masuk telinga kira keluar telinga kanan je, habis cerita. Hati tak sakit, minda tak penat ;)

Ok da, Bye ualls..

Thursday, October 21, 2010

Perkongsian

Mari saya kongsi sedikit ilmu buat pedoman saya dan juga semua

Info di petik dari berita harian online [Khamis, 21/10/2010]

Pengertian jihad amat besar didalam islam. Dulunya (waktu dizaman persekolahan) saya fikir untuk berjihad, saya perlu pergi berperang..dush dush dush (cetek ilmu saya kan). Rupanya banyak cara untuk berjihad.

'Mencukupkan keperluan keluarga tanpa meminta-minta adalah Jihad'

Allah memandang rendah seseorang yang

  1. Tidak bekerja
  2. Sentiasa meminta-minta
  3. Tidak mampu menunaikan keperluan sendiri, ahli keluarga, bangsa dan agama
  4. Menjadi beban kepada orang lain

Rasullulah S.A.W pernah memberitahu

Lebih baik berusaha daripada kita datang pada Hari Kiamat dengan titik hitam dimuka (akibat perbuatan meminta-minta dan mengemis)


(two of my precious in this world)

Friday, October 8, 2010

Confession of me...

Title was about to expose something ahaks...(Nothing to be exposed actually)
Have you ever feel damnly bored until woke up in midnight and wash your child cloths, ironing and etc. Huh!! sound tragic right!!

Yes, it is so true. This is happened to me last night when i couldn't sleep (which hardly happened to me), woke up from bed, trying to online but connection was hell (even to sign up is impossible), thingking of doing my thesis correction but forgot to copy from office's computer and so many thing which end up with dissapoinment. So, to prevent this feeling from getting worst i am doing those things (as i mentioned before).

I do think that the main cause are:
  1. Cannot shopping for about 2 weeks (haha window shopping je pon)
  2. The 'moon' is around the corner
  3. Stay at home too long even in the weekend

So, to conclude this entry, please try to overcome your anger by zikrullah and channel it to something else which in turn benefit yourself. InsyAllah peace will come to you.

Wednesday, October 6, 2010

Baby and Kaneshiro

Dialog 1:
Pengasuh : Gee, naqee asyik sebut 'ba_ _' je hari ni. Makcik cakap kalau dia cakap binatang tu lagi makcik cili je mulut dia. Pastu cakap bahasa jerman dia, banyak mulut sungguh.
Saya: Hehe, dia bukan ckp nama binatang tu la cik. Dia cakap 'baby' tapi sekali dengar memang macam binatang tu, maklumla saya budak baru belajar.
Pengasuh: Lepas tu dia duk asyik tanduk-tanduk je baby ni. Takut terhantuk kepala kat baby nih, sakit dia.
Saya: Tu memang cara dia sayang budak. Kalau nampak baby je mesti dia buat macam tu. Dia nak kiss sebenarnya tapi tak tau so dia bagi kepala dia je.

Baby merupakan antara ayat yang terawal naqee boleh sebut selain 'abu' dan 'ayah'. Tapi buat masa sekarang, dia lebih kerap menyebut perkataan ini memandangkan kami kerap terserempak baby (maklumla sepupu baru, baru je 2 bulan, anak kawn-kawan bila pergi ke open house, rumah pengasuh pun ada baby baru, so excited sikit sebab dia dah besar), nampak kat TV, buku, dan majalah.

Dialog 2:
Pengasuh: Gee, siapa nama naqee? Anaqi kaneshiro, shiro-shiro.
Saya: Haha (gelak besar dulu), Harraz anaqi la cik.
Pengasuh: Betul ni? Bukan kaneshiro, taneshiro. Apa kak sebutannya, tak pandai mak nak nyebut.
Anak pengasuh: Harraz anaqi la mak, orang main-main la. Mak percaya ke (sambil gelak malu-malu)
Saya : kuikuikui apa daaa (dalam hati)

Sebenarnya saya dah selalu dengar panggilan tu pada anak saya malah izzati (cucu pengasuh) tu pun dah mula memanggil anak saya dengan nama itu. Sebab bagi diaorang nama anaqi tu macam nama jepun. So, diaorang combine nama anak saya dan nama hero jepun famous 'Takeshi Kaneshiro" menjadi Anaqi Kaneshiro. Whateva kihkih tapi cute gak kan???
The real Takeshi Kaneshiro
The soon to be Anaqi Kaneshiro ahaks !!!

Monday, September 27, 2010

1 year plus, Harraz Anaqi Mohd Rizuan

Keletah harraz anaqi yang semakin membesar ;)

Sukakan senduk dari mainannya sendiri
Father and son in white
Asking him to kiss me but look at his face, grrrrr (this is what i've got in return)
harraz anaqi yang kuat peluh
Mencari sesuatu didalam timbunan resit2 ahaks bukan timbunan duit okey